Mengapa Kita Perlu Minum Air Kosong

Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas saya dan hubby pergi ke rumah keluarga mentor saya Master Firdaus untuk personal coaching. Kami sangat happy kerana dapat menuntut ilmu ‘one to one’.  Walaupun kami bekerja balik pun malam kami tetap luangkan masa untuk menuntut ilmu.

IMG_4599

Sampai je, kami mulakan dengan borak-borak kosong dan bertanya khabar sebelum mulakan coaching. Sedang coaching berjalan, kami di sediakan air kosong. Mentor kami sungguh memahami yang hubby saya tengah berdiet untuk mengurangkan berat badan.

air-kosong-mineral-suam

Jadi dia memang tak boleh minum air bergula atau bergas dengan kerap. Dalam berdiet untuk mengurangkan berat badan memang sangat perlu untuk berdisiplin walau di mana kita berada. Saya nak ceritakan kelebihan air kosong dan keburukan air bergula untuk sesiapa dalam proses mengurangkan berat badan.

Badan kita memerlukan banyak air dalam seharian walaupun kita tidak melakukan aktiviti berat sekalipun, dari sistem perkumuhan air boleh hilang dari tubuh kita.

Kita digalakkan minum air sebanyak mungkin dalam seharian. Tau tak berapa banyak air kita perlu minum dalam sehari? Saya bagi contoh, berat ‘ Melisa’ adalah 60 kg, jadi 60 kg bahagi dengan 25kg, jumlah air yang perlu dia minum adalah 2.4 liter.

Kalau minum air bergula dalam sehari berpeket-peket kau habiskan dengan campuran ais berketul-ketul lagi kau hengat boleh kurus ke?….tak mungkin… tak mungkin. Air kosong tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Betul, saya tak tipu…hehe…

Bila minum air kosong InsyaAllah perut akan maintain kurus je..tak buncit sudah.. Ada juga beberapa kajian menunjukkan bahawa amalan minum segelas air kosong 20 minit sebelum makan boleh mengurangkan jumlah kalori yang akan di ambil. Macam menarik kan..cuba amalkan petua ni..

Kajian belum dapat mengetahui puncanya tetapi para penyelidik amnya berpendapat kepadatan kalori minuman juga berperanan mengurangkan pengambilan kalori daripada makanan. Kepada yang obses nak kurus boleh la cuba amalkan minum air kosong.

Keburukan minum air bergula pula boleh menyebabkan berat badan susah nak turun atau boleh menyebabkan berat badan makin naik. Kajian menunjukkan kandungan gula akan bertukar menjadi glukosa yang akan masuk ke dalam salur darah, lebihan akan di simpan sebagai glikogen dalam hati.

Glukosa adalah sumber tenaga. Lebihan tenaga yang tidak di gunakan secara umumnya akan bertukar menjadi lemak

Apabila kandungan lemak menjadi tinggi maka dengan mudah lah ia terbentu di bahagian-bahagian yang tidak diingini. Jika sekiranya kita ingin mengurangkan kandungan gula dalam badan (yang menjadi antara punca kegemukan utama dalam badan) , kita perlu berhenti dari minum air manis. Kalau nak jugak minum air manis ni la hasilnya…

pic5

Okay, saya nak share jumlah kalori untuk beberapa minuman yang agak glamour..Jadi cuba elakkan minuman yang berkalori tinggi untuk mempercepatkan proses menguruskan badan anda yea..

milo-ice

1x packet Milo 3 in 1 : 150 kcal

Air Kelapa : 60 kcal Isi Kelapa : 1000 kcal

Air Kelapa : 60 kcal
Isi Kelapa : 1000 kcal

 

Air kosong atau mineral : 0 kalori

Air Kosong atau Mineral : 0 Kalori

 

Smoothie buah campuran yougurt dan lain-lain : 200 - 500 kcal bergantung kepada cara penyediaan dan saiz

Smoothie Buah Campuran Yougurt dan lain-lain : 200 – 500 kcal bergantung kepada cara penyediaan dan saiz

 

Caramel Macchiato : 260 kcal Bergantung kepada saiz, jenis susu, whipcream dan lain-lain

Caramel Macchiato : 260 kcal
Bergantung kepada saiz, jenis susu, whipcream dan lain-lain

 

1 tin softdrink seperti coka-cola mengandungi lebih kurang 150 kcal manakala Diet Coke atau Coke Light kosong kalori (tidak bergula)

1 Tin Softdrink seperti Coka-Cola : 150 kcal manakala Diet Coke atau Coke Light kosong kalori (tidak bergula)

 

The O Air Limau - 120 kcal

Teh O Ais Limau – 120 kcal

 

1 x gelas Air Tebu : 110 kcal

1 x Gelas Air Tebu : 110 kcal

 

1 x Gelas Susu Lemak Rendah : 60 kcal. Susu Biasa _ 100 kcal. Susu Penuh Krim _ 160 kcal

1 x Gelas Susu Lemak Rendah : 60 kcal.
Susu Biasa : 100 kcal. Susu Penuh Krim : 160 kcal

 

1 x kotak kecil Ribena : 110 kcal

1 x Kotak Kecil Ribena : 110 kcal

 

1 Gelas Jus Oren : kalau 100% buah 60 kcal (tidak ditambah gula) atau 120 kcal kalau di tambah gula

1 Gelas Jus Oren : kalau 100% buah 60 kcal (tidak ditambah gula) atau 120 kcal kalau di tambah gula

 

Kopi O kosong tidak berkalori. 1 peket gula kalau 5 gram ada 20 kcal. Jadi Kopi O mungkin mnegandungi 60 kcal

 

Kalau suka post ni sila click like button di bawah

[spider_facebook id=”3″]

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: Perihal Kurus
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x