By September 4, 2014 0 Comments Read More →

Membongkar Rahsia Bisnes Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat datang ke blog nadiamusa dan terima kasih kerana sudi menjenguk kami disini. 🙂

Memandangkan ramai yang tanya apakah rahsia perniagaan kami. Hari ni saya nak berkongsi rahsia  bagaimana saya buat “sale” dalam perniagaan kami. Ramai kawan-kawan tertanya macam mana kami buat “sale”. Ada juga yang merasa hairan macam mana hampir setiap hari kami beli barang banyak giler.

Sampai kan hari ini je ada 2-3 orang jumpa nadia dan cakap kat dia… “Bagus ek bisnes korang? Macam mana korang buat sale banyak macam tu ek?” “Boleh jalan ek bisnes ni?”.

Dan ada juga yang tak percaya yang saya sebenarnya dah tuttttttttttt… (censored sikit).. hehehe biarlah rahsia.. (Menghitung Hari) :). -yang tau takpe, yang tak tahu biarkan dia. hehe-

Itu la antara persoalan ramai kawan-kawan saya.

Rasa Susah Buat Bisnes?

Sebenarnya saya tak sangka saya boleh buat bisnes Shaklee dengan semudah ini. Dulu macam-macam saya pikir kalau nak buat bisnes. Lagi-lagi kalau jenis bisnes MLM ni. 🙂

Dulu kalau orang offer buat MLM, 100% saya akan reject sebab saya ni memang kureng pandai la nak cakap-cakap dengan orang ni. Kalau jumpa orang takat nak senyum je memag Hebat la..  hehe

Tak caya ke? Kalau tak percaya boleh tanya kawan-kawan rapat saya. Ke anda adalah kawan rapat yang saya maksud kan tu? Tepuk dada tanya la diri sendiri.. 🙂

Dulu kalau bisnes MLM ni saya selalu pikir.. ” Boleh Ke Aku Buat?”, “Macam Susah Je…”,  “Nak kena cakap ngan orang? Adoiyai.. bukan kepakaran aku tu”

Erm… Tu la saya yang dulu.. Asik pikir tak boleh la.. susah la.. & macam-macam adoooo..

Bisnes Lebih Mudah Kalau Tahu Caranya

Yer, ramai insan-insan yang telah berjaya menggunakan kata-kata “Bisnes Lebih Mudah Kalau Tahu Caranya”.

2 Tips yang saya akan kongsikan hari ini adalah

1. Mentor

Ok.. Macam yang DAO ajar, Kita kalau nak jalan shortcut untuk berjaya dalam bisnes adalah dengan belajar daripada Mentor yang telah Terbukti Berjaya.

Macam yang saya bagi tahu tadi, dulu saya rasa susah giler nak buat bisnes. Tapi bila saya jumpa Mentor yang BAGUS yang memang dah terbukti berjaya benda yang segala macam susah pun jadi senang.

Dulu saya rasa susah nak cari customer tapi sekarang rasa macam senang je. Yang lagi best bila saya di ajar teknik “Buat Sale Tanpa Menjual”. Hahaha.. Pelikkan bunyi dia? Macam mana tu Buat Sala Tanpa Menjual?

Teknik ini adalah Teknik Rahsia Group kami yang dinamakan teknik Jemput-Jemput. Apa yang saya suka sangat dengan menggunakan teknik ini adalah kerana saya tak perlu cari customer tapi customer yang cari saya. Amacam? Best tak?

Bagi saya ini ilmu yang memang SUPERB dan sangat-sangat sesuai untuk orang yang ada sifat pemalu dan tak reti nak bercakap  dengan orang macam saya ni.

Teknik ni memang SUPERB giler cadbury. Tapi saya tak boleh nak cerita lebih-lebih bab ni, sebab ia adalah rahsia group kami dan saya perlu menjaga amanah untuk tidak menyebarkannya.

Okay, kita pergi kat point seterusnya.

2. Ilmu

Kita perlu ada ilmu dalam bisnes yang kita ceberu. Walaupun kita ada modal yang banyak tapi kalau tanpa Ilmu bisnes kita akan mudah terkandas di tengah jalan.

Bagi pendapat saya Ilmu terbahagi kepada 2 bahagian iaiti.  Teori dan Praktikal.

Dulu saya lebih suka kepada teori kerana ia mudah je nak dapat. Cuma perlu google dalam 2-3 hari dah tau macam mana nak run bisnes tu. Cuma keluarkan modal yang di perlukan dan terus bisnes boleh jalan. Nampak macam semudah ABC je sebab kita cuma perlu baca-paham-buat.

Teori memang mudah, tapi sebenarnya ia tak semudah yang di sangkakan.

Tapi itu kisah dulu. Kisah masa saya rasa saya pandai berbisnes tapi sebenarnya “Pandai Sangat”. hehehe.. Sekarang saya gemar dan sedang mendapatkan ilmu secara Praktikal. Persoalannya mana nak dapat ilmu praktikal? nak suruh google ajar? hehehe.. Memang tak la kan.. 🙂

Jawapan kepada soalan itu adalah berbalik kepada Mentor. Nak dapat ilmu secara praktikal mestilah kena ada Mentor yang Bagus. Umpama kita nak belajar memandu kereta mestilah kita perlu cari guru yang bertauliah. Barulah kita akan lebih mudah untuk kita berjaya.

Ok.. kalau belum jelas saya buat situasi macam ni…

Katakanlah kita tak tahu cara memandu kereta dan nak belajar sehingga kita pandai memandu kereta.

Agak-agaklah kan, yang mana lebih mudah untuk kita cepat pandai di antara kita baca Buku Panduan Memandu atau Belajar Terus Dengan Orang yang telah pandai memandu?

Saya yakin tiada sapa pun di antara anda yang membaca enti ini yang pandai memandu dari hasil bacaan, betul tak?

Macam tu juga lah dalam bisnes. Apa yang paling penting dalam bisnes adalah Mentor kerana ia dapat membantu kita untuk mengelakkan kita “melanggar tembok berkali-kali

Tapi itu lah yang berlaku kepada saya yang dulu. Saya dulu sombong taknak cari mentor. Rasa diri dah cukup pandai dapat ilmu dari Mr Google. 🙂 Itu yang saya berkali-kali langgar tembok dalam bisnes saya yang dulu (Kecundang di tengah jalan).

Sekarang syukur alhamdulillah. Saya dah temukan mentor yang bagus yang mengajar saya banyak tentang ilmu/teknik marketing “Thorbaik Dari Ladang”.

Okay.. Itulah 2 rahsia yang saya nak kongsikan hari ini. Tak kira apa bisnes pun yang kita nak buat, kalau kita nak berjaya dengan mudah carila mentor. Tapi bukan sembarang mentor yer. Cari Mentor Yang Telah Terbukti Berjaya.

Saya harap saya telah memberikan sesuatu bermanfaat kepada anda.

Kesimpulan yang saya boleh berikan dalam entri ini adalah….

1. Nak berjaya dengan mudah anda perlu ada Mentor Yang Bagus yang telah terbukti berjaya

2. Mentor Yang Bagus Juga

3. Mentor Yang Bagus

——————

BONUS

Jika anda sedang berfikir-fikir untuk mencari motivasi dalam perniagaan. Saya syorkan anda membaca sebuah buku yang buku itu kini masih boleh di download dengan percuma lagi. Dapatkannya Sekarang

Untuk download buku tersebut anda hanya perlu klik sini –> BUKU PERCUMA 

Jika anda suka dengan entri kali ini saya mohon klik butang like di bawah.

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: MOTIVASI BISNES
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x