By December 14, 2016 0 Comments Read More →

3 Rahsia Besar Langsaikan Pinjaman Perumahan Lebih Awal dan Jimat Ratusan Ribu Ringgit

Ramai yang mahu langsaikan Pinjaman Perumahan seawal mungkin untuk melepaskan diri dari bebanan hutang yang biasanya di tanggung selama berpuluhan tahun. Tapi tak semua orang tahu cara bagaimana melangsaikan pinjaman perumahan lebih awal dengan cara yang betul.

Minda saya mula terbuka apabila saya hadir ke seminar yang di kendalikan oleh Tuan Aziz Ahmad baru baru ini. Masa seminar tu baru saya tahu rupanya apa yang saya fikir selama ni salah. 😀

Dan saya percaya, masih ramai lagi orang di luar sana yang berfikiran sama seperti saya sebelum ini.

pinjaman-perumahan-langsai

Masa saya menghadiri seminar Tuan Aziz

Lepas menghadiri seminar ini, Saya cuba bertanya kepada beberapa orang kenalan yang aktif dalam pelaburan hartanah. Bila saya tanya macam macam soalan, memang seorang pun tak ada jawapan yang tepat bagaimana untuk melangsaikan Pinjaman Perumahan lebih awal.

Bila saya tanya pendapat mereka macam mana nak Cepat Langsaikan Pinjaman Perumahan, majoriti jawapan mereka adalah “Bayar Lebih” setiap bulan.

Contoh. Jika bayaran bulanan RM500, mereka akan bayar RM600.

Tahu tak???? Cara ini sebenarnya merugikan kita?
Tahu tak???? Sebenarnya kita tak dapat penjimatan Faedah pun bila buat macam ni?

Ya.. perkara ini saya baru tahu selepas menghadiri seminar Tuan Aziz Ahmad, sebenarnya lebihan bayaran yang kita bayar tu akan di gunakan untuk membayar bulan terakhir pinjaman kita.

Contohnya.. Kalau kita membuat pinjaman selama 35 tahun. Maka lebihan duit yang kita bayar itu akan di gunakan untuk membayar bulan terakhir di tahun ke 35.

Jadi ini sebenarnya tak dapat memberikan apa apa impak pun pada kadar Faedah yang bank kenakan kepada kita. Oleh sebab itu kita hanya dapat penjimatan yang sangat sedikit.

Sapa yang rugi? Dah tentu lah kita yang rugi kalau kita lakukan seperti itu. 😀


Objektif Saya Dalam “Pinjaman Perumahan” Selepas Hadir Seminar Tuan Aziz Ahmad?

  1. Jimat Interest(Faedah)

  2. Nak Langsaikan Hutang Pinjaman Perumahan Lebih awal. (dari 35 tahun kepada 10-20 tahun)

Ya.. itu adalah objektif utama saya. Saya pasti anda juga mahu capai objektif yang sama bukan? Kalau tak sama objektif kita mungkin perkongsian ini tak sesuai untuk anda. 😀

Okay, Mungkin ada yang tak clear dengan objektif nombor 1. Tak apa, biar saya terangkan seidikit.

Cuba anggap kita buat pinjaman perumahan sebanyak RM300,000 untuk tempoh pinjaman selama 35 tahun dengan kadar faedah 5.5% setahun.

Mengikut kiraan sistem yang saya gunakan (dapat masa seminar Tuan Aziz). Jumlah keseluruhan yang kita perlu bayar kepada bank selama 35 tahun adalah sebanyak RM676,639.35. Jumlah ini kita anggap tiada apa apa perubahan dari segi kadar faedah. Jika ada kenaikan BLR yang bank negara umumkan maka kadar faedah itu akan berubah juga.

Okay, berbalik kepada cerita tadi, maka jumlah faedah yang kita perlu bayar kepada bank adalah sebanyak RM376,639.35 (rujuk gambar di bawah).

Jadi, objektif saya adalah untuk mengurangkan faedah ini kepada jumlah yang paling rendah yang boleh di capai.

Contoh Kiraan Pinjaman Perumahan

Untuk objektif no 2 pula saya rasa sangat jelas. Saya mahu memendekkan tempoh pinjaman perumahan dari 35 tahun kepada sekitar 20 tahun. Kalau mengikut Tuan Aziz boleh sampai 10 tahun. Tapi bagi saya kalau dapat 20 tahun sahaja pun sudah cukup banyak. 😀


Bila saya dapat tahu masih ramai kawan kawan saya yang tak tahu rahsia ini.

Maka hari ini saya akan berkongsi 3 Rahsia Besar kepada anda bagaimana untuk melangsaikan hutang pinjaman perumahan lebih awal dengan cara yang betul. Ya.. Cara yang betul, bukan cara belasahan mengKhinzir buta.

Cuma rahsia ini saya tak dapat dedahkan begitu sahaja di sini. Ia perlu di sorok sedikit demi kebaikan ramai pihak. 😀

Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah, anda hanya perlu klik butang share di bawah.

Ada 2 butang share iaitu Facebook & Google Plus. Klik butang tersebut dan share kepada rakan Facebook mahupun Google PLus.

Selepas anda berjaya share di media social tersebut. 3 Rahsia Besar ini akan terpapar dengan sendirinya di bawah ini.


.

.

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x