Kelas Blog & FB Ads: Best

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah… Kelas Blog & FB Ads telahpun berjalan lancar pada pada 4 April 2015.

Sebenarnya ia adalah kelas exlusive untuk anak didik kami di bayah EMPAYAR NADIA MUSA

Syukur, Allah telah mempermudahkan segala urusan kami.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya saya telah mengambil masa beberapa minggu untuk merancang Kelas Blog & FB Ads ini kerana ia memerlukan perancangan terbaik dari saya.

Antara matlamat kami di EMPAYAR NADIA MUSA adalah untuk membantu mereka yang ingin meng”upgrade” hidup mereka menjadi lebih baik daripada sekarang.

Allah telah mengurniakan terlalu banyak nikmat & ilmu kepada kami.

Dan kini adalah masanya kami kongsikan ilmu yang kami tahu kepada mereka yang menginginkannya sebagai tanda mensyukuri nikmat yang Allah berikan itu.

Matlamat program Kelas Blog & FB Ads ini adalah untuk membantu anak didik EMPAYA NADIA MUSA supaya mereka menguasai perniaga online menggunakan Blog & Facebook dengan teknik yang betul & mudah.

Dalam erti kata lain.. mereka tidak perlu merempuh jalan yang “susah lagi menyusahkan” kerana saya dah tunjukkan jalan mana yang lebih mudah ataupun “shortcut”. 🙂

So, hari ni saya nak berkongsi aktiviti yang sempat kami rakamkan semasa program ini berlangsung..

kelasblogdanfbads8

Program ini di adakan di Pejabat Shaklee Cawangan Sri Rampai.

kelasblogdanfbads4

Gambar Saya Sedang Memberikan Tips.. 🙂

Antara tips yang saya berikan adalah cara bagaimana untuk mencari “Keyword” yang betul dan cara menggunakan keyword tersebut supaya ia dapat menaikkan ranking blog kita di dalam carian google.

Keyword ini sangat penting untuk peniaga online yang menggunakan blog. Jika anda menguasainya, InsyaAllah.. akan ramai pelanggan yang akan datang ke blog anda. 🙂

Dalam kelas ini saya sangat menekankan penggunaan blog kepada mereka. Kerana blog adalah sebagai premis perniagaan bagi peniaga online.

Cuba bayangkan, anda menjual produk tapi tiada kedai atau premis. Agak-agak macam mana anda nak display produk anda dan tayang banner atau bunting perniagaan anda?

Takkan anda nak bawa produk & banner tu kehulur-kehilir. Kalau ada premis kan lebih mudah dan pelanggan pun pasti lebih senang nak datang balik sebab dia dah tahu kedai kita kat mana. 🙂 Setuju dengan apa yang saya cakap????

Jom tengok aktiviti seterusnya

 

kelasblogdanfbads3

Ini kak ina dan anak-anaknya. Saya duk belakang nak memastikan apa yang dia buat tu betul. 🙂

kelasblogdanfbads2

Aksi khusuk ke tu?

kelasblogdanfbads6

Ai.. kak mus ni. tak cukup dengan laptop. Dia guna phone pulak. Ke customer dah PM? 🙂

kelasblogdanfbads12

Ni Bro Nan & Zaimi.

kelasblogdanfbads9

Ini Diana & Husband. Yang belakang tu anak Kak Tun duk jaga adik dia. 🙂

kelasblogdanfbads13

Ini shiem.. Amboi.. hepinya berselfie.. 🙂

 

Sebenarnya kami buat kelas ni berkonsepkan santai. Anda perasan tak, walaupun kerusi ada banyak tetapi mereka memilih untuk duduk di atas lantai.. 🙂 Dari awal lagi saya dah beritahu kepada mereka yang saya tak kisah kalau nak duduk atas kerusi ke, bersila ke atau nak baring.. 🙂 Janji dia orang selesa.

kelasblogdanfbads7

Ini aksi berdiskusi selepas tamatnya kelas.. 🙂

kelasblogdanfbads

Aksi Groupie Pulak Lepas Habis Kelas.

Alhamdulillah.. Kelas tamat lebih kurang pukul 5:30 petang. Sebenarnya saya rasa macam tak puas lagi berkongsi ilmu dengan mereka. Tapi masa tidak mengizinkan.. InsyaAllah.. kita buat lagi di lain waktu.. mungkin kelas yang lebih advance. 🙂

KelasBlogDanFBAds20

Ini gambar terakhir yang dapat kami snap pada hari tu.

Apa feedback mereka?

Kalau nak tahu sebenarnya kami ada buat group telegram untuk mereka yang hadir kelas ini supaya mudah untuk mereka bertanya jika ada apa-apa soalan atau kemusykilan semasa berada di kelas. Tapi, respon yang di terima lain pulak… 🙂 Jom tengok apa kata mereka..

KelasBlogdanFBAds16

hehe.. Ini best, dia mengelat tak pergi kursus lain tapi pergi ke kelas kami.

KelasBlogDanFBAds17

nak lagi??? InsyaAllah

KelasBlogDanFBAds18

10 bintang 🙂

KelasBlogDanFBAds19

Aamiin… (Jom Aaminn-kan Bersama)

Alhamdulillah.. Respon yang di terima sangat positif. Semoga ilmu yang saya kongsikan kepada mereka bermanfaat dan dapat membantu mereka meng”upgrade” teknik perniagaan online mereka. Semoga dengan perkongsian saya yang sedikit ini juga dapat memberi pencen kubur kepada kami… aamiin…

Kepada anda yang membaca entri ini saya doakan supaya anda dapat mengubah hidup anda dari biasa-biasa kepada luar biasa…

Sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk kali ini.. semoga kita perjumpa di lain kali.. 🙂

[wpsr_facebook]

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x