Cara Beli Produk Shaklee Di “Branch”

Semenjak saya berbisnes fulltime ni, saya kerap pergi membeli belah di Branch Shaklee KL. Dan sebab itu, saya selalu jumpa ramai orang yang tak tahu cara nak beli produk shaklee di kaunter secara offline ni. Mungkin dia orang 1st time kot buat belian secara offline di branch shaklee.

Sebab tu saya rasa perlu saya menulis entri ini supaya dapat memberi sedikit panduan kepada orang-orang seperti mereka.

Susah sangat ke cara nak membeli produk shaklee secara offline ni?

Sebenarnya cara membelinya memang agak complicated berbanding dengan membeli barang di farmasi atau kedai-kedai biasa.

Tapi jangan risau, sebab saya akan tunjukkan step by step caranya nanti. Sebenarnya takde lah susah mana pun.. Cuma kena faham je caranya.. 🙂

Ok.. Cara-caranya adalah seperti berikut.

1. Ambil Order Form dari tempat yang di sediakan.”Biasanya bersebelahan dengan mesin nombor giliran”

BeliShakleeDiBranch

Order Form

2. Maklumat yang paling penting yang anda perlu isi adalah.. No ID & Nama. Maklumat lain isikan jika perlu sahaja.

“anda boleh juga gunakan id & nama seperti di bawah jika”

BeliShakleeDiBranch3

3. Isikan kuantiti bagi setiap supplemen yang anda nak beli.

4. Tekan “Butang A” di mesin nombor giliran untuk proses seterusnya & tunggu sehingga nombor di panggil

BeliSHakleeDiBranch1

5. Bila nombor dah di panggil. Anda perlu pergi ke kaunter berkenaan untuk proses order & bayar.

BeliShakleeDiBranch

Kaunter Bayaran

6. Selepas pembayaran selesai. Anda perlu ke mesin no giliran & tekan “Butang B” pula dan tunggu nombor anda di panggil

7. Bila nombor anda dah di panggil, anda perlu ke kaunter pengambilan barang pula. Anda perlu tunjukkan resit bayaran yang anda buat tadi untuk pengambilan barang yang anda beli.

BeliShakleeDiBranch

Kaunter Pengambilan Barang..

Proses pembelian selesai selepas anda menerima barang & mengesahkan yang barang anda terima itu betul.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini..

Semoga bermanfaat. 🙂

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Offline: Klik –> Panduan Offline […]

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x