By September 19, 2016 Read More →

Bleeding Ketika Hamil 6 Minggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

stress

Hari ni, 19 September 2016, genap kandungan saya berusia 6 minggu 4 hari. Hari ni saya nak cerita kejadian yang di takuti oleh ibu hamil. Harini saya bekerja seperti biasa ke ofis. Sekarang Mr Hubby hantar saya ke ofis naik kereta. Ye la, kalau naik unta Mr Hubby tu banyak hentakan. Untuk mengelak kejadian yang tak di ingini, Mr Hubby amik langkah-langkah keselamatan dengan hantar dan ambil saya ke ofis dengan berkereta.

Dalam pukul 3 petang lebih, masa tu tengah sibuk dengan kerja dan ada satu masalah kerja ni agak membuatkan saya stress. Tapi saya cuba control sebab doktor dah pesan stress tak bagus untuk ibu hamil terutama di awal kehamilan.

Oh ye lupa, pagi-pagi tadi saya dah bagitau Sepurvisor saya yang saya hamil. Supaya boss take note kan, nanti saya akan cuti 2 bulan masa berpantang dan kalau beliau nampak saya kurang sihat, saya harap beliau akan faham.

Tengah-tengah team kami duk setelkan masalah tadi, saya tiba-tiba rasa nak ke tandas buang air kecil. Tiba-tiba saya nampak ada bleeding / tompokan darah di pantyliner saya. Dia keluar macam darah yang baru nak period. Ya Allah, kenapa ni. Ada masalah apa-apa ke dengan kandungan saya. Saya dah mula panic dan rasa nak nangis time tu jugak..huhu..

Saya terus bagitau Supervisor saya, saya kena pergi ke Dr Pakar Sakit Puan segera sebab ada bledding. Nak check apa masalah.

Sambil berdoa semoga semuanya selamat. Tak ada masalah kepada saya dan kandungan saya. Superviosr saya terus kata boleh balik sekarang tapi saya kena bagitau Big Boss dulu sebelum balik.

Sebelum saya jumpa Big Boss saya, saya terus call Mr Hubby tentang saya bleeding. Mr Hubby pun panic jugak la.

Mr Hubby cakap akan datang ambil saya kat ofis dan bawa saya ke Hospital Tunku Azizah, hospital pakar sakit puan yang pertama kali saya check up. Saya terus telefon hospital berkenaan untuk buat temujanji, Alhamdulillah nurse cakap sampai je boleh jumpa doktor terus sebab saya emergency.

Saya terus pergi jumpa Big Boss saya untuk minta izin balik awal untuk ke hospital untuk check up. First, saya kena cerita dulu yang saya hamil 6 minggu. Big Boss saya pun happy dengar berita gembira ini. Beliau wish Congrats dan beliau juga memberi nasihat-nasihat untuk jaga diri, elakkan stress, jangan lasak-lasak, avoid naik motor masa awal-awal ni.

Bila saya cakap saya bleeding beliau terus cakap cepat pergi check dengan doktor. Alhamdulillah syukur saya ada Big Boss yang sangat memahami yang memberi saya keizinan untuk balik awal.

Sementara menunggu Mr Hubby, saya sempat lagi siapkan satu keje, bukan yang tadi tau. Dalam panic-panic alhamdulillah boleh buat keje lagi. Selepas siap saya terus packing barang untuk balik. Tak lama kemudian Mr Hubby sampai dan saya terus turun. Saya tak nangis lagi, tahan je tau..malu la nangis kat ofis..hehe

Sampai je hospital, saya terus register sementara Mr Hubby pergi parking kereta. Nurse suruh saya tunggu sekejap sementara patient lain ada kat dalam tengah consult dengan Dr Zana. Tak lama lepas tu patient tu keluar dan saya boleh masuk.

Saya dan Mr Hubby pun masuk dengan masing-masing muka cuak. Saya bagi salam dan terus duduk dan cerita kat Dr. Zana apa masalah saya. Dr Zana tanya ada loya-loya lagi tak. Saya jawab ya. Agaknya kalau loya-loya tu kandungan masih ok. Dr Zana terus suruh saya baring di tempat biasa untuk buat ultrasound.

Bila Dr Zana check Alhamdulillah Syukur Ya Allah, kandungan saya selamat. Dr bagai tau yang baby dalam kandungan dah ada heart beat. Cuma Dr Zana cakap kandungan saya mungkin lemah sikit tapi jangan risau, tak ada apa-apa yang serius. Dr Zana inject ubat kuat kan rahim. Kena inject terus..huhu..

Lepas setel inject saya duduk balik dan Dr Zana cerita kenapa terjadi macam ni. Banyak kemungkinan yang boleh terjadinya bleeding. Nama masalah saya Threatening Miscarriage. Seramkan bunyinya. Kemungkinan keguguran. Saya kongsi dengan anda apa kemungkinan-kemungkinan yang Dr Zana terangkan.

  1. Kromosom yang abnormal berlaku pada janin. Kes seperti ini selalunya terjadi pada trimister pertama.
  2. Implimantasi yang tidak elok.
  3. Penyakit medikal kronik yang di hadapi oleh ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.
  4. Infeksi faraj, keguguran seperti ini biasanya berlaku kepada trimister kedua.
  5. Trauma yang teruk pada ibu seperti accident kereta atau motosikal.
  6. Pangkal rahim yang tidak kuat yang di kenali sebagai ‘Cervical Incompetence’. Keguguran seperti ini selalunya hanya akan berlaku pada trimister kedua.

Biasanya, simptom-simptom Threatening Miscarriage ni adalah seperti pendarahan vagina serpeti warna merah cerah atau warna merah jambu, warna coklat. Sama ada tompokan darah atau pendarahan teruk. Selain itu, simptom-simptom lain seperti kejang perut dan sakit belakang terutama bahagian bawah abdomen badan.

Lepas cerita pasal masalah saya, Dr Zana check Tekanan Darah / Blood Pressure (BP) saya. Lepas tengok bacaan tu, eh..dah normal la. Tak macam yang saya mula-mula check haritu, border. Alhamdulillah Syukur Ya Allah BP saya dah normal. Ingatkan saya ada cakap dalam entry yang lepas saya kongsi kan apakah ikhtiar saya dengan Shaklee untuk turunkan BP ke normal. Saya makan omegaguard dan garlic shaklee. Alhamdulillah, dengan asbab shaklee Allah izinkan untuk BP saya turun. Boleh baca balik link bawah ni kalau nak tau lebih

detail kelebihan-kelebihan omegaguard dan garlic dan kaitan dengan BP.

Set Darah Tinggi Ketika Hamil

Lepas semuanya selesai. Kami keluar dan tunggu untuk ambil ubat. Nurse bagi lagi ubat Duphaton untuk kuatkan rahim. Kami balik dengan rasa agak lega kerana saya dan kandungan semuanya ok. Dr Zana bagi saya 2 hari Medical Leave (MC) untuk saya berehat. Lepas ni saya kena ambil langkah lebih berjaga-jaga, and NO STRESS.

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: Info Hamil, Shaklee
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Bleeding Ketika Hamil 6 Minggu […]