Follow Up Bleeding Check Up Di Hospital Putrajaya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selepas saya buat check up kat Hospital Tunku Azizah tentang masalah bleeding saya ni, saya ada bagitau Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali, yang bekerja sebagai Ketua Jabatan (Head of Department) di Klinik Pakar Sakit Puan (Obstetric & Gynecology Department), Hospital Putrajaya. Beliau adalah sepupu saya sebelah abah.
Check Up Di Hospital Putrajaya
Selepas cerita keadaan saya, Dr Hazim minta saya ke Hospital Putrajaya untuk check up lebih lanjut. Saya pun setuju. Saya memang lebih suka check di hospital kerajaan berbanding swasta. Pengalaman-pengalaman saya sebelum ni, kalau saya bandingkan kedua-dua hospital kerajaan dan hospital swasta, hospital kerajaan lebih detail bila buat check up. Appoinment saya dengan Dr Hazim pada 21 September 2016, pukul 9.30 pagi.
Pendaftaran
Hari ni check up saya dengan Dr Hazim. Jadi, kami bersiap awal pagi sebab nak gerak awal. Nak pastikan sampai sana tepat pada masanya. Sebelum jumpa kena register dulu macam biasa. Jadi nak register tu kalau boleh nak nombor awal-awal.
Pukul 7.45 pagi kami gerak ke Hospital Putrajaya. Sampai sana lebih kurang pukul 8.40 pagi. Alhamdulillah perjalanan kami lancar, tak de jem sangat walaupun pagi-pagi tu orang semua nak keluar pergi kerja. Sampai je sana Mr Hubby hantar saya dulu untuk ambil nombor giliran sementara Mr Hubby pergi parking kereta.
Ambil no untuk register
Selepas ambil nombor untuk register saya perlu ke Kaunter Pendaftaran untuk dapatkan nombor utk jumpa doktor. Selepas register saya di beri nombor giliran untuk berjumpa Dr Hazim. Sebelum jumpa Dr Hazim, saya perlu check berat, tekanan darah / blood pressure (BP) dan urine. Selepas check alhamdulillah semuanya normal.
Check Berat Badan, Tekanan Darah & Urine
Check Berat Badan
Check Tekanan Darah
Urine celup dengan alat test tu sendiri. Lepas celup tunjuk kat nurse untuk update.
Ni tempat cuci botol bekas urine. Pun buat sendiri.
Berat saya turun balik, haritu 64.4 kg, harini 63.3 kg pulak. Agaknya sebab dah start tak lalu makan dan loya-loya. Lepas tu nurse kata boleh breakfast dulu. Kami ke cafe untuk breakfast. Kali ni agak mencabar sebab saya tak boleh bau-bau makanan. Tak tahu nak makan apa tapi tetap kena makan untuk alas perut walaupun tak ada selera makan.
Klinik Obstetrik & Ginekologi
Klinik Obstetrik & Ginekologi
Sekarang giliran saya untuk jumpa Dr Hazim. Mr Hubby hilang pulak..huhu sebab tadi ingat lambat lagi, dia pergi cari kerusi kosong sebab kat Klinik ni kerusi dah penuh. Lagi pun bagi peluang untuk ibu-ibu hamil untuk duduk. Mula-mula tak dapat nak call, tapi akhirnya dapat call.
Kami masuk dan bertanya khabar dulu sebelum memulakan cerita masalah saya. Saya cerita sikit-sikit tentang kehamilan saya yang pertama ni. Selepas itu Dr Hazim terus suruh baring untuk buat ultrasound. Selepas check Dr hazim kata jantung baby dah ada siap boleh dengar lagi. Wahh…alhamdulillah, kandungan ku takde apa-apa. Harini genap 6 minggu 6 hari usia kandungan saya.
Lepas selesai check, Dr Hazim menerangkan kenapa terjadi nya bleeding atau pendarahan. Ianya sebab proses pembesaran baby menyebabkan dia ada tekanan pada dinding rahim. Tapi tak ada apa yang membahayakan kedua-dua ibu dan baby. Alhamdulillah syukur Ya Allah.
Tapi Dr Hazim juga ada pesan, kita mintak jauh yea benda ni. Untuk masalah saya ni, jika berlakunya keguguran, bukan sebab saya lasak atau saya tak jaga tapi di sebabkan masalah baby itu sendiri membuatkan baby tak boleh teruskan hidup. Jadi, kalau dia hidup akan mendatangkan masalah kepada baby tersebut. Jadi, jangan terlalu bersedih dan kena redha dengan ketentuan Allah. Apa-apa pun kita berdoa semoga semuanya selamat dan ok kedua-dua ibu dan baby. Aamin
Nurse pesan untuk buka buku merah di mana-mana cawangan Klinik Kesihatan berdekatan dengan rumah untuk buat check up bulanan. Nanti bawa buku merah tu untuk next appoinment pada 11 October 2016.
Kaunter Farmasi
Selesai consult dengan Dr Hazim, kami menunggu untuk ambil ubat Duphaton, ubat yang sama yang Dr Zana bagi haritu. Ubat kuatkan rahim. Sementara Mr Hubby tunggu giliran ambil ubat saya pergi jumpa ma dan abah. Kebetulan ma ada check up harini. Check up 3 bulan sekali untuk check kesihatan keseluruhan. Lepas Mr Hubby setel ambil ubat, Mr Hubby pulak join kami.
Kemudian, kami terus balik sebab petang tu Mr Hubby ada part time IT Job pulak.
Jumpa lagi next entry. 🙂
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).
[…] Follow up bleeding check up di Hospital Putrajaya […]