Cari Peluang Perniagaan Untuk Tambah Pendapatan? Ini Idea Yang Mungkin Boleh Anda Guna
Dengan ekonomi negara yang sangat teruk sekarang ni membuatkan ramai orang mula mencari sumber pendapatan tambahan untuk menampung kos hidup yang terus meningkat. Antara yang paling menjadi pilihan ramai orang sekarang ini adalah dengan ber Bisnes Online, tapi tak kurang juga yang buat Bisnes Offline.
Adakah Anda Sedang Mencari Peluang Perniagaan?
Anda Ada Banyak Sangat Idea Sampai Tak Tahu Nak Meniaga Apa?
Banyak Tawaran Perniagaan, Tapi Perlukan Modal Ribu Ribu?
Nak Tambah Pendapatan Dengan Meniaga, Tapi Tak Ada Masa Sebab Terlalu Sibuk Dengan Kerja Hakiki?
Nak Tambah Pendapatan Tapi Takut Tertipu Dengan Skim Cepat Kayap?
AWAS! Sebelum Anda Terkena, Lebih Baik Anda Baca Perkongsian Ini. Bukan Kena Bayar Pun. 🙂
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dalam entri ini saya akan berkongsi dan memberi sedikit idea kepada anda yang sedang mencari peluang perniagaan untuk memilih perniagaan yang “mudah di laksanakan” & “sesuai” dengan kehidupan anda yang sibuk terutamanya yang bergelar pelajar & golongan bekerjaya.
Kenapa 2 golongan ini yang saya sentuh?
Sebab saya pun dulu tergolong dalam golongan ini dan saya tahu Sangat ramai dari 2 golongan ini yang teringin menambah pendapatan tapi tiada banyak masa kerana sibuk dengan aktiviti / tugasan harian.
Saya tahu, ada beberapa pilihan untuk menjana pendapatan sampingan. Antara yang biasa di pilih adalah melabur di amanah saham, tabung haji dan sebagainya.
Tapi, dalam entri ini saya hanya fokuskan kepada anda yang ingin membina perniagaan sendiri. Bukan yang jenis nak labur & goyang kaki tunggu duit masuk akaun.
Okay..
Sebelum saya jumpa bisnes yang sesuai dengan keinginan saya yang saya buat sekarang ini. Macam macam jenis bisnes saya dah cuba. Dan yang paling baru sebelum saya buat apa yang saya buat sekarang ini adalah saya Meniaga Burger.
Modal permulaan saya meniaga burger masa tu RM7500. (burger steam & grill)
Keuntungan bersih sebulan boleh dapat lebih kurang RM2000. Tapi itu kalau saya buat semuanya sendiri. So, Setiap hari ini rutin saya lepas balik dari kerja hakiki sebagai Eksekutif IT.
- Ambil bahan mentah dari rumah & bawak ke tapak meniaga
- buka stall & keluarkan semua peralatan termasuk generator
- Potong sayur, bawang.
- Buat kuah lada hitam
- Dah siap semua tunggu pelanggan
- Tutup stall
- Bersihkan semua peralatan memasak, kuali & pengukus
- Simpan semua peralan ke dalam stall
- Kira stok dan buat list bahan mentah yang perlu di beli esoknya
- Bawa balik bahan mentah yang belum terjual.
Tapi saya tak dapat lama, sebab saya rasa macam benda ni tak berbaloi untuk saya buat. Sebab, Saya terpaksa korbankan “life” saya dan “hobi” saya. Yer la.. 8:30 pagi sampai pukul 6:00 petang saya buat keja hakiki. Lepas tu terus buka/jaga stall buerger sehingga pukul 1-2 pagi. Penat… memang sangat penat.
Bukan setakat “Life” & “Hobi” je terkorban. Waktu bercuti pun terkorban sebab perlu buka stall tiap hari. Kalau saya tak buka stall maknanya bisnes saya takde income untuk hari tu.
Jadi, saya pun upah 2 orang staff. Tapi, ada masalah lain pula. Bila upah staff, saya tak dapat untung lepas bayar gaji staff. Hampir setahun saya buat bisnes burger ni akhirnya saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan bisnes burger tu sebab saya rasa macam tak sesuai dengan apa yang saya impikan.
Ini antara koleksi gambar masa tu
p/s: pendapat saya bisnes seperti ini bagus. Boleh jana pendapatan, cuma saya rasa tak sesuai dengan saya yang masih bekerja makan gaji masa itu.
Selepas kejadian tersebut, Saya mula tetapkan kriteria yang saya mahu sebelum saya mula buat apa2 bisnes. Di bawah ini adalah contoh kriteria yang saya mahu capai untuk diri saya.
- Perniagaan Modal Rendah
- Perniagaan Yang Rendah Risiko
- Produk Sentiasa Ada Permintaan (Tidak bermusim)
- Tidak Memenatkan Fizikal.
- Bisnes yang tidak memerlukan saya berada di lokasi perniagaan
5 kriteria di atas ni ada menampakkan macam orang pemalas kan?
Ya.. saya mengaku memang saya dah malas nak bersusah payah sebab saya yakin pasti ada cara yang lebih mudah berbanding dengan apa yang telah saya alami sebelum ini sekaligus dapat menjana pendapatan yang lumayan.
Saya kena ada 5 kriteria ini sebab masa tu saya masih bekerja makan gaji. Saya tak ada masa yang banyak dan saya juga perlukan rehat selepas bekerja seharian.
Cari Perniagaan “Modal Rendah”
Saya perlu cari perniagaan yang memerlukan modal serendah yang boleh. Sebab jika sesuatu yang tak di ingini berlaku, ia tidak akan buat kita rasa terkilan.
Saya perlu lebih berhati hati sebab banyak peluang perniagaan di luar sana yang perlukan modal yang tinggi.
Ramai kenalan saya yang dah keluar modal beribu ribu untuk beli stok yang banyak sebab kononnya nak dapat harga murah. Tapi akhirnya stok yang banyak tak terjual.
Risiko Rendah
Memang lazimnya bila nak melakukan sesuatu ramai orang akan cari risiko yang paling rendah. Dalam bisnes pula bagi saya ada macam macam risiko yang perlu saya ambil kira seperti isu makanan basi, kebakaran, cuaca dan lain lain.
Contoh kalau kita jual kuih. Kita perlu masak dalam jumlah tertentu. Risiko nya bila tak habis mungkin ia akan basi dan tak boleh di jual keesokan harinya. Ada juga risiko kebakaran, ada juga risiko cuaca seperti bila musim hujan lebat mungkin kita tak boleh berniaga atau pelanggan tak dapat datang ke kedai kita.
Jadi.. semua risiko risiko di atas saya perlu teliti dan elakkan.
Sentiasa Ada Permintaan (Tidak Bermusim)
Kenapa saya nak cari perniagaan yang sentiasa ada permintaan ni adalah sebab saya mahu pastikan yang perniagaan ini boleh bertahan lama & kalau boleh kekal sampai bila bila. Sekaligus perniagaan ini mungkin boleh di warisi kelak.
Tidak Memenatkan Fizikal
Dalam pengalaman jual burger itu, saya sedikit serik sebab saya perlu banyak menggunakan tenaga fizikal saya. Saya kurang gemar berhempas pulas guna tulang 4 kerat.
Jadi saya perlu cari sesuatu perniagaan yang lebih banyak menggunakan akal berbanding fizikal.
Maksud saya, lebih baik saya penatkan otak saya dari pada penatkan fizikal saya. Sebab, kalau guna otak… sambil baring boleh, sambil tunggu wife balik keje boleh, sambil mandi pun boleh. 🙂
Tidak Memerlukan Saya Berada Di Lokasi Perniagaan
Seperti kes jual burger, Saya perlu berada di lokasi/premis perniagaan untuk memastikan perniagaan saya berjalan.
Jadi, di sebabkan kekangan masa saya yang masih bekerja pada masa itu. Saya rasa saya perlu cari bisnes yang tidak perlukan saya berada di lokasi perniagaan saya. Bisnes yang sentiasa boleh berjalan walaupun tak kira di mana saya berada.
Penyelesaian Masalah
Sebenarnya, Dengan secara tak sengaja saya di takdirkan berjumpa dengan bisnes yang saya buat sekarang ini. Lebih kurang sebulan selepas di kenalkan dengan cara perniagaan ini saya terus rasa “Yes, ini jenis bisnes yang aku nak“
- Modal hanya RM79 untuk mendaftar sebagai pengedar.
- Tidak perlu simpan stok. Tiada risiko barang tak terjual atau barang basi.
- Keuntungan runcit sehingga 33%
- Bonus jualan sehinga 42%
- Pemasaran melalui media social FB & Blog. (Bisnes masih berjalan walaupun sedang bercuti keluar negara, janji ada “internet connection”)
- Boleh buat order melalui online & barang akan terus di hantar kepada pelanggan
- Produk kesihatan yang sentiasa ada permintaan.
Melihat ciri ciri di atas, ia dapat memenuhi kehendak yang telah saya tetapkan. Alhamdulillah, lepas setahun saya buat secara separuh masa, saya terpaksa pecat pecat boss.
Bonus
Sebenarnya, banyak perniagaan lebih kurang seperti ni yang ada kat luar sana.
Tapi apa yang specialnya dalam perniagaan saya buat sekarang ini adalah saya di temukan dengan group yang betul, yang mengajar saya langkah demi langkah bagaimana nak berjaya dalam perniagaan.
Kami tidak di ajar untuk simpan stok banyak. Kita perlu belajar dari bawah. Konsep yang kami guna sangat mudah. Contohnya, belajar jual produk RM50 dahulu sebelum jual produk RM100. Kalau RM50 pun tak berjaya close, macam mana nak close RM100?
Bukan seperti sesetengah bisnes yang kita perlu keluarkan modal ribu ribu untuk beli stok yang banyak. Padahal, nak jual 1 barang pun belum tentu lulus lagi, macam mana nak jual stok yang banyak banyak tu? akhirnya produk yang banyak tu tersorok di bawah katil je.
Apa yang paling saya suka adalah, saya di ajar bagaimana nak promosikan produk “cara halus”. Ilmu ni sangat bagus dan sesuai sangat untuk orang yang pemalu macam saya. Dulu saya selalu gagal untuk promote apa apa produk kat orang sebab rasa malu saya sangat tebal. Tapi dengan formula yang di acar kepada saya itu dapat menyelesaikan masalah saya.
Semua ini adalah BONUS bagi saya.. Ya! ia BONUS, sebab kriteria yang saya nak semuanya dah ada. Tapi dengan bonus bonus ini ia lebih memudahkan saya nampak jelas hala tuju bisnes saya sekali gus dapat mengelak kesilapan kesilapan yang pernah di lakukan oleh mentor mentor saya sebelum ini.
Kejayaan
Alhamdulillah.. Dengan kerja keras dan tunjuk ajar mentor mentor bisnes kami, dalam tahun itu juga kami berjaya menerima beberapa anugerah, dan antara yang paling bermakna bagi kami adalah Bonus Kereta.
Orang kata, kita belum cukup berjaya bila kita belum cukup bantu ramai orang lain berjaya seperti kita.
Alhamdulillah, tahun ini(2016) kami berjaya naik ke atas pentas menerima anugerah bersama Leader Leader hebat di bawah kami.
Kesimpulan
Untuk anda yang ingin menjana pendapatan ataupun sedang mencari peluang perniagaan tapi sebok dengan aktiviti harian. Ini cadangan saya.
- Cari bisnes yang mobile (boleh buat di mana saja anda berada). “Bisnes Online”
- Cari bisnes modal & risiko rendah.
- Cari mentor yang telah terbukti berjaya. Kalau nak jual tudung, cari orang yang dah berjaya dalam bisnes tudung & belajar darinya.
- Bertindak & Berusaha. (tak guna ada mentor/ilmu bagus tapi tak di gunakan)
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.