Keperluan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nadia nak share apakah keperluan dan kos untuk bayi baru lahir. Memandangkan baby adalah anak pertama nadia jadi kena research juga la untuk tau apa keperluan yang penting dan betul-betul perlu ketika lahirnya bayi.

Mommies mesti exited kan nak beli barang baby lagi-agi anak pertama. Nadia lagi bertambah exited sebab baby yang bakal lahir adalah anak pertama nadia dan suami dan jugak baby ni kami dah tunggu dekat 6 tahun.

Perasaan happy dan exited tu sampai tak dapat dengan kata-kata. Perjalanan kami nak mendapatkan baby ni tak semudah orang lain. Macam-macam kami mencuba dan akhirnya Alhamdulillah Allah bagi kami keserasian product. Kalau nak tahu macam mana kami punya cerita boleh baca link ni:

Nadia beli barang-barang ni setelah masuk 7 bulan @ 28 weeks. Jom tengok apa yang nadia beli. Boleh refer pada gambar-gambar.

Mitton, bedak, shampoo, baby bath, baju saiz new born dalam 2 helai, saiz S dalam 4 helai, napkin, pampers, baby wipes, tikar getah, kain bedung. Nadia beli kat kedai baby Manjaku.

Besen mandi, bakul letak baju kotor, tempat jemur kain. Nadia beli kat IKEA.


Boxes untuk letak peralatan baby. Nadia b

Set asa pengurusan uri ni untuk tanam uri. Semua dah ada dalam tu. Senang untuk orang yang akan tanam uri tu nanti. Macam nadia, pakcik dan Mr Hubby yang uruskan. Nadia beli kat kedai baby. Ada jual kat mana-mana kedai baby. Nadia beli kat sini. https://www.onebabyworld.com/

Barut perut. Nadia beli 10 helai je sebab pakai sampai hingga perut dia muat je..hehe

Bag untuk travel. Nadia beli kat Lazada.

Lotion bermint Herbal Blend Shaklee. Herbal blend memang boleh di pakai untuk baby. Yang ni nadia pakai dan juga jual. Bagus untuk kena nyamuk ke, gatal-gatal. Tapi pastikan kulit kering baru boleh pakai. Boleh pakai juga kalau takde masalah. Jadikan sebagai lotion untuk selepas mandi sebelum pakai baju. Yang lagi satu tu Nuraz. Ia untuk elakkan atau memang dah kena jaundis. Boleh letak dalam air mandian. Nadia beli dengan kawan. Kalau nak beli boleh pergi ke FB Hamratun Wardah.

Tempat jemur kain ni nadia beli kat lazada.

Dah lipat dan nak packing siap-siap.

Susun untuk letak dalam bag siap-siap untuk bawa ke hospital.

Baju yang nak bawa ke hospital nadia iron siap-siap.

Kain bedung yang simple pun nadia beli.

Ni saje beli sebab comel. Beli kat lazada jugak.

Stokin-stokin dan barang-barang comel.

Hadiah dari Gang Opis ‘Mambang’.

Sekian perkongsian nadia. Nanti nadia share barang-barang keperluan mommies dan keperluan untuk di bawa ke hospital pulak.

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Aqilah
Aqilah
5 years ago

Salam kak, barut tu beli dimana ya?

Mus Deanial
Admin
6 years ago

Test

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x