By September 9, 2016 0 Comments Read More →

Check Up Pertama Kali Setelah Hamil di Hospital Tunku Azizah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah anda membaca entry saya tentang bagaimana saya hamil setelah 6 tahun mencuba (Kalau belum baca klik link ini -> PCOS Berjaya Hamil), sekarang jom mengikuti perkembangan sepanjang saya hamil. Boleh baca dalam link di bawah untuk entry bagaimana saya hamil setelah 6 tahun mencuba:

Check UPT Sendiri

Kali ni saya nak bercerita permulaan saya hamil pulak. Sehingga hari ni alhamdulillah baby saya genap berusia 5 minggu. Kali pertama check up selepas buat UPT sendiri. Setelah saya dapat result positif pada UPT pertama kali hari ni. Lepas tu saya dah tak buat ulangan check sebab 2 line tu dah memang terang dan merah menyala. 🙂

makanan-untuk-ibu-mengandung-upt

Walau apa pun, Mr Hubby kata kita check lagi sekali kat Pakar Sakit Puan untuk mengesahkan saya betul-betul hamil dan nak tahu dah berapa bulan baby dalam rahim saya ni.

makanan-untuk-ibu-mengandung

Check up di Hospital Tunku Azizah

lokasi-tunku-azizah

Kami decide untuk pergi check di Hospital Tunku Azizah, Sri Rampai. Dekat dengan Shaklee Branch jer..hehe.. Sebelum pergi check up, kami singgah Shaklee Branch untuk beli sedikit stok & pesanan pelanggan. Hospital ni kecik dan baru. Jadi, tak de la ramai orang sangat kan. Doktor pun ada beberapa orang. Doktor-doktor dan nurse-nurse kat sini semua perempuan.

kaunter-tunku-azizah

Bila saya ke kaunter, nurse tu tanya dah buat appoinment ke? Saya lupa pulak kena buat appoinment. Dulu pernah datang sebab check period sikit. Syukur la nurse tu kata boleh selit lagi. Nurse cakap saya akan jumpa Dr Zana. Tapi kena tunggu lama sikit la. Saya kata ok je sebab dah tak tahu nak pergi Doktor Pakar Sakit Puan kat mana kan.

Setelah register, saya duduk dulu sementara menunggu Mr Hubby pergi parking kereta. 5 minit kemudian Mr Hubby tiba. Kami sama-sama menunggu. Sebelum berjumpa dengan doktor, nurse check berat badan saya dulu.

Mak oiiii..64.4 kg….Apakah???..Ni la hasilnya selera makan melampau-lampau kan…Nasib baik aku pregnant, kalau tak, tak pasal-pasal kena join Now Everyone Can Kurus kan, Program yang di anjurkan oleh Group Shaklee kami. Mr Hubby  tengah join sebab dia nak kurus lagi 🙂

Lepas check berat, kami terus menunggu. Tengah duk menunggu tu, ada ternampak kawan lama tengah sarat hamil. Rasa macam kenal. Betul la rasanya. Selalu nampak beliau post kat FB. Nama beliau Suraya, kawan masa belajar kat UIA. Rasanya anak dia dah 4 orang. Yang ni yang ke 5 la kot. Penangan FB..hehe..semua criter tau walaupun tak pernah komen. Silent reader. 🙂

Duk main teka-teki, last-last dia yang tegur dulu. Kami bersalaman dan berborak. Lama tak jumpa kan. Duk borak-borak, betul la dia tengah sarat hamil anak ke 5, tengah tunggu masa nak bersalin je. Beliau pun jumpa Dr Zana. Dia cerita serba sedikit tentang Dr Zana. Dr Zana rupanya doktor yang berpengalaman. Suraya bersalin dari anak pertama dengan dia.

Setelah menunggu lama tu, nama ku di panggil. Yeayyy…turn ku sudah tiba. Exited sikit la kan, first time check up untuk hamil. Setelah masuk baru kenal Dr Zana. Nampak serius la…huhu..seram ai tau. Mr Hubby pun masuk sekali.

Alhamdulillah Confirm Hamil 5 Minggu!!

makanan-untuk-ibu-mengandung-dr-zana

Lepas Dr Zana interview sikit, beliau terus suruh saya baring di katil pesakit untuk check menggunakan ultrasound. Lepas sapu gel, beliau terus letak ultrasound atas perut saya. Dr Zana kata confirm saya hamil 5 minggu. Wahhh..Alhamdulillah. UPT tu betul dan tak salah. Mr Hubby senyum sampai ke telinga 🙂

makanan-untuk-ibu-mengandung-scan

Nampak tak dot hitam kecik tu. Tu la baby kami

makanan-untuk-ibu-mengandung-janin-5-minggu

Gambar atas ni saya ambil contoh dari Pakcik Google kalau scan dengan 4D

Dr Zana banyak bagi nasihat. Beliau cakap, lama kan tunggu. Jaga elok-elok, jangan lasak-lasak. Kehamilan awal-awal ni bukan awak je boleh keguguran, tapi semua wanita hamil boleh kena. Jadi, ambil langkah berjaga-jaga dalam Triminister Pertama ni (1 minggu hingga 13 minggu.)

Awak masih baru 5 minggu, baby masih fragile, jadi jangan bagitau pada umum lagi. Kalau share good news ni pun tunggu dalam 13 minggu. Saya cuma share dengan keluarga dan kawan-kawan terdekat je kot. Tak de la nak annouce kt FB. Tapi kat blog ni saya share jugak la sebab nak berkongsi benda baik dan mana tahu boleh bantu wanita-wanita yang senasib dengan saya struggle untuk hamil dengan izin Allah.

Set Shaklee Untuk Kawal Tekanan Darah Tinggi

Selepas tu Dr Zana check Tekanan Darah/Blood Pressure. Beliau cakap BP saya border. Mungkin stress dan tak cukup rehat. Stress keje tu biasa la kan..hehe..Tapi kali ni dah hamil ni tak boleh stress-stress lagi.

Risau plak ai… huhu..Saya nak kena buat sesuatu untuk turunkan BP saya. Dalam kepala saya memang duk fikir makan Shaklee la, apa lagi kan kalau bukan supplemen semulajadi kesayangan saya ni. Saya akan makan Omega Guard, Garlic Complex, B Complex dan Ostematrix untuk mengawal Tekanan Darah Tinggi ketika hamil.

makanan-untuk-ibu-mengandung-untuk-mengawal-tekanan-darah-tinggi-ketika-hamil

Kelebihan Omega Guard, Garlic Complex, B Complex dan Ostematrix untuk mengawal Tekanan Darah Tinggi ketika hamil:

Omega Guard

  • Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik dan bertindak mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA & EPA benrtindak menentang tmrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar.
  • Omega Guard membantu mengekalkan tekanan darah yang normal  dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala.
  • Omega Guard juga bertindak merendahkan kolestrol, menghodarkan pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Garlic

  • Bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol yang normal.
  • Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan tekanan darah yang tinggi sehingga 8 poin.

B Complex

  • B Complex mampu meredakan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf.
  • Tekanan darah tinggi selalu berpunca kepada stress dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf.

Ostematrix

  • Ostematrix meringankan tress. Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung yang berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.

Duphaton Ubat Untuk Kuatkan Rahim

Seteleh selesai check up kami menunggu untuk ambil ubat. Nurse tu bagi ubat kuatkan rahim, Duphaston dan asid folic. Saya wajib makan ubat-ubat ni. Asid folic untuk pastikan saraf tunjang baby tumbuh dengan sempurna. jadi memang tak boleh miss langsung ok. Saya nak makan yang natural dan elakkan sintetik, jadi saya replace dengan B Complex dan Vit Lea Shaklee. Di dalam kedua-dua supplement ni ada kandungan asid folic yang cukup yang di perlukan oleh baby.

makanan-untuk-ibu-mengandung-duphaton

Set Hamil Shaklee

Maka bermula la saya consume Set Hamil Shaklee sahaja. Terpaksa la saya tinggalkan Vivix kesayangan saya huhu..InshaAllah, nanti lepas bersalin kita makan balik yea. Saya akan share Set Hamil Shaklee di next extry yea.

makanan-untuk-ibu-mengandung-set-hamil-shaklee

Tunggu entry saya seterusnya untuk perjalanan saya sepanjang hamil 🙂

 

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: Info Hamil, Shaklee
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x