By October 5, 2017 Read More →

Sarapan Pagi di Tu Dok Ko

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jalan-jala cari makan. Nadia dan Mr Hubby suka spent masa sarapan bersama di hujung minggu di luar. Kami akan cuba banyak-banyak kedai. Kedai kegemaran kami adalah Tu Dok Ko.

Tu Dok Ko adalah kedai yang jual bermacam-macam masakan. Tapi yang special adalah menu masakan Kelantan. Masa nadia hamil dulu, nadia sangat suka makan kat sini. Dulu selalu mengidam nasi kerabu. Dah cuba nasi kerabu kat banyak kedai tapi tak kena dengan tekak. Masa tu tengah alahan dan loya-loya.

Lepas pertama kali makan nasi kerabu kat situ dan makan dengan berselera, lepas tu kerap la ajak Mr Hubby makan nasi kerabu kat situ. Banyak makanan lain tak lalu tapi nasi kerabu kat sini suka sangat. Baby dalam perut suka nasi kerabu agaknya..hehe

Umar berkata-kata dalam hati. Eh ni nasi kerabu yang aku suka masa dalam perut mommy dulu.

Nasi dagang pilihan Mr Hubby

Nasi Ayam Gulai

Nasi kerabu

Milo Kosong Panas my favorite

Dapur

Laksam

Makanan bersup seperti dalam gambar menunya

Makanan panas

Roti Canai

Menu Nasi Campur

Nasi Ayam

Makanan Kelantan

Suasana dalam kedai. Kali ni tak nampak ramai sebab nadia dan Mr Hubby datang awal pagi. Belum pukul 8 lagi

Kalau nak makan makanan yang kita suka memang kena datang awal. Satu takut tempat penuh, satu lagi takut makanan yang kita nak dah habis. Tempatnya adalah di Taman Samudera, berdekatan dengan Giant Batu Caves, Gombak.

Selamat mencuba.

Klik Share Ya!!!
Posted in: Umum & Pelbagai

Comments are closed.