By December 8, 2016 Read More →

Cara Mengatasi Masalah Sakit Belakang Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kenapa Ibu Hamil Sering Mengalami Sakit Pinggang Dan Belakang?

  • Sakit pinggang dan sakit belakang semasa hamil adalah normal. Dianggarkan lebih kurang separuh hingga tiga perempat ibu hamil mengalami sakit pinggang dan sakit belakang
  • Hal ini di sebabkan oleh perubahan hormon dan fizikal badan seseorang ibu hamil
  • Ia di sebabkan oleh bayi dan rahim ibu yang semakin membesar dan mengubah pusat graviti yang lebih menonjol keluar
  • Untuk mengimbangi graviti, ibu akan menukar postur badan dan hal ini akan menyebabkan sakit pinggang dan belakang
  • Perubahan hormon jugak boleh menyebabkan sakit pinggang dan belakang. Hormon ini akan melonggarkan sendi dan ligamen pada tulang pelvis
  • Pergerakan membongkok dan berdiri terlalu lama juga akan menyebabkan sakit pinggang dan belakang
  • Ibu-ibu hamil dilarang mengangkat barang-barang berat kerana ia akan menambahkan lagi tekanan bebanan kepada badan si ibu

Dr. Zubaidi ada menyatakan tentang masalah sakit belakang ketika hamil

Cara Mengelakkan Sakit Belakang dan Sakit Pinggang Ketika Hamil

  • Cara berdiri dan berjalan leboh tegak dan tidak membongkok
  • Elakkan dari mengangkat beban yang berat. Tetapi sekiranya anda terpaksa mengangkat beban yang berat, perlu dalam keadaan lutut membengkok & punggung di luruskan ketika mengangkat ataupun mengambil sesuatu dari lantai
  • Memakai kasut / sandle yang mendatar agar postur badan anda dalam keadaan yang sama
  • Ketika membawa barang, pastikan barang tersebut seimbang di kedua belah tangan agar seimbang
  • Duduklah dengan posisi punggung lurus dan pastikan di letakkan banta di belakang pinggang terutamanya bagi yang bekerja pejabat
  • Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya
  • Urutan lembut di bahagian pinggang / pinggul  agar merasa lebih selesa



Melakukan Aktiviti Kecergasan Sebelum Hamil dan Selepas Hamil

Sebenarnya sakit belakang ketika hamil boleh di elakkan dengan memastikan anda secergas mungkin sebelum anda hamil. Saya sebelum hamil jarang melakukan aktiviti kecergasan atau bersukan sebab sibuk keje dan penyakit tak berapa rajin pun ye jugak…hehe

Tapi ibu-ibu hamil yang tidak melakukan aktivit kecergasan atau kurang senaman tak perlu risau kerana masih belum terlambat untuk anda melakukan sesuatu senaman untuk mengekalkan kecergasan ketika hamil.

Antara senaman ringan yang and boleh lakukan ketika hamil bagi mengelakkan sakit belakang atau sakit pinggang adalah briskwalk, berenang, mengikuti kelas-kelas akuantal untuk ibu hamil atau berbasikal di atas basikal senaman.

Kalau anda tak biasa lakukan senaman, lakukan perlahan-lahan dan pastikan postur badan dalam keadaan yang betul bagi mengelakkan sakit akan bertambah teruk.

Kenapa Saya Memilih Ostematrix Shaklee Sebagai Sumber Kalsium

Saya mencuba alternatif untuk mengelakkan sakit belakang atau sakit pinggang dengan makan Ostematrik Shaklee yang mengandungi kalsium dan magnesium. Bukan sahaja tiada atau kurang sakit belakang atau sakit pinggang malah pembuangan sangat lawas sehingga kadang-kadang saya membuang dua kali sehari.

Saya jenis yang tak boleh minum susu. Sebelum ni saya ada gastric, bila ada gastric jika kita minum susu ketika perut kosong kesannnya lebih teruk sebab susu tu asidic. Jadi, saya agak phobia nak minum susu. Saya hanya boleh minum susu ESP Shaklee sebab dia alkaline yang dapat mengurangkan asidic perut saya.

Tapi kandungan kalsium dalam susu ESP tidak mencukupi untuk ibu hamil seperti saya. Alhamdulillah saya jumpa dengan Ostematrix yang hanya perlu makan 4 biji pil sebelum tidur setiap hari. Tak perlu la lagi fikir nak minum susu Anmum ke, susu segar ke, selamat la dari minum segala susu di luar sana.

Lagi pun Ostematrix ni bukan saja ada kalsium malah ia juga mengandungi magnesium. Setiap biji Ostematrix bersamaan dengan 250 mg. Dos yang di perlukan untuk ibu hamil di sarankan adalah 1000 mg, jadi saya hanya perlu makan 4 biji setiap untuk melengkapkan keperluan.

Selain sakit belakang dan sakit pinggang, Ostematrix juga dapat mengelakkan kejang kaki atau cramp. Malam pun tidur lena tanpa ada terjaga kecuali kadang-kadang nak bangun buang air je la, lepas tu sambung tidur balik..hehe..Alhamdulillah setakat 18 minggu saya hamil, saya belum pernah kena kejang kaki lagi. Harap-harap tak kena langsung la kan.

Antara sebab kena kejang kaki seperti:

  • Pertambahan berat bayi
  • Kesan hormon progesterone
  • Kekurangan kalsium dan magnesium

Testimoni

Saya doakan semoga ibu hamil dan bayi dalam dalam kandungan sihat sepanjang hamil sehingga bersalin dan bersalin dengan selamat kedua-duanya serta melalui proses berpantang dengan mudah dan tiada masalah. Aamiin

Kita hanya berusaha, ikhtiar, berdoa dan akhirnya bertawaakkal. Semuanya di atas izin Allah s.w.t.

Jika berminat boleh hubungi dan consult dengan saya Nadia 0192222642

 

Klik Share Ya!!!
Posted in: Info Hamil, Shaklee

Comments are closed.