By September 4, 2015 1 Comments Read More →

Kenapa Nak Kurus Perlu Elakkan Gula?

Masih ramai yang belum faham kenapa kita perlu elakkan gula kalau kita dalam proses menurunkan berat badan (kurus). Jadi, di dalam entri ini saya akan share persoalan ini.. šŸ™‚

Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih kepada anda yang mengunjungi blog ini, semoga anda sentiasa di limpahkan rahmat dan sayang oleh Allah SAW.

Saya doakan juga semoga anda kurus dan sihat. šŸ™‚ amin…

ā€œMengapa Gula Menyumbang Kepada Faktor Sukar Untuk Kurus?ā€

gula

PernahĀ tak anda tonton “The Biggest Loser”.

Kalau anda perasan biasanya peserta program itu berkongsi pengalaman mereka di kamera, Dan biasanya antara perkara yang mereka kongsikan adalah mereka mengatakan trainer mereka sangat tidak menggalakkan para peserta mengambil makanan atau minuman yang manis kalau nak turunkan berat badan.

Pendek kata, trainer macam ā€˜haramkanā€™ gula.

Mak oi… Giler kentang.. šŸ™‚

Saya tahu dan ramai juga tahu bahawa gula tidak bagus untuk kita jika nak menurunkan berat badan..

Tapi isunya adalah, sejauh mana gula ini perlu dijauhkan?

Okay, biar saya berkongsi sedikit dengan anda. Sebenarnya gula ni telahpun ada dalam kebanyakan makanan asas kita.

Contohnya… Gula ada dalam setiap buah yang kita makan. Gula ada dalam sayur yang kita ambil dan malah nasi putih juga mengandungi gula.

So, isu yang mengatakan tak cukup gula dalam badan tak sepatutnya timbul.

Ni saya nak bagi tau kat anda… FYI, rakyat Malaysia merupakan antara pengguna gula tertinggi di Asia. Mungkin sebab itulah kalau kita tengok, ramai rakyat Malaysia yang bam-bam-bam.. Kalau tengok carta pun kita adalah juara untuk di kalangan masyarakat asia tenggara.

Kemuk&Kurus03

2 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Kenapa Kita Tidak Digalakkan Mengambil Gula Ketika Dalam Proses Menurunkan Berat Badan.

1: Gula Menyebabkan Kita Ketagihan Untuk Makan

Sebenarnya, gula yang kita ambil akan menyebabkan berlakunya penghasilan insulin dalam badan. Kesan dari itu, otak kita akan di rangsang untuk mengambil makanan bergula lagi, lagi… lagi.. dan lagi..

Contohnya macam ni..

Katakan kita makan coklat. Perasan tak, bila kita makan sikit kita rasa tak puas? Dah ambik sepotong, jap lagi rasa nak ambik sepotong lagi. Akhirnya, dah habis sepapan tanpa kita sedap.

Saya contoh lain..

Biasanya kalau lepas bersenam/bersukan kita selalu sangat ā€˜dimomokkanā€™ untuk ambil 100Plus. PadahalĀ minuman ini bergula. SedarĀ tak? biasanya kita boleh minum air ini lebih banyak berbanding kalau kita minum air kosong..?

Apa Puncanya? Otak kita akan teransang untuk nak lagi, nak lagi dan nak lagi. Macam rasa tak puas je bila kita minum atau makan makanan bergula.

Okay, Saya bagi contoh untuk anda lagi senang faham, cuba makan kerepek/keropok yang kita beli di kedai. BiasanyaĀ kerepek/keropok tu mengandungi gula dan MSG.

Betul tak bila kita makan benda tu kita rasa macam tak boleh nak berhenti. Selagi belumĀ habis, selagi tu lah asik nak makan je. Bila dah habis baru rasa puas. Betul tak?

Ha.. itulah penangan gula dalam makanan dan minuman.

2. Makanan Atau Minuman BergulaĀ Ditukaer MenjadiĀ Glycogen.

Untuk pengetahuan anda, bila badan kita memerlukan tenaga, badan kita mula-mula akan mengambil Glycogen untuk dijadikan sebagai sumber tenaga. Selepas Glycogen dalam badan dah habis, barulah badan kita akan membakar lemak lemak dalam badan.

Kalau kita workout(cardio) 20 hingga 30 minit pertama adalahĀ ketika badan menggunakan Glycogen sebagai tenaga. Pada ketika itu lemak belum lagi terbakar yer.. šŸ™‚

So, bila kita ambil makanan atau minuman bergula berlebihan, kandungan Glycogen dalam badan kita akan meningkat. Dan kesannya adalah…

Kita penat-penat workout, tapi tak kurus kurus. Rupanya, masa kita workout tu sebenarnya yang dibakar adalah lebihan Glycogen dalam badan. Bukannya lemak yang ada dalam badan kita.

Sebab itulah, mentor mentor Ā cakap.. Kalau nak kurus, mesti jauhi gula. Macam cerita “The Biggest Loser” tu..

So, faham ke faham?

Ok lepas ni.

Kalau nak menutunkan berat badan, Saya cadangkan anda fikir 1000 x sebelum anda nak ambil makanan atau minuman bergula dan utamakan dan lebihkan minum air kosong.

Anda mampu mengubahnya.

Suka dengan tips macam ni? Anda nak lagi? Sila komen “Nak lagi”…

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: Umum & Pelbagai
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
didie
didie
8 years ago

‘nak lagi’…

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x