Bermulanya Perjalanan Suami ku Seorang Gemuk

Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harap semua pembaca-pembaca blog nadia musa semua dalam keadaaan sihat walafiat. πŸ™‚

Hari ni saya nak bercerita tentang ke’kurus’an hubby. Ia bermula apabila hubby sering mendapatkan pemeriksaan kesihatan berkaitan masalah kesihatan yang dihadapinya. Hubby saya ni seperti yang diketahui memang Obesiti dengan BMI 40.5.

SUAMI SAKIT BELAKANG

Pertama kami berjumpa doktor sebab sakit belakang. Masa tu hubby sakit belakang lepas main badminton. (Walaupun hubby berbadan besar tapi staminanya untuk bersukan agak kuat, jadi tak de masalah untuk bersukan). Hobi hubby memang suka main badminton. Selalunya main badminton ok je, kali ni tak tahu kenapa lepas main badminton boleh sakit belakang pulak. Badminton

Disebabkan hubby memang dah tak tahan sakit, saya bawa hubby berjumpa doktor Pakar Orthopedic. Semasa consultation dengan doktor pakar tu, kata doctor, masalahnya tidak serius tetapi akan jadi lebih KRITIKAL kalau hubby tidak turunkan berat badannya. Saya mula merasa risau. Emmm … tak boleh jadi ni, nak kena saya mesti cari jalan untuk turunkan berat badan hubby ni. sakit pinggang

SUAMI DEMAM

Kali kedua kami berjumpa doktor sebab dia demam. Bila doktor check tekanan darah hubby, alamak naik sikit. Tapi mungkin jugak sebab hubby kurang sihat membuatkan tekanan darah naik sikit. Jadi, kali ni pun doktor nasihatkan hubby untuk turunkan berat badan. Kata Doktor Obesiti boleh mengundang pelbagai penyakit jika tidak dibendung dari awal.

Oh no, I love my hubby, I need to do something…

Sebenarnya hubby memang dah cuba macam-macam untuk kurus dari sebelum kami kahwin. Tapi setakat ini masih belum berjaya.

Check up

PEMERIKSAAN KESIHATAN DI PEJABAT

Kali ketiga adalah setelah buat Health Screening kat ofis. Setiap tahun ofis kami akan buat Health Screening untuk staff-staff untuk pastikan semua staff mereka boleh tahu kesihatan masing-masing supaya berada dalam keadaan sihat. Setelah buat check up, alhamdulillah semua ok kecuali lemak terlebih dan kolestrol di paras border, maksudnya ngam-ngam je dengan paras normal, kalau tersasar sikit boleh jadi tak normal. Nauzubillah …. Memang saya merasakan sudah sampai masanya untuk suami mengambil langkah yang proaktif bagi mengurangkan berat badannya. Sebelum nasi menjadi bubur, baik sediakan payung sebelum hujan.

weight in scale

MAKA BERMULALAH USAHA UNTUK KURUS

Pencarian pertama saya, kakak dobi dekat dengan rumah saya ada berkempen untuk cuba Produk X , katanya dia kurus setelah mencuba Produk X dengan izin Allah. Saya tak berfikir panjang untuk cuba set kurus ini. Setelah lebih kurang dua bulan hubby consume set kurus ini, tapi belum nampak hasil. Mungkin produk ni tidak serasi dengan hubby. Product XLepas tu saya tak cuba apa-apa produk lagi sebab saya tak berani bagi hubby makan sebarangan. Ye la, takut jugak la kan, makan produk-produk yang mungkin boleh kurus tapi belum tentu sihat dan ada kesan jangka masa panjang. Saya nak hubby KURUS dan SIHAT dengan pengambilan bahan semulajadi yang tidak ada kesan sampingan jangka masa pendek atau jangka masa panjang.

BERTEMU DENGAN SHAKLEE

Kemudian, saya kenal SHAKLEE. Bermula nya dengan saya makan GLA untuk masalah period saya yang tidak teratur dan bila saya nampak kesan positif, saya mula mencari supplement lain selain GLA dalam Shaklee. Alhamdulillah, rupanya Shaklee juga ada Cadangan Set Kurus. Apa lagi saya pun hadiah kan hubby Set Kurus Shaklee. Amazing, selepas dua minggu ukur lilit hubby dah kurang walaupun berat tak turun. Siap kena pi tebuk lubang tali pinggang.. Hehe

image

KESAN BERGANDA SET KURUS

Hubby juga cakap selepas main badminton alhamdulillah badan dah kurang sakit-sakit. Walaupun kita makan supplement untuk kurus, tapi harus di ingat yea, ni bukan produk untuk kurus semata-mata, produk ni untuk kurus dan sihat. Jadi, pemakanan dan senaman juga perlu jaga. Supplement ni membantu untuk kurus. Bahan yang di gunakan juga semulajadi. Kami bekerja di satu ofis. Jadi selain isteri, saya juga PA dan nurse peribadi hubby. Waktu makan supplement memang saya yang monitor di rumah dan juga di ofis. Jadi, hubby tak akan skip makan supplement. Nasib baik dapat patient yang mendengar kata πŸ™‚

Pil Container

Sebagai sokongan kepada hubby, saya akan makan apa yang hubby makan kecuali memang tekak saya tak boleh terima. Hasilnya, berat badan saya pun turun. Jadi, kami laki bini dah selim melim. Cara pemakanan hubby tak menyeksakan pun. Menu makanan yang sihat. Senaman yang konsisten.

Pic sebelum dan selepas

Alhamdulillah, sekarang kami mengamalkan cara kehidupan yang sihat, cara pemakanan, cukup zat dan nutrien dan senaman yang konsistant. Hubby masih berusaha untuk menurunkan berat badannya lagi walaupun dah banyak turun. Dalam masa yang sama, ofis kami juga ada buat pertandingan Weight Challenge 2014. Timbangan akan di buat dua minggu sebelum Annual Family Outing 2014. Saya doakan semoga dia naik ke pentas sebagai pemenang. πŸ™‚

Nak kurus bukan setakat supplement tapi hubby saya juga dibantu oleh rakan-rakan secara berkumpulan. Nak tahu kumpul apa?..Ok, saya akan story pada entry akan datang… [spider_facebook id=”3″]

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: Perihal Kurus
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x