By October 12, 2015 0 Comments Read More →

10 Cara Kenal Pasti “Tanda & Punca” Penyakit Buah Pinggang

buahpinggang

Membimbangkan

Masih ramai yang selalu ber-anggapan bahawa mereka cukup sihat walaupun mereka tidak melakukan pemeriksaan kesihatan selama bertahun-tahun. Yang lebih membimbangkan lagi, ramai di antara mereka ber-anggaapan bahawa mereka tidak akan berdepan dengan masalah kesihatan sedangkan semua orang mempunyai risiko yang sama kerana kebanyakan penyakit kronik biasanya menyerang secara DIAM/SENYAP.

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda berkenaan penyakit buah pinggang. Seperti yang ramai tahu, Penyakit buah pinggang adalah salah satu daripada penyakit kronik. Dan ia juga menyerang dengan SENYAP.

Arwah Bapa saya sendiri di kesan mempunyai masalah buah pinggang. Dan lebih malang lagi bila kami dapat tahu perkara itu sudah agak lewat (di tahap yang teruk). Beberapa bulan selepas itu beliau pun meninggal dunia (13 tahun lepas).

Memang kebanyakan penyakit buah pinggang berlaku dalam DIAM/SENYAP. Walaubagaimanapun, penyakit buah pinggang ini boleh di kesan lebih awal dengan membuat pemeriksaan air kencing & melalui pemeriksaan darah tinggi.

10 Tanda Penyakit Buah Pinggang

buah-pinggang03

Cuba anda perhatikan adakah anda atau orang di sekitar anda memiliki tanda-tanda seperti di bawah. Mana tahu, tanpa kita sedar sebenarnya anda ada simtom seperti berikut..

1. PEMBUANGAN AIR KENCING.

✔ Cuba perhatikan adakah anda sekarang lebih kerap  atau sangat kurang membuang air kencing dari kebiasaannya.

✔ Perhatikan juga adakah air kencing anda ada mengandungi darah.

✔ Jika mengalami kencing terlalu kerap atau terdapatnya darah pada air kencing terutamanya di waktu malam, dan lama kelamaan ia semakin berkurang. Ada berkemungkinan buah pinggang anda mengalami masalah.

✔ Perhatikan adakah terdapatnya buih pada air kencing yang di tadah. Buih itu biasanya menunjukkan bahawa air kencing tersebut mengandungi protein. Ini bermakna, buah pinggang anda tidak dapat menapis protein tersebut kerana buah pinggang anda bermasaalah.

buah-pinggang04

2. KERAP KELETIHAN

✔ ADAKAH anda mengalami keletihan yang kerap? Jika buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik, ia akan mengakibatkan kegagalan untuk menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilan sel darah merah. Jika ini berlaku, anda akan mengalami ANEMIA, yang mana ia akan menyebabkan anda akan merasa KERAP KELETIHAN.

buah-pinggang-penat

3. BENGKAK PADA MANA-MANA BAHAGIAN TUBUH

✔ Adakah anda mengalami bengkak pada bahagian kaki atau tangan? Sekiranya ada pembengkakan pada bahagian anggota badan anda. Ia berkemungkinan terdapatnya masalah pada buah pinggang. Penakungan air kencing boleh menyebabkan anggota badan seperti kaki, mata & buku lali membengkak.

4. RUAM & KEGATALAN

✔ Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa buangan boleh menyebabkan kagatalan pada anggota badan.

5. TAHAP SELERA MAKAN

✔ Perhatikan tahap selera makan anda. Adakah anda rasa susah untuk menelan makanan yang anda makan? Jika YA adalah jawapan anda, ini adalah salah satu tanda-tanda awal buah pinggang anda gagal berfungsi dengan baik.

6. LOYA & MUNTAH

✔  Anda mengalami Loya & Muntah-Muntah? Jika buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Ia akan menyebabkan pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah. Ini mungkin punca nya anda akan merasa LOYA & MUNTAH

7. MENGALAMI SEJUK SEPANJANG MASA

✔ Mereka yang mengalami ANEMIA akan sentiasa merasa sejuk Walaupun dalam cuaca yang panas.

8. SUKAR UNTUK BERNAFAS

✔ Ini salah satu juga tanda awal untuk penyakit buah pinggang. Ia berpunca dari ANEMIA yang di alami atau berlaku pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. SAKIT BELAKANG ATAU TEPI BAHAGIAN PINGGANG

✔ Di bahagian ini terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi ia berkemungkinan terdapatnya ketumbuhan yang akan membuatkan anda merasa sakit di bahagian tersebut.

10. KERAP PENING KEPALA

✔ Otak akan kekurangan oksigen bila berlakunya ANEMIA. Bila otak kekurangan oksigen, maka anda akan merasa pening kepala.

.

.

11 PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG

sakit-buah-pinggang

1. Selalu Menahan Kencing.

(Tidak bersegera buang air kecil apabila terasa hendak kencing)

2. Kurang Minum Air

Di sarankan minum 1 liter unutk setiap 25kg berat badan kita.

Contoh: Jika berat kita 50kg, maka minum lah sekurang kurangnya 2 liter sehari. Kalau berat 75kg maka minumlah 3 liter sehari

3. Gemar Makan Yang Masin

4. Kerap Di Jangkiti Kencing Kotor. 

Pastikan anda mendapatkan rawatan yang sempurna jika di jangkiti Kencing Kotor

5. Gemar Makan Makanan Ber-Daging MERAH & Makanan Laut

Makanan jenis ini mengandungi tinggi uric asid

6. Suka Minum Minuman Yang Mengandungi GAS

7. Suka Mengamalkan Pil Tahan Sakit 

Pil tahan sakit hanya untuk menghilangkan rasa sakit, bukan mengubati penyakit. Jadi, kalau boleh tolong elakkan mengambil pil tahan sakit kecuali anda betul2 rasa tak tahan.

8. Berat Badan Berlebihan (Obesiti)

9. Merokok

Nak tau 10 cara berhenti merokok? Klik Sini –> 10 Cara Tip Berenti Merokok

10. Alkohol

11. Penyakit Darah Tinggi & Kencing Manis.

Darah Tinggi & Kencing Manis, Jika tidak di kawal dengan betul, ia akan menyebabkan buah pinggang anda rosak.

Jom Baca Artikel Berkenaan Kencing Manis di -> Makcik Bebas Dari Suntikan Insulin & Bahaya Kencing Manis

.

NAK TAHU BAGAIMANA SAKIT BUAH PINGGANG “STAGE 4” BOLEH BEBAS DIALISIS?

Klik –> Bebas Sakit Buah Pinggang

Sampai sini sahaja perkongsian untuk kali ini. Jom kita sama-sama menjaga kesihatan & semoga kita di jauhi dari penyakit kronik.

SHARE kan kepada rakan anda..

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x