Ramai yang mahu langsaikan Pinjaman Perumahan seawal mungkin untuk melepaskan diri dari bebanan hutang yang biasanya di tanggung selama berpuluhan tahun. Tapi tak semua orang tahu cara bagaimana melangsaikan pinjaman perumahan lebih awal dengan cara yang betul.
Minda saya mula terbuka apabila saya hadir ke seminar yang di kendalikan oleh Tuan Aziz Ahmad baru baru ini. Masa seminar tu baru saya tahu rupanya apa yang saya fikir selama ni salah. 😀
Dan saya percaya, masih ramai lagi orang di luar sana yang berfikiran sama seperti saya sebelum ini.
Masa saya menghadiri seminar Tuan Aziz
Lepas menghadiri seminar ini, Saya cuba bertanya kepada beberapa orang kenalan yang aktif dalam pelaburan hartanah. Bila saya tanya macam macam soalan, memang seorang pun tak ada jawapan yang tepat bagaimana untuk melangsaikan Pinjaman Perumahan lebih awal.
Bila saya tanya pendapat mereka macam mana nak Cepat Langsaikan Pinjaman Perumahan, majoriti jawapan mereka adalah “Bayar Lebih” setiap bulan.
Contoh. Jika bayaran bulanan RM500, mereka akan bayar RM600.
Tahu tak???? Cara ini sebenarnya merugikan kita?
Tahu tak???? Sebenarnya kita tak dapat penjimatan Faedah pun bila buat macam ni?
Ya.. perkara ini saya baru tahu selepas menghadiri seminar Tuan Aziz Ahmad, sebenarnya lebihan bayaran yang kita bayar tu akan di gunakan untuk membayar bulan terakhir pinjaman kita.
Contohnya.. Kalau kita membuat pinjaman selama 35 tahun. Maka lebihan duit yang kita bayar itu akan di gunakan untuk membayar bulan terakhir di tahun ke 35.
Jadi ini sebenarnya tak dapat memberikan apa apa impak pun pada kadar Faedah yang bank kenakan kepada kita. Oleh sebab itu kita hanya dapat penjimatan yang sangat sedikit.
Sapa yang rugi? Dah tentu lah kita yang rugi kalau kita lakukan seperti itu. 😀
Objektif Saya Dalam “Pinjaman Perumahan” Selepas Hadir Seminar Tuan Aziz Ahmad?
Jimat Interest(Faedah)
Nak Langsaikan Hutang Pinjaman Perumahan Lebih awal. (dari 35 tahun kepada 10-20 tahun)
Ya.. itu adalah objektif utama saya. Saya pasti anda juga mahu capai objektif yang sama bukan? Kalau tak sama objektif kita mungkin perkongsian ini tak sesuai untuk anda. 😀
Okay, Mungkin ada yang tak clear dengan objektif nombor 1. Tak apa, biar saya terangkan seidikit.
Cuba anggap kita buat pinjaman perumahan sebanyak RM300,000 untuk tempoh pinjaman selama 35 tahun dengan kadar faedah 5.5% setahun.
Mengikut kiraan sistem yang saya gunakan (dapat masa seminar Tuan Aziz). Jumlah keseluruhan yang kita perlu bayar kepada bank selama 35 tahun adalah sebanyak RM676,639.35. Jumlah ini kita anggap tiada apa apa perubahan dari segi kadar faedah. Jika ada kenaikan BLR yang bank negara umumkan maka kadar faedah itu akan berubah juga.
Okay, berbalik kepada cerita tadi, maka jumlah faedah yang kita perlu bayar kepada bank adalah sebanyak RM376,639.35 (rujuk gambar di bawah).
Jadi, objektif saya adalah untuk mengurangkan faedah ini kepada jumlah yang paling rendah yang boleh di capai.
Contoh Kiraan Pinjaman Perumahan
Untuk objektif no 2 pula saya rasa sangat jelas. Saya mahu memendekkan tempoh pinjaman perumahan dari 35 tahun kepada sekitar 20 tahun. Kalau mengikut Tuan Aziz boleh sampai 10 tahun. Tapi bagi saya kalau dapat 20 tahun sahaja pun sudah cukup banyak. 😀
Bila saya dapat tahu masih ramai kawan kawan saya yang tak tahu rahsia ini.
Maka hari ini saya akan berkongsi 3 Rahsia Besar kepada anda bagaimana untuk melangsaikan hutang pinjaman perumahan lebih awal dengan cara yang betul. Ya.. Cara yang betul, bukan cara belasahan mengKhinzir buta.
Cuma rahsia ini saya tak dapat dedahkan begitu sahaja di sini. Ia perlu di sorok sedikit demi kebaikan ramai pihak. 😀
Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah, anda hanya perlu klik butang share di bawah.
Ada 2 butang share iaitu Facebook & Google Plus. Klik butang tersebut dan share kepada rakan Facebook mahupun Google PLus.
Selepas anda berjaya share di media social tersebut. 3 Rahsia Besar ini akan terpapar dengan sendirinya di bawah ini.
Tahniah, anda sudah berjaya memaparkan 3 Rahsia Besar ini. Sila baca betul betul sehingga habis kerana jika anda faham anda boleh dapat penjimatan “Faedah” ratusan ribu yang bank kenakan kepada anda.
3 Rahsia Besar Langsaikan Pinjaman Perumahan Lebih Awal dan Jimat Ratusan Ribu Ringgit
#1 Bayar Sebahagian Baki Pokok (Principle) Pinjaman Perumahan
Kaedah pertama ini ramai orang pernah dengar bahawa untuk melangsaikan pinjaman perumahan lebih awal adalah dengan membayar Pokok(principle).
Ya memang betul, untuk memendekkan tempoh pinjaman perumahan itu adalah dengan membayar pokok pinjaman kita. Tapi macam mana? Kita tak nak cara yang mengKhinzir buta kan.. 😀
Sebenarnya ada proses yang perlu kita buat.
- Hantar surat kepada bank untuk mendapatkan maklumat baki pokok(principle) pinjaman perumahan anda dan minta kebenaran(consent) untuk buat bayaran pokok (pinciple)
- Selepas menerima maklum balas dari bank, barulah anda buat bayaran pokok kepada pinjaman perumahan anda dan selepas itu minta pihak bank keluarkan surat yang menyatakan mereka telah menerima wang daripada anda untuk bayaran pokok tersebut. Pastikan anda simpan surat ini sebagai bukti yang anda telah membayar pokok(principle).
Lihat gambar di atas, Saya andaikan kita buat bayaran pokok pada bulan ke 12 sebanyak RM10,000. Perhatikan perbezaan di bahagian yang saya nomborkan 2 & 3 berwarna merah itu. Anda boleh kira sendiri berapa banyak penjimatan masa & wang dengan hanya membayar sebanyak RM10,000 di bulan ke 12.
#2 Melaraskan Semula Bayaran Bulanan (Adjust Installment)
Maksud saya macam ni. Jika sebelum ini kita perlu bayar RM1611.05 setiap bulan. Apa kata kita genapkan bayaran bulanan itu menjadi RM1650 atau RM1700 sebulan.
Dalam sistem ini. Saya tukarkan bermula bulan ke 13 (tahun ke 2) kita mula bayar RM1700 setiap bulan.
Lihat pada kotak bernombor 2 & 3. Anda boleh bandingkan perbezaan di antara yang yang asal dengan selepas buat bayaran pokok & penyelarasan bayaran bulanan ini.
Sudah banyak perbezaan bukan? Dah banyak untung tu.
Tapi untuk melakukan ini. Anda perlu meminta kebenaran bank dahulu. Prosesnya sama seperti tadi iaitu, hantar surat kepada bank untuk minta kebenaran untuk anda membuat penyelarasan semula. Selepas bank luluskan, baru anda bayar RM1700 setiap bulan seperti contoh gambar di atas.
#3 Melaraskan Semula Kadar Faedah (Adjust Interest)
Teknik ini sama seperti teknik #1 & #2 juga. Iaitu anda perlu menghantar surat untuk dapatkan kebenaran bank.
Sebelum anda buat teknik ini anda perlu tahu berapa kadar Faedah semasa anda buat pinjaman perumahan tersebut. Jika kadar faedah pada masa itu lebih tinggi dengan kadar faedah pasaran sekarang anda boleh meminta kadar faedah anda di turunkan mengikut pasaran semasa. (ada kemungkinan bank negara menurunkan/menaikkan kadar BLR)
Dalam gambar di atas, saya telah tukarkan kadar faedah 5.5 kepada 5.0 pada bulan ke 14 dengan mengandaikan bulan ke 14 itu kita dapat melaraskan kadar Faedah kepada 5.0.
Anda boleh lihat sendiri dengan hanya perubahan sebanyak 0.5 sahaja telah banyak penjimatan yang anda perolehi.
BONUS Info Pinjaman Perumahan
Jika bayaran anda pernah tertunggak selama 3-4 bulan. Sila check dengan pihak bank kadar Faedah semasa anda. Ada kemungkinan anda di kenakan penalty BLR +1. (rujuk pada perjanjian jual beli)
Maksudnya macam ni. Jika sebelum ini kadar Faedah anda adalah 5.5 selepas BLR -1. Kadar faedah anda akan menjadi 7.5 selepas anda di kenakan penalti BLR +1 di sebabkan adanya tunggakan selama 3-4 bulan. Kesannya adalah pinjaman perumahan anda mungkin akan habis selepas 40 tahun sedangkan anda pinjaman 35 tahun.
Kenapa 40 tahun? sebab anda masih bayar kadar bulanan yang sama sedangkan sebenarnya kadar Faedah telah naik.
Kadar faedah ini tidak akan terun walaupun anda telah membayar semua tunggakan. Apa yang anda perlu jika anda terkena penalti ini adalah anda boleh gunakan teknik ke #3 di atas
Penutup
3 teknik yang saya kongsi kan di atas anda boleh ulang berkali kali mengikut keselesaan anda.
Sebenarnya Tuan Aziz ajar peserta seminar beliau 11 Teknik. Apa yang saya kongsikan ini baru 3 teknik sahaja. Jika anda amalkan 3 teknik ini sudah cukup power bagi saya. Tapi, jika anda nak lebih power saya sarankan anda hadir ke seminar beliau.
Klik gambar di bawah untuk mendaftar ke seminar beliau. Sangat berbaloi untuk anda hadir.
Itu sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat & membantu anda dapat penjimatan yang banyak dalam pinjaman perumahan anda.
.
.
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.