Kisah dan Tips Kejayaan September 2014

Penulis: MusDeanial (https://www.facebook.com/MusDeanial)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog kami ini. Saya doakan agar anda sentiasa di bawah rahmatNya dan bahagia Dunia Akhirat

Syukur alhamdulillah.. hari ini kita masih diberikan peluang untuk menikmati kehidupan seperti biasa.

Hari ini saya ingin berkongsi kejayaan organisasi kami pada bulan september yang lepas.

Jualan Organisasi Semakin Meningkat

Jualan Meningkat

Alhamdulillah.. Perniagaan kami semakin hari semakin maju dan maju. Hasil jualan kami pada bulan lepas telah meningkat lagi. Dan pada kali ini, pada bulan september sahaja ianya telah mencecah sebanyak hampir RM43k. Wow!!!..

Rasa macam tak percaya sebenarnya. Tak pernah terfikir dan terlintas yang kami boleh buat jualan sebanyak itu. Yang bestnya kami hanya buat secara sambilan sebab kami berdua masih bekerja makan gaji. Kami masih bergelar pekerja sama macam ramai orang di luar sana yang bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Tapi kami spesial sikit,  sebab biasanya kami balik kerja dalam pukul 8-10 malam. 🙂 Tak macam ramai orang balik pukul 5-6 petang.

Dulu masa saya buat perniagaan lain. Saya tak pernah pun capai jualan sebanyak ini. Jangan kata 40k, nak dapat 4k pun bukan main susah lagi.

Dulu, waktu saya meniaga burger, masa saya sangat terhad. Sebab pukul 6 petang sampai 12 malam terpaksa terpacak kat gerai. Benda ni saya perlu buat hari-hari. Bila saya tak buka gerai pada hari tu, dijamin 100% takde income la pada hari tu. hihihi… Bukan setakat itu je. Hobi badminton saya pun terpaksa “terkubur” .

Masa tu memang habis semua aktiviti saya yang sebelum ni saya tinggalkan. Kesian…. Mana tak kesian. Orang lain boleh pergi bercuti sana sini, kita duk sebok buka burger walaupun public holiday. hehehe. Yer la, Kalau tak buka gerai macam mana nak ada income kan. Sebab tu la hari-hari terpaksa terpacak kat gerai tu.

Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. 🙂

Sekarang semuanya berubah. Aktiviti saya tidak terbatas lagi dan boleh berhobi macam biasa semenjak saya kenal perniagaan ONLINE. Dan yang paling best apabila saya ada mentor yang telah terbukti berjaya yang tidak pernah serik membantu kami untuk berjaya. 🙂

Saya suka perniagaan online sebab dia macam 7-Eleven (Open 24 hours) hehe. Tapi beza dengan 7-eleven ialah saya tak perlu terpacak kat kedai. Bisnes online BEST sebab bisnes still jalan walaupun saya tengah makan, tengok tv, bercuti,   dan macam-macam la. Yang penting phone mesti kena ada internet. tu je. 🙂

Pencapaian Rakan Niaga Meningkat

Kejayaan kedua bagi kami pada bulan lepas adalah apabila kami dapat menyuntik cas-cas positif kepada rakan niaga kami. Alhamdulilah.. Sekarang Mereka semua semakin aktif dan aggresif untuk mencapai matlamat mereka.

Mentor saya ajar dan Dr Azizan Osman juga ajar. Cas-cas positif sangat penting dalam kehidupan kita. Apatah lagi kalau kita ingin menjadi ahli perniagaan yang Berjaya. Apa yang saya belajar dari mereka inilah yang saya suntik kepada rakan niaga kami.

Hasil daripada suntikan itu, kami dapat membantu rakan niaga kami meningkatkan pendapatan mereka. Kini semakin ramai di antara rakan niaga kami memperoleh pendapatan 4 angka sebulan. Ok lah tu kan? Dapat la bantu pendapatan isi rumah mereka.

Elakkan Negatif, Terapkan Positif

Kalau anda berniaga dan belum faham kenapa pentingnya cas positif ini saya sarankan anda pergi ke seminar IMKK(Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan). Seminar yang terdekat adalah pada hujung bulan ni. Untuk lebih lanjut sila lawati http://www.imkk2014.com

Jom tengok apa kata Heliza (AF) berkenaan program IMKK

Kalau tak sempat pergi ke seminar yang ini, mungkin anda boleh pergi ke seminar IMKK yang akan datang.

Group Super Supreme Yang SUPER PADU

Antara penyumbang kepada kejayaan kami adalah group yang kami beri nama Super Supreme. Super Supreme ini adalah group yang kami buat Khas untuk rakan niaga yang serius untuk berBisnes. Tak ramai pun yang ada dalam group ini, ahli group ini lebih kurang 10-12 orang je.

Dalam group ini kami ajar mereka satu per satu teknik yang kami belajar dari Mentor. Apa yang saya dapat dari mentor  saya duplikasikan kepada mereka yang berada di dalam group Super Supreme kami.

Alhamdulillah.. Mereka yang berada di dalam group ini juga telah menampakkan peningkatan. Dan yang paling Best apabila 3 orang dari pada mereka telah berjaya naik rank(Leader) dalam shaklee.

Mentor saya pesan. “Kita belum cukup berjaya kalau kita tak bantu orang lain berjaya“.

Itulah apa yang kami sedang buat sekarang. Kami sedang berusaha untuk membantu lebih ramai orang lagi untuk berjaya.

Semoga kami dapat membantu lebih ramai orang lagi di masa akan datang

.

Syukur alhamdulillah atas Rezeki yang semakin lama semakin banyak yang Allah berikan kepada ahli dalam organisasi kami.

Semoga Allah memmpermudahkan mereka mencapai cita-cita mereka dalam perniagaan ini agar mereka dapat menambah nilai hidup mereka dan keluarga mereka”

.

Akhir sekali, Kami ingin mengucapkan tahniah kepada anak didik kami yang berjaya naik Rank dalam shaklee pada bulan september lepas. TAHNIAH KEPADA…….

1. Tasha. http://mamitasha.blogspot.com

2. Hani. http://hazamiesouq.blogspot.ae

3. Zeta. http://zetahalims.blogspot.com

 

Semoga anda semua semakin Bahagia, Kaya & Berjaya..

Terima Kasih kerana klik butang like di bawah tanda anda menyokong perjuangan kami. 🙂

[spider_facebook id=”3″]

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: MOTIVASI BISNES
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x