By March 22, 2018 Read More →

Dua Kali Masuk Bilik Operation Akibat Diserang Komplikasi Hematoma Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah hampir setahun nadia bersalin tapi baru nak share pengalaman nadia bersalin Umar Danial yang sempurna, comel, bijak, soleh dan baik akhlaknya. Puji anak sendiri melambung..hihihi..Sebagai ibu kena sebut benda baik-baik je kat anak sebab kata-kata yang keluar dari mulut ibu boleh jadi doa. πŸ™‚

Walaupun dah setahun tapi semua masih segar dalam ingatan. Setiap detik sebelum, semasa dan selepas bersalin memang ingat.

Sebenarnya dah berapa kali nadia pegi Hospital Putrajaya (HPJ) tu. Anak first agaknya, tak tahu beza nak bersalin atau contraction biasa. Tapi akhirnya nadia kena buat emergency ceaser. Jom baca cerita sebelum terjadinya emergency ceaser.

WARDED SEBELUM BERSALIN

Muka sebelum bersalin. Boolat :-p

Wad sebelum bersalin. 6 katil. Lepas tu pindah ke wad 2 katil dan wad baru HPJ.

Breakfast

Lunch and dinner

Pada Masa tu Blood Pressure (BP) naik. Terus wasap gyne nadia, Dr. Hazim dan tunjuk bacaan. Nadia memang alat untuk check BP kat rumah. Lepas dah tunjuk bacaan, Dr. Hazim suruh datang ke HPJ terus. Nadia dah ready dengan bag ibu dan baby stand by in case nak bersalin kan.

Masa sampai tu terus register nak buat check macam biasa. Procedure dia check urine, check BP dan CTG. Memang BP agak high tapi CTG dan urine semua ok. Makanya nadia kena warded. Baju ibu dan baby memang dah ada dalam kereta siap-siap walaupun tak tahu lagi bersalin ke tak.

Sejak warded, nadia di pantau oleh doktor-doktor dan nurse-nurse. Makanan HPJ bagi memang low salt. Tak berapa nak lalu ..hehe.. Ada jugak masa minta Mr Hubby belikan makanan kat luar. Mr Hubby memang hari-hari datang melawat walapun jauh travel dari Gombak ke Putrajaya. Alhamdulillah, Mr Hubby sangat caring menjagaku.

Pada 17 April tu tiba-tiba BP nadia naik sangat tinggi. Doktor check air kencing pun ada protin. Maksudnya kena berjaga-jaga. Doktor dan nurse pantau BP 3 jam sekali tapi BP tetap tinggi. Lepas check semua Doktor decide nak emergency ceaser pada esok nya. Malam tu pantau dulu dengan bagi ubat. Malam tu juga nadia di tolak ke Labour Room untuk pemerhatian lebih terperinci.

PROSES NAK BERSALIN BERMULA

Kat Labour Room tengah tunggu Dr. Hazim sampai untuk operation.

Ngidam nasi lemak sebelum bersalin. Lepas bersalin dah kena pantang..hihi

Sekali lagi nadia kena bermalam di Labour Room. Sebelum ni 2 kali pernah warded dan di pantau di Labour Room. Masa kat Labour Room macam-macam suara dengar orang nak bersalin. Buat nadia rasa seram.

Malam tu di masukkan ubat untuk bagi BP stabil sebab esoknya nak emergency ceaser. Semasa BP tinggi tak boleh operation. Kena bagi stabil dulu.

Mula-mula doktor decide nak operation pagi, tapi di sebab kan nadia stabil sikit dari sebelum tu, Dr. Hazim suruh tunggu dia sebab dia sendiri nak jadi surgeon. Dr. Hazim masa tu kena keje di luar kawasan ada kurus. Esok pagi tu apa lagi request nasi lemak dan air milo untuk breakfast. Sebelum tu dah kena puasa. Kalau nak operate kena puasa 6 jam sebelum operation.

Pagi tu urine nadia keluar darah. Doktor kata nak kena operate pukul 11 pulak sebab urine dah keluar darah. Tapi tak jadi sebab Dr. Hazim dah dalam perjalanan ke HPJ. Alhamdulillah, akhirnya dapat surgeon Dr. Hazim. Nadia sepanjang hari memang tak selesa, cucuk ubat kiri kanan, memang tak boleh bergerak. Kencing pun dah pakai tiub kencing.

Sampai je Dr. Hazim, nurse terus tolak nadia ke bilik Operation Theater (OT). Sebelum tu nurse dah prepare semua surat, pakaian dan lain-lain. Mr Hubby memang teman nadia kat Labour Room haritu. Ma dan abah kat luar tak boleh masuk. Kena tunggu kat luar.

Masa nak tolak ke OT tu memang bersyukur sangat. Memang tak sabar dari pagi nak bersalin. Rasa pening, sakit badan, berdebar-debar semua ada. Doktor cakap sebab uri jadi BP tinggi dan kencing berdarah. Bila baby keluar InshaAllah semua hilang. Sebelum gerak, muaah muaah dan minta maaf dulu dengan Mr. Hubby.

Sampai je kat sana, di tempatkan di satu tempat area menunggu turn. Kat situ sign surat setuju, check documents dari Labour Room dan Doktor bius ada interview sikit. Dr. Hazim sampai je HPJ memang terus ke OT. Masuk je bilik OT terus di baringkan kat katil khas.

Doktor bius memulakan tugas. Jarum di cucuk kat tulang belakang. Alhamdulillah tak sakit seperti yang di jangka kan. Allah bagi nadia kekuatan masa tu. Kalau ikut kan nadia ni sangat penakut..hihi..Tapi Allah bagi nadia rilex, cool dengan kepakaran Dr. Hazim membuatkan nadia jadi relax.

Masa sebelum mula operate, Dr. Hazim akan tanya dulu kebas tak sebelum dia belah perut. Dr. Hazim bersama assistantnya dan nurse-nurse. Masa oepration berjalan rasa sejuk giler, nasib baik ada pemanas. Masa Dr. Hazim dan assistantnya operate, Dr. Hazim mula-mula borak dengan nadia. Maybe untuk hilangkan nervous.

Macam sekejap sangat operation ni. Lepas belah perut, dia tolak-tolak perut untuk keluarkan baby. Sekejap juga keluarkan baby. Tau-tau dah dengar suara Umar nangis. Masa syukur sangat Umar menangis sekuat hati. Alhamdulillah baby selamat.

Selesai keluarkan baby, jahit pula. Jahit tu agak makan masa lama berbanding awal-awal tadi. Tapi overall tak lebih setengah jam. Nurse-nurse kat situ cakap kalau dengan Dr. Hazim memang tak lama. Kalau doktor lain mungkin lebih setengah jam. Dr. Hazim memang banyak pengalaman dan kepakarannya. Sebab tu nadia memang nak bersalin dengan Dr. Hazim.

Semasa jahit tu, nurse bawa Umar kat nadia dan tunjuk jantina. Masa tu tengok Umar baby yang sempurna dan comel sangat. Ya Allah syukur sangat-sangat. Aku dah jadi ibu. Impian ku selama ini Allah dah makbulkan. Masa tu rasa nak nangis kegembiraan.

SELESAI BERSALIN

Umar baru keluar. Fresh from oven πŸ™‚

Bersama gyne nadia, Dr. Hazim

Bapak pun sangat happy setelah 6 tahun menunggu. Nadia sangat happy dan bersyukur dapat lahirkan zuriat dari rahim sendiri dan benih bapak. Alhamdulillah. Thank you Allah.

Tok mama dan jadda happy tengok cucu baru

Selesai je semua, nadia di tempatkan di bilik khas untuk pantau. Lepas selesai tu lega selega-leganya. Hilang semua sakit kepala, sakit-sakit badan. Terus rasa sihat. Agaknya dan selamat semua dan jumpa baby dan juga sebab uri dah keluar. Alhamdulillah Umar lahir pada tarikh 18 April 2017 sama dengan tarikh lahir dengan arwah adik nadia yang telah pergi pada 17 March 2017. Al-Fatihah untuk arwah adik nadia Muhammad Hasif.

Di situ pantau BP dan sampai kaki boleh angkat sikit. Lepas semua stabil nurse dari Labour Room akan ambil kita dan bawa ke Labour Room. Sebelum sampai ke wad, nadia jumpa dengan Mr. Hubby, ma dan abah. Mereka semua happy dah dapat jumpa Umar.

Nadia dipantau selama 24 jam di Labour Room untuk stabilkan BP selepas bersalin pula. Ada ubat yang kena habiskan sebelum ke wad. Malam tu adalah malam paling lena tidur sepanjang berada kat HPJ. Segala kesakitan hilang. Cuma perut belum rasa sebab masih ada bius.

Nurse menjaga sangat rapi. Selepas 6 jam baru nadia boleh minum air kosong dan makan. Tapi kena minum air dulu. Selepas beberapa jam baru boleh makan. Lapar sangat lepas bersalin. Malam tu nurse yang jaga Umar sebab nadia memang tak larat.

Masa pertama kali nadia menyusukan Umar, Umar terus pandai hisap. Tak ada masalah. Susu pun terus keluar. Syukur sangat, susu keluar tanpa ada masalah. Umar minum dengan happy. Umar memang kerap menyusu. Lepas nadia dah ok, Umar duduk dengan nadia kat Labour Room tapi masih nurse yang tukarkan pampers. Nadia cuma menyusu kalau dia lapar.

Sepanjang kat Labour Room hanya suami je boleh melawat, ma dan abah tak dapat melawat. Tapi ma dan abah dah jumpa Umar dan nadia lepas bersalin. Mr Hubby bawa bubur kosong. Hari kedua tu Alhamdulillah nadia dah stabil dan boleh di bawa ke wad. Makan makanan berpantang sudah bermula.

WARDED SELEPAS BERSALIN

Bilik yang sangat selesa

Umar kena jaundice @ kuning diletak di bawah lampu

Bermula nadia jaga umar sendiri. Alhadullillah umar ok. Bangun untuk susu je. Memang kuat menyusu. Kalau nadia tak larat nurse tolong tukarkan pampers. Pagi-pagi memang nurse mandikan Umar. Nurse datang ajar cara meyusu dengan betul. Best sangat HPJ ni. Wad dah macam private. Layanan pun memang first class. Tak rasa macam duduk hospital kerajaan.

Umar ada sikit kuning tapi mild aje. Tak perlu duduk wad kanak-kanak. Cuma kena letak bawah lampu biru kt wad ibu. Tapi memang kesian tengok. Situ air cond sejuk yang amat. Bila buka baju dia memang menggigil-gigil la umar. Tapi nak sembuh cepat kena buat jugak. Nadia nak kurang kan sejuk dia, letak umar atas badan nadia dan hala kan lampu ke badan umar. Umar tak nangis buat macam tu.

Syukur la Umar menyusu kuat dan membuang pun kerap. Doktor cakap InshaAllah cepat baik bila baby menyusu kuat dan membuang kerap. Kuning tu keluar melalui najis. Umar katogari high risk untuk kena kuning lama sebab nadia berdarah O positif. Tapi Alhamdulillah tak lama umar kena kuning.

HEMATOMA SELEPAS BERSALIN

Nadia kena duduk HPJ selama 5 hari procedure untuk ibu yang ada BP tinggi. Kalau ceaser normal tak ada apa-apa masalah 3 hari je. Tiba-tiba hari ke 4, luka tu macam keluar darah sikit. Nadia bagitau nurse. Nurse refer doktor dan doktor check something wrong. Doctor check perut memang nampak agak warna purple dibahagian jahitan tempat operate.

Doctor tanya ada sakit tak, ada demam tak. Sakit memang sakit tapi nadia ingat memang sakit macam ni selepas operate. Nurse on antibiotic dan doktor yang lebih pakar untuk scan dan check air kencing. Lepas scan doktor cakap so far ok tapi nanti Dr. Hazim akan scan balik.

Dr. Hazim scan dan check ada darah beku sikit di bahagian jahit. Nama dia ni Hamotoma. Jadi keputusan Dr. Hazim kena masuk OT lagi untuk buka luka dan cuci darah beku. Again…Oh no..Tapi untuk lebih cepat sembuh memang kena juga cuci. Nadia memang jenis penakut, apa doktor decide semua nadia akan ikut. Doktor lebih pakar dari kita kan, kena la ikut.

Makanya, nadia melalui procedure yang sama untuk operate. Bezanya hairtu keluar baby yang ni cuci darah beku. Tapi bius kali ni sakit sikit, maybe sebab doktor lain yang buat atau sebab dah kali kedua selang beberapa hari. Berdebar lagi..huhu..Kali ni pun Dr. Hazim yang jadi surgeon. Ambil masa lebih kurang bersalin juga.

Lepas je setel, procedure yang sama. Lepas setel semua procedure, nadia di bawa ke wad. Masa kat wad tu sakit mula terasa. Sakit sangat-sangat. Memang tak tahan. Pegang katil tu macam nak tercabut besi. Masa tu Mr Hubby ada teman. Dia tenangkan nadia. Mintak nurse bagi ubat tahan sakit, pun tak berapa nak jalan.

Malam tu ok sikit. Mujur boleh tidur. Tapi ada terjaga jugak. Malam tu nurse yang jaga Umar. Time menyusu je baru nurse bagi nadia.Β Nadia kena stay lagi lama kt HPJ sebab diberi ubat antibiotik yang kena drip. Bertabah la. Ramai dah tanya bila boleh balik sebab tak sabar nak jumpa Umar.

Nadia terpaksa di tahan lagi sehingga habis ubat antibiotic untuk elak dari kena jangkitan dan juga nak pastikan luka pada perut betul-betul kering.

Kenapa berlaku Hematoma, tidak dapat di jelaskan. Ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Rezeki masing-masing. Bersalin macam-macam risiko yang kita tak sangka boleh kena. Kita cuma doa Allah permudahkan urusan dari hamil, bersalin dan berpantang. Kalau ada apa-apa yang tak kena itu ujian dari Allah.

AKHRINYA BOLEH BALIK RUMAH

Nadia duduk selama 18 hari di HPJ termasuk monitor BP sebelum bersalin selama 3 hari. Orang sebelah katil bersilih ganti. Sampai nurse cakap Umar baby paling senior. Tapi Umar behave sangat. Alhamdulillah. Memang tak sabar sangat nak balik rumah masa tu.

Sepanjang nadia kat HPJ sesudah bersalin nadia diberi ubat cair darah pagi dan petang. Untuk ibu-ibu ceaser memang kena ambil. Kalau balik rumah awal pun , kena ambil juga tapi cucuk sendiri atau pergi klinik berdekatan setiap hari.

Paling tak tahan kena cucuk jarun yang untuk masukkan ubat. Gambar boleh refer kat atas. Jarum tu kena tukar paling maximum setiap 5 hari. Setiap kali nak pasang jarum baru memang fobia sebab sebelum tu pernah kena sakit. Sakit sebab saluran tu dah bengkak. Kat lengan dan lengan dah penuh tempat cucuk.

Mr. Hubby setiap hari ulang alik ke HPJ melawat kami berdua. Kesian Mr. Hubby penat ulang alik. Kadang-kadang 2 kali sehari. Walaupun penat dia tak pernah mengeluh. Syukur Allah bagi kesabaran kepada kami berdua dengan ujian ini. Mungkin orang bersalin tak serumit ini, tapi ada juga yang lebih rumit.

Apa pun nadia bersyukur semuanya selamat dan Allahdulillah boleh balik rumah pada 1 May 2017. Ramai sedang menunggu nak jumpa Umar. πŸ™‚

CUKUR JAMBUL DI HOPITAL PUTRAJAYA

Di sebab kan nadia masih di hopital di hari ke 6, Ustaz Zakaria datang ke melawat Umar di HPJ. Alang-alang kami buat bacaan sikit dan cukur jambul.

GAMBAR-GAMBAR UMAR SEPANJANG

Nanti nadia share bagaimana nadia melalui pengalaman berpantang dan menyusu pula yea.

 

 

Klik Share Ya!!!

Comments are closed.