Youth Skincare Shaklee – Luminous Gel Oil Cleanser

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ni nadia nak share tentang Luminous Gel Oil Cleanser. Luminous Gel Oil Cleanser adalah benda pertama kita perlu pakai sebelum pakai yang lain-lain yang ada dalam Set Youth Skincare.

Selain nutrien kita perlukan penjagaan kulit dari luaran iaitu skincare. Jadi taklah kita makan nutrien setiap hari tapi kita tak cuci muka satu minggu. Macam tak balance kan.

Dalam je lawa. Luaran pulak? Bila kita gabung dua dua luar dan dalam barulah meriah.

Biasanya kan orang ada banyak masalah macam kedutan dan pigmentasi. Sebab tu tanda penuaan. Apa nak buat ye?

Kunci kepada kulit yang sihat dan muda adalah Youth tapi adakah bukti yang boleh menunjukkan keberkesanan youth Shaklee ini?

Nanti kita story mory ye.

Dalam banyak banyak produk Skincare Youth, kita memang pakai luminous gel oil cleanser ni dulu. Ni kiranya langkah pertama lah. Pembuka bicara kepada kulit yang cantik. Ecewahh. 😀

Korang nak tau?

Power tau cleanser Youth ni. Ia terhasil dari gabungan antara minyak dengan gel.

Korang tau ke yang minyak dalam cleanser ni bantu dalam membersih dan melembapkan kulit kita tau. Gel pulak sebagai pembersih.

Korang berkulit kering? Atau kulit jenis campur kering dan berminyak? Gel cleanser ni sangat sesuai dengan korang. Ia cuci kulit muka kita dengan lembut. Macam kena belai sebab rasa lembut yakmat.

Bila guna cleanser ni kan, kelembapan kulit kita tak hilang. Malah ia bertambah. Yang bestnya lagi ia tak ganggu PH dan kelembapan kulit kita.

Oil likes oil. Macam orang cantik suka benda cantik 🙊

Bila pakai ni, ramai yang bagi respon bintik putih banyak hilang terutamanya kawasan hidung. Sebab ia serap semua minyak yang berlebihan pada kulit. Bila cuci muka lepas pakai cleanser ni, kiranya dengan minyak minyak sekali hilang tau.

Tak cukup lagi tu.

Shaklee bagi ekstra bonus lagi dengan tambahan laminara iaitu sejenis algae hijau untuk bersihkan sel kulit mati.

Kiranya ia berfungsi macam skrub jugak.

Korang pernah tak skrub muka?

Haaa biasanya skrub ni macam kasar kan. Ia boleh rosakkan kulit. Alah, benda kasar kan.

Macam kita gosok kertas pasir kat kereta. Haa bercalar habis kann.

Sebab secara fizikalnya bila tenyeh tenyeh tu sel kulit sebenarnya tercedera dalam kita tak nampak.

Bila zoom in mesti kita nyesal pakai skrub kat muka 😂. Boleh bayang calar calar bagi salam tu?

Tapi Gel cleanser ni berbeza tau. Lembut aje. Haih la. Tak macam skrub pon masa cuci muka.

Korang pernah dengar pasal Vivix? Haa dalam gel cleanser kita macam ada Vivix tau. Macam adik badik Vivix gittue. Sebabnya ada anggur muscadine jugak.

Maknanya apa?

Bila kita cuci muka dengan gel cleanser ni, DNA kulit kita juga terlindung. Sejak kita mula langkah pertama berYouth lagi, DNA kulit kita dah terlindung. Maknanya sel kulit kita tak mudah rosak. Dijaga elok. Macam puteri.

Best ke best?

Syiok kan gel cleanser nih.

Tak rugi untuk mencuba. Nadia rasa sangat berbaloi la. Seriyes! Tak nyesal langsung. Rasa sunggu bahagiaa. 😀

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: Shaklee, Youth Shaklee
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x