By December 6, 2016 Read More →

Cara Untuk Mengatasi Alahan Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alahan @ Morning Sickness Di Awal Kehamilan

Kajian menunjukkan kebanyakan ibu hamil mengalami alahan di awal kehamilan. Walau bagaimanapun tidak semua ibu hamil akan mengalami alahan ini. Ada yang mengalami dari 1 minggu ke 16 minggu, ada juga yang sehingga bersalin dan ada juga yang tak ada alahan langsung. Boleh refer jadual di bawah untuk kajian yang saya sebut tadi.

undian-alahan

Pengalaman Saya Dengan Morning Sickness

Alahan saya bermula minggu ke 6. Masa awal-awal minggu ke 6 tu cuma rasa loya-loya dan tak ada selera nak makan. Lidah saya rasa pahit macam ada panadol dalam mulut. Saya masa tu boleh makan roti, kurma dan susu ESP. Makanan lain kadang-kadang ada juga makan tapi makan sikit je tak nak. Lepas tu alahan saya semakin menjadi-jadi, Lepas duk rasa loya-loya dan mual-mual, muntah-muntah pulak.

Kadang-kadang sampai nangis sebab penat ulang alik muntah dan sakit ulu hati masa muntah tu. Makan ke minum ke semua muntah cuma ESP, roti dan kurma serasi dengan saya. Nasi apatah lagi. Memang tak boleh masuk. Tengok ke bau ke, fikir pun rasa nak muntah. Jangan duk gatal bayangkan makanan sat lagi rasa nak muntah. Tapi kadang-kadang saya boleh ambil makanan fast food macam burger ke pizza ke. Tu pun sikit-sikit je la dan kadang-kadang je. Ada jugak makanan yang saya boleh makan harini belum tentu saya boleh makan lagi lain kali. Selera baby berubah-ubah.

Sampai satu tahap tu saya langsung tak boleh terima makanan dan minuman. Minuman tu terutama sekali air kosong. Semuanya rasa pahit. Masuk dan keluar balik. Rasa teringin itu dan ini memang ada tapi tak boleh nak makan. Tengok orang makan sedap tapi bila sendiri nak makan rasa nk muntah atau memang muntah terus. Masa yang saya langsung tak boleh terima sebarang makanan dan minuman tu saya jadi lembik dan tak ada tenaga. Akhirnya saya menyerah diri ke hospital selepas pergi klinik doktor check badan dah kekurangan air (dehidrasi). Boleh baca kisah saya masa kena warded di link di bawah :

Warded di Columbia Asia Hospital Ketika Hamil Akibat Kekurangan Air (dehidrasi)

Selepas warded di Columbia Asia Hospital, Alhamdulillah tenaga semakin pulih sebab saya dah boleh makan sikit-sikit walapun masih ada loya. Muntah pun berkurang. Saya masih bergantung dengan ubat tahan muntah dan ubat gastric. Saya makan ubat tahan muntah dalam 5-6 hari macam tu. Lepas tu saya tu saya cuba bertahan tanpa ubat. Alhamdulilah ok tapi masih lagi ada loya dan muntah-muntah sikit-sikit.

Alhamdulillah, Allah bagi saya selera minum ESP tu. Susu ESP sangat mengenyangkan dan elakkan saya kena gastric. Rasanya ruji makanan saya ESP, sebab siang malam saya minum ESP sebab tak nak rasa lapar dan takut perut masuk angin atau kena gastric. Tapi ESP maximum boleh minum 3 sudu besar sehari. ESP Penyelamat perut saya dan memberi tenaga ESP ni. Tu yang saya JATUH CINTA dengan ESP. Apa pun semuanya dengan izin Allah. Selain tu saya memang ambil full set hamil supplemen atau makanan tambahan untuk cukupkan nutrien terutama untuk baby. Terutama B complex, Ostematrix (kalsium) , Pappermint Ginger (halia) dan Chewable Vitamin C sangat membantu untuk alahan. Nanti saya akan cerita lebih detail satu per satu kelebihan-kelebihan supplemen-supplemen tersebut.

Apa pun saya tetap bersyukur dan redha kerana Allah memberi peluang untuk saya merasa nikmat hamil yang saya tunggu-tunggu setelah hampir 6 tahun. Alahan ni saya anggap ujian Allah kepada saya. Menurut doktor yang check up saya setiap bulan, kalau ada alahan teruk kita tak perlu risau dengan keadaan bayi dalam kandungan sebab ibu hamil yang ada alahan yang teruk mengandungi hormon hamil iaitu HCG (Human Chorionic Ganadotropin) yang tinggi yang membantu melindungi dan menguatkan bayi. InshaAllah bayi dalam kandungan sihat, kuat dan membesar ikut perkembangan yang sepatutnya.

Hormon HCG adalah hormon kehamilan dan ia di percayai meningkat seiring dengan rasa loya. Ia di hasilkan semasa hamil, kalau tak hamil memang tak ada hormon ni. Ia di hasilkan oleh sel untuk membentuk plasenta. Hormon ini memelihara telur setelah ia di senyawakan dan melekat pada dinding rahim. Dengan adanya hormon ini menunjukkan kehamilan yang sihat sebab ia jaga telur tu. Petanda baik untuk ibu yang sedang hamil dan tengah alami loya dan muntah dan menunjukkan kehamilan anda sihat dan di percayai kandungan sebegini akan melahirkan bayi yang sihat walafiat juga. InshaAllah. Bertabah sebentar untuk kepentingan bayi dalam perut anda ok. Bila dah tahu ianya baik untuk kandungan ibu hamil pun rasa lega.

Alhamdulillah sepanjang saya melalui kesukaran dan alahan ini Mr Hubby sangat support saya. Mr Hubby tolong buat kerja-kerja rumah. Syukur Alhamdulilah Mr Hubby sangat membantu. Mr Hubby juga sentiasa menjaga perasaan dan emosi saya yang kurang stabil ni kan. Terasa sangat di hargai, disayangi dan ada orang sangat-sangat mengambil berat. I love you Mr Hubby….muuahhh muaaahh..eh tetiba loving-loving kat sini pulak.. 🙂

Kelebihan Alahan Ketika Hamil

  • Mengurangkan risiko keguguran. Menurut banyak kajian menunjukkan risiko keguguran adalah rendah kepada ibu hamil yang mengalami alahan muntah-muntah dan loya serta mual semasa hamil
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang atau tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan berat badan rendah
  • Hormon HCG yang meningkat ketika hamil yang di percayai menyebabkan mual. Namun ianya baik untuk melindungi bayi dalam kandungan anda. Menurut kajian biasanya ibu hamil akan mengalami alahan antara 6 hingga 16 minggu
  • Apabila ibu hamil berasa mual secara tak langsung ibu hamil tidak akan mengambil makanan yang tidak sesuai di peringkat awal kehamilan. Secara tak langsung ibu hamil akan mengelak daripada makan makanan yang membahayakan kandungan
  • Ukuran plasenta bertambah. Bila ibu hamil mengalami muntah-muntah, pertambahan berat ibu tidak akan naik mendadak. Oleh itu memberi ruang kepada plasenta menambah lagi ukurannya. Plasenta memainkan peranan yang penting untuk membekalkan nutrien dan bekalan darah yang mencukupi kepada bayi

 Tips Kurangkan Alahan Semasa Hamil

  • Tidak tergesa-gesa ketika bangun dari tidur
  • Simpan snek ringan – makanan seperti biskut letak sebelah katil dan makan sejurus bangun dari katil . Ia bantu serap asid
  • Elakkan minum air semasa perut kosong ketika bangun dari tidur – ambil snek dulu sebelum minum air kosong
  • Makan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elokmperut kosong (6 kali sehari). Sentiasa bawa snek seperti roti atau biskut bersama anda. Cuba makan setiap 2-3 sekali untuk elakkan perut kosong
  • Elakkan berbaring selepas makan
  • Elakkan dari bau yang membuatkan rasa mual
  • Makan makanan yang telah suam atau elakkan makanan berlemak, bergoreng atu berasid kerana ia sukar di hadam dan boleh mengganggu perut
  • Makan pisang di antara waktu makan boleh mengekalkan kadar gula dalam badan
  • Makan atau minum makanan, minuman berhalia untuk melegakan perut
  • Mengambil supplemen atu makanan tambahan – selain ambil vitamin pranatal, anda boleh ambil halia atau kalau tak nak makan halia asli boleh pappermint ginger semulajadi
  • Elakkan makan bersulam air – menurut Islam, makan dan minum berselang seli tidak di galakkan. Ini kerana boleh menjejaskan penghadaman
  • Rancang jadual pengambilan air – cuba minum di antara waktu makan jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula
  • Banyakkan minum air kosong – pastikan minum kerap. Elakkan minum banyak-banyak sekaligus. Cuba hisap ais / ais krim buah-buahan
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa
  • Rehat dan berada dalam keadaan selesa – elakkan tempat sesak, panas dan tidak bersih
  • Makan buah-buahan

Supplemen Atau Makanan Tambahan Yang Membantu Alahan

ESP

esp-soy-protein-shaklee

  • Satu hidangan bersamaan dengan 12 gelas susu. Bagi ibu yang sukar nak disiplin diri mengambil susu, boleh gantikan ESP soy protin kerana ia tidak memualkan dan rasanya juga manis buah, tidak terlalu manis kerana ia tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan
  • Soya ini sangat mudah di hadam dan ia membekalakn kalsium, protin dan karbo yang sempurna untuk ibu
  • Dalam ESP ini mengandungi Vitamin B6 yang terkenal dengan keupayaan untuk kecantikan kulit. Ada ibu hamil semasa hamil mengalami alahan pada kulit yang mana kulit menjadi kusam dan tak cantik serta kering. Vitamin B6 boleh bantu melembabkan kulit ibu hamil yang lebih bermaya dan cantik dan juga kurangkan mual
  • Soy ESP membantu menguatkan rahim. Kekuatan rahim sangat penting terutama di awal kehamilan
  • Dalam ESP soy protin ini juga mengandungi lysine di mana lysine ini berfungsi membantu menyerap kalsium. Seperti yang kita ketahui, bila hamil pertumbuhan bayu anda memang amat memerlukan kalsium untuk pertumbuhannya. Jika kalsium dalam ibu hamil tidak mencukupi, ianya boleh beri kesan kepada ibu hamil untuk jangka masa panjang kerana ibu hamil boleh kehilangan simpnan kalsium dalam badan. Kehilangan kalsium boleh menyebabkan ibu berisiko menghadapi osteoporosis (kereputan tulang) dan juga kesan pada gigi
  • Kandungan lysine juga boleh bantu ibu hamil hilangkan keletihan, kepenatan, rasa penat melampau, rasa loya, menggigil, seram sejuk, tiada selera makan dan anemia
  • Soy ESP mengandungi nilai indeks glisemik rendah iaitu 39 yang mana sangat sesuai pada ibu hamil yang mengalami masalah diabetes semasa hamil
  • ibu hamil tak perlu risau kerana pertama sekali Shaklee menawarkan saya yang selamat, dan halal, mendapat pengiktirafan dari badan Islam USA dan di sahkan oleh Jakim Malaysia
  • Dr Zubaidi pernah cakap, “when it comes to soya, don’t blam the bean but blame the process” Kacang soy Shaklee untuk ESP tak gun aprocess yang melibatkan GMP. Semuanya proses mahal, non GMO. Soy GMO tu yang tak elok di makan terutamanya perempuan. Saya pun memang takut nak makan Soy GMO yang jual kt kedai atau dalam kotak

Pappermint Ginger Pappermint

peppermint-ginger-plus-shaklee

  • Pappermint Ginger plus ini agak istimewa. Bahan-bahan semulajadi dan memang biasa di nikmati rakyat Malaysia namun lebih mudah di nikmati dengan teknologi sains terkini. Lebih mudah dan sampoi yang bestnya nyaman dan melegakan
  • Halia adalah herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan melegakan senak perut
  • Halia juga merangsang enzim salvia untuk bantu pencernaan makanan. Perut dan usus akan lebih selesa. Malah mengurangkan sakit haid, loya dan mual angin ibu hamil dan juga masa berpantang
  • Kandungan pudina pula merupakan herba yang membantu dan menggalakkan sistem penghadaman
  • Biasanya ibu hamil selalu kena gastric di awal kehamilan kerana tak dapat makan sebab loya. Jadi pudina ini bantu mengurangkan gastric
  • Saya akan makan Pappermint Ginger Plus ini bila angin dalam perut menyerang dan rasa loya serta mual

B Complex

  • B Complex melegakan mabuk, loya, pening dan alahan di kalangan ibu hamil
  • Membantu pembentukan hemoglobin
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan
  • Kandungan Vitamin B6 (piridoksina) & B12 yang ada dalam B Complex membantu melegakan loya dan mual

Ostematrix

  • Bantu tidur lena sepanjang malam
  • Badan terasa bertenaga dan mudah bangun keesokan harinya, terutama apabila di gabung dengan pengambilan Shaklee B Complex
  • Menghilangkan lenguh-lenguh dan bisa badan
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang dan kejang kaki ibu hamil
  • Melawaskan sistem penghadaman – mudah membunag keesokan harinya (bukan cirit-birit)
  • Alhamdulillah saya makan ostematrix kadang-kadang membuang sampai 2 kali sehari

Chewable Vitamin C Plus

  • Rasa sitrus yang hebat
  • Sangat sedap bila di kemam-kemam untuk melegakan rasa ketidakselesaan ketika selepas muntah
  • 100 mg chewable Vitamin C bersamaan dengan setengah biji buah oren sebenar

Testimoni

Saya doakan semoga ibu hamil dan bayi dalam dalam kandungan sihat sepanjang hamil sehingga bersalin dan bersalin dengan selamat kedua-duanya serta melalui proses berpantang dengan mudah dan tiada masalah. Aamiin

Kita hanya berusaha, ikhtiar, berdoa dan akhirnya bertawaakkal. Semuanya di atas izin Allah s.w.t.

Jika berminat boleh hubungi dan consult dengan saya Nadia 0192222642

 

Klik Share Ya!!!
Posted in: Info Hamil, Shaklee

Comments are closed.