7 Kebaikan Brokoli Untuk Kesihatan Kita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Syukur alhamdulillah.. saya masih lagi diberikan kesempatan untuk berkongsi dengan anda sedikit informasi.

Untuk pengetahuan kawan-kawan. Saya adalah penggemar brokoli semenjak saya mula berdiet. Saya pilih brokoli sebab saya pernah terbaca yang brokoli mengandungi banyak khasiat. Tapi sebelum ini saya tak pernah ambik tahu kandungan khasiat yang berada di dalam brokoli. 🙂

Walaupun saya tak tahu apakah khasiat yang ada di dalam brokoli, tapi saya suka sangat brokoli ni. Sampaikan saya memang terkenal dengan brokoli di dalam Group Whatsapp “Cabaran Ideal Weight” saya. Dalam group tu memang saya je orang yang selalu makan dengan brokoli.. hehe..

Beberapa hari lepas saya share-kan menu makan malam saya di instagram & facebook. Selepas posting itu ada beberapa kenalan yang komen pada gambar tersebut dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada semua kebaikan brokoli.

Hari ini saya membuat sedikit research di google dan telah mendapatkan beberapa kebaikan brokoli untuk saya sharekan kepada anda. terpanggil untuk berkongi mengenai kebaikan brokoli.

Brokoli / Broccoli

Brokoli / Broccoli

“Klik Like Jika Bermanfaat”

[spider_facebook id=”3″]

Brokoli terkenal sebagai sayur-sayuran yang enak dan lazat yang kaya dengan berpuluh-puluh nutrien.

Berikut adalah beberapa faedah brokoli:

1. Pencegahan Cancer: Brokoli ini melawan kanser, meningkatkan immune dengan sayur-sayuran cruciferous lain seperti kembang kol, pucuk Brussels dan kubis.

2. Pengurangan Kolesterol:. Seperti kebanyakan makanan keseluruhan, brokoli penuh dengan serat larut yang menarik kolesterol daripada badan anda.

3. Mengurangkan Reaksi Alergi dan Keradangan: Penyelidikan telah menunjukkan keupayaan kaempferol untuk mengurangkan kesan bahan-bahan alahan yang berkaitan di dalam badan kita. Brokoli juga mempunyai sejumlah besar Omega 3 asid lemak, yang juga dikenali sebagai anti-radang.

4. Antioksidan Yang Hebat:. Di antara semua sayur-sayuran cruciferous, brokoli terkenal sebagai sumber yang paling tertumpu kepada vitamin C, tambahan pula flavonoid perlu bagi vitamin C untuk digunakan semula dengan berkesan. Juga tertumpu di brokoli adalah karotenoid lutein, zeaxanthin dan beta-karotena, dan antioksidan yang hebat.

5. Kesihatan Tulang: Brokoli mengandungi kalsium dan vitamin K yang tinggi, kedua-duanya adalah penting untuk kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis.

6. Kesihatan jantung: Ciri-ciri anti-radang sulforaphane, salah satu isothiocyanates (ITCs) dalam brokoli, mungkin boleh menghalang (atau mengundurkan) beberapa kerosakan kepada lapisan saluran darah yang boleh disebabkan oleh keradangan akibat kronik masalah gula dalam darah.

7. Bantuan Diet: Brokoli adalah karbohidrat yang baik dan kaya dengan serat, yang membantu dalam pencernaan, mencegah sembelit, mengekalkan gula darah rendah, dan sekatan makan berlebihan.

 

Shopping Brokoli

Biasanya saya akan beli brokoli di mini market terdekat. Tapi jika masa mengizinkan saya lebih suka beli di Giant hyper market sebab kat sana harganya lebih murah.

Harga untuk sebijik brokoli yang saya beli beberapa hari lepas di mini market terdekat adalah RM4.00.

740105494_18003576557828997884

Shopping Brokoli

 

Menu Diet Bersama Brokoli

Biasanya saya akan makan brokoli bersama roti wholegrain. Cara penyediaan adalah seperti berikut.

1. Sediakan bahan dan potong ikut selesa masing-masing. Bahan: Brokoli, Tomato, Bawang putih.

2. Sautekan Brokoli + Tomato bersama lada hitam dan bawang putih. (guna olive oil)

3. Kalau nak tambah sausej. Rebuskan 1-2 sausej dan potong ikut kesesuaian.

4. Hidangkan bersama Roti Wholegrain dan… NGAP Ngap NGAp… Sedap hingga menjilat jari.. 🙂

Wholegrain & Brokoli

Roti Wholegrain + Brokoli + Tomato + Sosej

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini. Kepada yang ingin mencuba untuk diet tanpa berlapar cubalah menu ini. Biasanya saya makan 2 set. Macam gambar kat atas ni di kira sebagai 1 set. Selalunya makan 2 set dah cukup kenyang. Tapi kalau anda yang nak mencuba tapi makan 2 set still tak kenyang. Anda boleh tambah satu set lagi.

Selamat mencuba dan semoga anda sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

“Klik Like Jika Bermanfaat”

[spider_facebook id=”3″]

Klik Share Ya!!!
Posted in: Umum & Pelbagai

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of