Kursus Spa TWB di Cherating, Pahang

Suriani, Kursus Spa TWB di Cherating, Pahang
Kursus Spa TWB di Cherating, Pahang Sambil Bercuti
Alhamdulillah, selesai sudah memberi training kepada Puan Suriani yang tinggal di Kemaman, Terengganu. Kami anak beranak datang stay di Cherating, Pahang selama 3 hari 2 malam. Sambil bercuti sekali. Alang-alang dah datang memberi Kursus Spa TWB kepada anak Spa Shaklee kami di sini.
Cherating ni tempat paling favorite untuk kami bercuti sebab makan sedap, keropok lekor tu kegemaran kami. Makan panas-panas, perghhh memang sedap sangat.
Puan Suriani masih bekerja di salah sebuah syarikat oil and gas bahagian shipping di Terengganu dengan position HOD Human Resources. Beliau minat sangat dengan bidang kecantikan ni.
Ahli-ahli TWB memang mempunyai pelbagai backgroud dari golongan professional. Mereka semua suka bidang kecantikan dan ada juga yang resign dari pekerjaan dan buat full time dengan bidang ini.
Coaching & Pot Luck Bersama Mentor Master Nurzahirah di Kemaman, Terengganu
Selepas kursus spa, kami ke rumah mentor kami Master Ira di Kemaman, Terengganu. Kebetulan Master Ira ada buat pot luck dan coaching di rumahnya. Kami beli lemang dan rendang je ke rumah Master Ira. Alhamdulillah dapat makan dan dapat ilmu.
Dinner Birthday di Cahaya Mesra, Cherating, Pahang
Alhamdulillah rezki datang menggolek. Si cantik manis Puan Suriani belanja kami makan tempat yang sangat sedap di Cherating, Pahang. Nama kedai ni Cahaya Mesra. Dah berkali-kali datang Cherating tak pernah datang Cahaya Mesra ni. Memang sedap giler masakan-masakan panas dia. Anda patut cuba kalau datang Cherating.
Kebetulan pula harini 15 July, birthday nadia kan. 🙂
Udang Celup Tepung
Kerabu Mangga
Tom Yam Campur
Ikan Siakap Stim
Sayur Goreng Kailan
Sotong Telur Masin
Jika sesiapa yang nak tahu lebih lanjutKursus Spa The Walking Beauty, boleh click link di bawah :
Kursus Spa The Walking Beauty 2018
Dan jika nak tahu lebih lanjut tentang produk yang kita gunakan dalam Spa ni, boleh click link di bawah :
Youth Shaklee, Produk Skin Care “Beyond Organic”
Jika sesiapa berminat nak join, boleh contact nadia di no 019-2222642. 🙂
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).