By December 7, 2016 Read More →

Minuman Yang Mengurangkan Dehidrasi Dan Memberi Tenaga Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa Itu Dehidrasi

Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan atau air pada badan. Hal ini terjadi kerana pengeluaran air lebih banyak daripada pemasukan air (misalnya minum). Gangguan kehilangan cairan tubuh ini di sertai dengan gangguan keseimbangan zat elektrolit tubuh. Dalam erti kata lain kekurangan air yang banyak dalam badan.

Menurut Dr. Zubaidi, dehidrasi ketika hamil boleh membahayakan diri si ibu dan bayi dalam kandungan. Oleh itu ibu hamil jangan ambil mudah jika berlaku dehidrasi.

Ibu hamil perlu pastikan airnya tidak dehidrasi kerana air sangat penting dalam membantu hati dan ginjal membuang kumuhan kepada badan si ibu dan bayi dalam kandungannya.

Risiko Dehidrasi Kepada Ibu Hamil

  • Peningkatan suhu badan ibu yang boleh menyebabkan kesan negatif kepada bayi di dalam kandungan terutama di awal kehamilan
  • Ibu hamil boleh mengalami kontraksi (tahap dehidrasi sederhana)
  • Risiko air ketuban akan berkurang (tahap dehidrasi teruk)
  • Risiko melahirkan bayi bersaiz kecil / bayi pra matang

Tanda-tanda Anda Mengalami Dehidrasi

  • Berasa sangat haus
  • Air kencing menjadi sedikit, warna agak pekat dan bau hancing sangat kuat
  • Mengalami sembelit
  • Bibir menjadi kering
  • Cepat penat walaupun tidak melakukan kerja-kerja berat
  • Mengantuk walaupun cukup tidur
  • Rasa pening apabila menukar posisi daripada duduk ke posisi berdiri

Bagaimana Mahu Merawat / Mengelak Dehidrasi

  • Menurut Dr. Zubaidi, satu-satunya cara untuk mengelak dehidrasi adalah dengan meminum air yang mencukupi iaitu 8 gelas sehari
  • Elakkan meminum minuman yang bercafein contohnya teh, soda dan kopi. Ianya bersifat diuretik di mana ia boleh menyebabkan si ibu lebih kerap ingin membuang air kecil
  • Minum sebelum haus
  • Kurangkan aktiviti yang agak lasak dan elakkan dari aktiviti luar rumah yang agak panas
  • Perlu berjumpa doktor dengan segera jika mengalami kompilasi lain seperti tekanan darah tinggi atau diabetes ketika mengalami dehidrasi

Korang Tahu Tak

  • Di Shaklee, kami mempunyai minuman seperti isotonik bebas karbonat dan kurang gula iaitu Performance Drink. Performance Drink sangat bagus dalam mengekalkan bendalir dalam badan dan membantu mengelakkan dehidrasi daripada berlaku
  • Mengandungi 3 jenis  karbo iaitu metodextrin, fructose dan glucose yang paling penting untuk tenaga dan stemina
  • Mengandungi formula unik Shaklee iaitu opticorb yang membekalkan tenaga serta merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah. Ibu hamil sangat memerlukan kerana ibu hamil perlukan tenaga dan mengelakkan keletihan sepanjang kehamilan

Saya doakan semoga ibu hamil dan bayi dalam dalam kandungan sihat sepanjang hamil sehingga bersalin dan bersalin dengan selamat kedua-duanya serta melalui proses berpantang dengan mudah dan tiada masalah. Aamiin

Kita hanya berusaha, ikhtiar, berdoa dan akhirnya bertawaakkal. Semuanya di atas izin Allah s.w.t.

Jika berminat boleh hubungi dan consult dengan saya Nadia 0192222642

Klik Share Ya!!!
Posted in: Info Hamil, Shaklee

Comments are closed.