By November 1, 2015 0 Comments Read More →

Aku Nak Kurus #01: Target Baru Untuk KURUS

Alhamdulillah.. Sebelum ni saya dah berjaya Transform diri saya dari size 4XL kepada 2XL. Nampak la kurus sikit dari sebelum ni. 🙂

Bila jumpa kenalan lama pun ramai yang tegur “Eh ko dah kurus la sekarang, Apa Ko Buat?” Tu soalan yang selalu saya dapat.
Ramai yang ingat berat saya ni dah di bawah 100kg. 🙂

Sebenarnya berat saya masih lebih 100kg. Anggaran berat saya sekarang ni dalam 116kg-118kg.

So, Pagi tadi Sengaja saya bergambar pakai baju baru yg KETAT yang saya beli baru-baru ini. (macam dalam gambar ni. ) 🙂

AkuNakKurus01-03

AkuNakKurus01-01

AkuNakKurus01-02

Memang sendad la baju-baju ni sebab melekat kat perut tu.. hehe.. 

Target saya, dalam masa 3 bulan dari sekarang. Baju yang KETAT itu akan menjadi longgar untuk saya. 🙂

Maaf kalau ada orang yang kurang senang dengan posting ini.. Sebenarnya Sengaja saya pos target saya ni kat sini sebab….. saya memerlukan MOTIVASI atau SOKONGAN dari anda.
Yer la kan.. Bila dah pos macam ni terpaksa la saya bekerja keras. Malu la kalau tak buat atau capai target.. hehehe

Secara tak langsung boleh jadi push factor untuk saya kekal bersemangat juga.

Doakan saya kuat semangat & berjaya capai target yang saya impikan dalam masa 3 bulan ni.

Klik Share Ya!!!

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of