Pelancaran The Walking Beauty Project
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar pembaca blog Nadia Musa. Saya doakan anda semua sihat di samping keluarga tersayang. Kali saya nak berkongsi dengan anda semua tentang projek baru yang saya join. Sebelum saya join tu, saya sangat teruja nak join. Nama projek dia tu sangat menarik minat, terutamanya wanita-wanita di luar sana.
High Tea
Hari ni adalah pelancaran The Walking Beauty Project. Banyak agenda pada hari ni. Jom tengok Agendanya;
Hari yang kutunggu-tunggu tiba jua. Saya ambil cuti half day sebab nak datang event ni. Nasib baik boss bagi..hehe..Saya terpaksa pergi sendiri kali ni, Mr Hubby sibuk sikit hari ni. Saya dah la tak pernah pakai waze sorang-sorang. Nak ke bangi sampai 2 jam..huhu..Alhamdulillah sampai jugak walaupun lambat.
Make up Demo
Model sedang di make up.
Model selepas di make up. Fuyoooo…cantiknya..
Model bersama Cikgu Make up Professional.
Ada make up demo. Kami di ajar cantik luar dan dalam. Make up adalah cantik luar. Ada beberapa tips yang kami belajar untuk make up cara yang betul. Banyak juga tips yang kami dapat, antaranya;
- Harus memilih bedak atau foundation yang cerah satu level atas sebab bila kita pakai bedak atau foundation, ia akan gelap sedikit dari warna asal.
- Make up 2015 adalah warna natural.
- Pastikan muka bersih dari make up sebelum tidur.
Health & Wellness Talk
Puan Sarah sedang memberi talk tentang kecantikan dalaman. Antara tips yang di kongsi adalah untuk mengelak penuaan elakkan tinggal kan makan Vitamin C setiap hari kerana collagen akan kurang sedikit demi sedikit bermula umur 20 tahun..
Puan Sarah, jurucakap tentang kesihatan dan kecantikan dalaman bersama Master Ainul, pengasas The Walking Beauty Project.
Free Facial
Kami juga dapat free facial dari beautician-beautician The Walking Beauty. Mereka adalah beautician-beautician yang terlatih. Model sebelah kanan adalah Kak Sha. Saya dah setel dah tadi. Best sangat facial ni. Lembut je kulit ku rasa.
Gambar-Gambar Sepanjang Program
Candy…Oh my favorite.
Satay.
Brownies.
Antara makanan-makanan yang di hidang.
Candy dengan Mountain Choclate.
Gambar candid ku…tekun sungguh belajar yer..
Antara Team The Walking Beauty yang hadir.
Comelnya babies.
Saya bersama Master Ainul, pengasas The Walking Beauty Project.
Kak Sha bersama Master Ainul, pengasas The Walking Beauty Project.
Kami bertiga.
Bersama commitee-commitee The Walking Beauty Project.
Saya dan Kak Sha bersama si cilik yang comel dan sporting bergambar.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).
[…] https://nadiamusa.net/blog/pelancaran-the-walking-beauty/ […]