BERJAYA: Dulu Junior Sekarang Senior

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah.. Permulaan Ramadhan kali ini sangat menggembirakan kepada kami. Kami dapat mencapai target kami untuk menjadi Senior Supervisor didalam bisnes shaklee. Bukan hanya setakat itu, tapi Allah juga telah memberikan nikmat dengan memberi rezeki jualan hampir 2 kali ganda peningkatan dibandingkan dari bulan lepas. Syukur… Syukur… Syukur.. Alhamdulillah….

knowstheway-2

 

[spider_facebook id=”3″]

Kejayaan ini tidak akan saya capai dengan mudah tanpa Ilmu, dan Panduan dari  Mentor yang betul. Saya sangat berterima kasih kepada Allah kerana telah mempertemukan kami dengan Mentor kami iaitu Mohd Firdaus & Kam Maria. Rasa macam beruntung giler bila ditemukan dengan orang seperti mereka. Mereka tidak jemu memberi Ilmu dan Tips dalam perniagaan.

Antara yang saya paling suka dalam tips bisnes yang diberi adalah teknik “Jemput-Jemput”, yang mana ia mengajar kita supaya tidak perlu mengejar customer tapi customer yang cari kita.

Benda ni la yang saya rasa Best Giler!!! Sebab bukan senang nak dapat ilmu macam ni. Dan bukan senang nak jumpa orang yang sanggup kongsi ilmu-ilmu macam ni.

Mungkin ada dikalangan anda yang belum kenal saya.. Saya sebenarnya seorang yang sangat suka dengan bisnes. Mungkin sebab dari kecil saya dah terdedah dengan bisnes daripada pengalaman Mak & Arwah Bapa saya. Bagi saya, Bapa adalah Idola saya. Dia memang SUPERB. Tetapi saya tak sempat belajar banyak dari dia sebab dia meninggal semasa saya masih belajar.

“al-fatihah buat arwah Kamali B. Karon”

Selepas habis belajar, dah bermacam-macam bisnes saya cuba. Dulu saya redah seorang diri tanpa mentor. Bukan tak boleh bisnes tanpa mentor ni. Cuma bagi saya kita terpaksa bersusah payah pikir semua benda sendiri. Kalau bisnes ber-Mentor ibarat kita naik bangunan menggunakan Lift (shortcut untuk berajaya).

Bila dah penat asik terlanggar dinding je. Akhirnya saya sekarang dah 6 tahun jadi pekerja yang “berjaya”. Berjaya sangaatt…. 🙂 

Dulu bisnes ada yang berhenti di tengah jalan, ada yang berhenti di hujung jalan, ada juga yang berhenti di permulaan jalan. Dan antara yang terbaru saya pernah cuba ialah Bisnes Jual Burger.

Yang ni memang mencabar fizikal dan mental sebab di antara banyak-banyak bisnes yang saya buat, bisnes jual burger la yang paling memenatkan. Sebabnya, saya masih lagi bergelar “Perkerja Berjaya”. Jadi masa rehat saya sangat singkat kerana saya masuk kerja pukul 8 pagi, lepas tu habis kerja pukul 5 petang. Balik keje terus bukak Burger sampai la pukul 1 malam. Esoknya nak kena bangun awal untuk kira stok bahan mentah, kira duit dan order bahan mentah. Macam tu  la rutin saya hari-hari pada masa tu.

Kalau nak ikutkan, rasanya agak panjang cerita bisnes burger ni. Memang boleh jadi entri lain la kot pasal burger sahaja. hihi… Takpe, nanti ada rezeki saya buat entri lain “Burger vs Online” ok?.. 🙂

Kelemahan yang paling ketara masa dulu yang saya nampak adalah saya takde sapa yang Guide. Apa-apa keputusan dan tindakan saya kena pikir dan cuba sendiri. Masa tu kononnya dah hebat. Taknak tengok kiri kanan sebab rasa kita dah hebat.

Akibatnya, saya selalu terhantuk dinding, terlanggar tiang ke (jalan buntu). Sebenarnya, Masa tu tak sedar pun yang saya tengah buat bisnes duk langgar dinding. Tapi bila dah ada ilmu sekarang ni baru la paham.

buntu

[spider_facebook id=”3″]

Kejayaan Lebih Mudah Bila Ada Mentor

Sekarang saya dah paham, “Bisnes Lebih Mudah Kalau Ada Mentor”. Sebab Mentor boleh guide dan tegur sebelum atau semasa kita sedang melakukan kesalahan. Sekurang-kurangnya walaupun ada buat salah, mungkin baru di tahap awal. Jadi lebih mudah untuk saya patah balik dan kembali on track.

myinspiration

Apa yang saya perlu buat adalah tiru je apa yang mentor saya dah buat. Tapi kita perlulah cari mentor yang  telah ada track record yang baik. Senang je kan?? Tak perlu langgar dinding. Ikut je apa yang dia buat.

Saya percaya dan yakin dengan kata-kata ini, “untuk berjaya kita perlu belajar dengan orang yang dah terbukti berjaya”. “Umpama nak pandai main badminton, kita perlu belajar dengan orang yang Pakar badminton”. 

Masa konon-konon hebat sangat dulu tu saya selalu kerja membanting tulang tapi pencapaian hanya gitu-gitu je.  Ok la.. ada la untung jugak. Tapi kalau la saya ada mentor masa tu saya rasa mungkin saya takkan kenal erti “Perkerja Berjaya”. 

Rasa macam WOW!!!… Senang giler bisnes dengan ada Mentor.  Yang penting “Follow the Leader”.

great-leader

 

[spider_facebook id=”3″]

Dan antara kejayaan yang saya tak boleh lupakan pada closing Jun 2014 adalah apabila kami dapat membantu salah seorang dari Rakan Niaga kami menjadi seorang leader (supervisor). Orang yang saya maksudkan adalah Tasnim a.k.a Nimboking (www.nimboking.blogspot.com)

Me & Nimboking

Dia dulu hanya sekadar pengguna set menyusu  shaklee je. Tapi sekarang dia antara Rakan Niaga yang sedang menyinar. Tahniah Sis Nimbo. Semoga anda Kaya dan Berjaya.

Untuk sesiapa yang sudi baca entri ini saya ucapkan terima kasih. Satu je saya nak pesan, “Tak kira apapun perniagaan yang anda ceburi pastikan anda ada Mentor kalau anda ingin berjaya dengan naik lift”. 

Saya doakan semoga lebih Bahagia & Berjaya dimasa akan datang.

Jika entri ini bermanfaat mohon jasa baik anda klik butang Like & Share di bawah.

Terima Kasih

-Mus Deanial- (MD)

[spider_facebook id=”3″]

Klik Share Ya!!!

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of