By December 31, 2014 0 Comments Read More →

Alhamdulillah, Bonus Shaklee Dec 2014 Meningkat Hampir 100% + Car Bonus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SYUKUR, SYUKUR, SYUKUR YA ALLAH…

Pengakhiran Tahun 2014 yang sangat manis dan penuh dengan kejutan dan kegembiraan buat kami berdua.

Jualan Group #N3M Disember 2014 Hampir  Mencecah RM80,000

Jualan Meningkat2Alhamdulillah, berkat doa di depan kaabah di Makkah dan di Raudah di Madinah, jualan Group #N3M (Nadia Musa Money Magnet) sepanjang bulan ini memang masuk menderu-deru. Sales kami meningkat 99% dari bulan lepas, hampir 100% tu..hehe

Walaupun saya dan suami berada di Makkah selama 6 hari dan 4 hari di Madinah, bisnes kami berjalan seperti biasa dengan bantuan bisnes partner Shaklee kami Eddi dan Che Ta. Terima kasih atas jasa baik kamu berdua, kami sangat hargai.

Bulan december adalah bulan kecantikan. Set kecantikan ada Promo Vitamin C , Vitamin E dan Collagen sangat mendapat sambutan. Ye la, siapa tak nak cantik kan. Menjadi kegilaan para wanita untuk merebut peluang untuk cantik terutama para isteri yang ingin sentiasa kelihatan cantik di mata suami. 🙂

Alhamdulllah, kami rasa sungguh seronok bila dapat membantu semua customer dengan bisnes Shaklee ini. Jutaan terima kasih di ucapkan atas sokongan anda.

BONUS SHAKLEE Bulan Ini Meningkat Hampir 100%

Alhamdulillah, Dengan penuh kesyukuran kami nak share dengan pembaca income kami bulan ini hasil bonus Shaklee sudah melebihi gaji saya sekarang. Semua ini kami peroleh hasil dari bisnes Shaklee. Ini adalah hasil perjuangan kami selama setahun dalam bisnes Shaklee.

Kami tak berniat dan menunjuk-nunjuk kepada anda dengan bonus ini, cumanya kami hanya nak share yang buat bisnes sebenarnya lebih mudah untuk dapat income tinggi kalau kita buat dengan cara yang betul. Kita perlu juga ikut tunjuk ajar mentor yang telah terbukti berjaya.

Dengan taraf hidup yang semakin tinggi sekarang, kita perlu cari alternatif untuk mendapat income lebih tambahan pula kita di ambang GST. Kita harus lah bersedia untuk hadapi taraf hidup yang lebih mencabar. Lebih banyak income kita dapat lebih banyak kita boleh beri dan bersedekah dan lebih banyak kita boleh bantu orang.

Impian kami, by end of this year, kami mampu dapat income paling kurang sama macam gaji-gaji “Senior Manager” yang berkerja di syarikat yang berstatus “Berhad”. InshaAllah, kami yakin yang kami mampu mencapainya. Semoga Allah mudahkan urusan kami.

NEW LEADERS BORN IN OUR #N3M

Alhamdulillah, ahli group #N3M juga semakin berkembang di seluruh Malaysia termasuk Sabah. Bulan December 2014 menyaksikan kelahiran NEW COORDINATOR. Alhamdulillah beliau sudah stabil mendapat income 4 angka sebulan. Tahniah Tasnim.

Selain itu, ada lagi group kami yang berjaya menjadi SUPERVISOR. Mereka juga sudah mula mendapat side income 4 angka sebulan sekarang ni. Semuanya melalui bisnes Shaklee. Tahniah kepada Siti Fatimah Asshaheerah dan kak Eliza.

Mereka semua masih bekerja dan buat bisnes Shaklee sebagai part time.

Semua orang boleh buat bisnes Shaklee kalau tahu cara nya. Tiada apa yang mustahil.

CAR BONUS QUALIFIED

Jualan Meningkat3

Alhamdulillah, yang paling kami tak sangka, bulan ini kami berjaya memenuhi requirement untuk CAR BONUS!! Car Bonus ini adalah insentif tambahan yang Shaklee tawarkan jika ahli berjaya membuat jumlah sales tertentu dalam masa 4 bulan berturut-turut. Jadi dengan additional cash insentives ini, terpulang kita nak gunakan duit tu untuk beli kereta baru, atau bayar duit kereta sekarang.

Seronoknya mulai bulan depan Shaklee yang akan bayarkan hutang kereta untuk kami. Tak perlu lagi fikir duit hutang kereta keluar dari duit kami. Best ke best 🙂

A6

scirocco

Gambar kerata kat atas tu gambar kereta impian kami. Semoga kami mampu memilikunya.. Aamiin.. 🙂

SHAKLEE SALES PLAN HIGHLIGHT

FYI, Shaklee menawarkan 3C dalam Bisness Plan iaitu –

1) CASH BONUS

2) CAR BONUS

3) CONVENTION TRIP (Six Stars Fully Sponsored Trip – Local and Overseas)

3C Shaklee

Alhamdulillah, setakat setahun kami serius dalam business Shaklee, kami telah berjaya mendapat 2C iaitu CASH BONUS (4-angka sebulan) dan CAR BONUS. InsyaAllah, sekarang ini sedang berjuang untuk mendapatkan C ketiga iaitu free CONVENTION TRIP. Mohon sahabat pembaca semua doakan kejayaan kami yer.

Harapan kami semoga kami dapat bantu lebih ramai orang lain untuk lebih berjaya selepas ini. Kami doakan, impian mereka yang menceburi bisnes Shaklee ini kerana mahu menjadi ‘Working At Home Mum’ akan tercapai.

Kepada rakan-rakan pembaca, doakan kejayaan kami yer!!!! Sekarang kami semakin percaya, bisnes lebih mudah kalau kita ada mentor yang betul, system yang betul dan ilmu yang betul. Insya Allah dengan tindakan luar biasa dan impian yang besar, semuanya mampu untuk menjadi kenyataan.

Thanks for reading 🙂

[spider_facebook id=”3″]

Klik Share Ya!!!
Posted in: MOTIVASI BISNES

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of