By December 1, 2016 1 Comments Read More →

Pengalaman dan Check Up Hamil di Triminister Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah dah berakhir Triminister Pertama saya (1 minggu hingga 16 minggu @ 1 bulan hingga 3 bulan). Saya cerita dari mula saya hamil yea. Masa sebelum saya tahu saya dah hamil, selera makan saya memang meningkat. Masa tu pelik jugak, kenapa asyik nak makan je ni. Makan banyak pulak tu. Hishh.. risau pun hado sebab berat naik. Dah berat naik perut nampak lain macam jer. Berat saya naik dari 61.5 kg ke 64.0 kg, mau tak risau. Saya sebenarnya nak turun kan ke bawah 60 kg tapi makin naik pulak…huhu.. Risau je lebih kan , tapi makan tu tetap banyak..hihihi..Tak boleh jadi ni. Saya memang sangat menjaga badan dan takut badan naik..hehe..Tapi tak de la diet melampau cuma berhati-hati je la. Agak-agak berat naik tu pandai-pandai la control kan.

Di sebab kan selera makan yang melampau, badan pun dah rasa macam naik je sikit saya pun dah pasang cita-cita nak diet dan exercise secara konsistan. Masa tu saya memang ada sakit-sakit badan, pening kepala, sakit pinggang tu jangan cerita la kan dan ada rasa demam dedar-dedar macam tu. Saya pergi urut je dah sakit-sakit badan macam tu. Saya ada syak juga saya hamil, tapi takut nak check UPT sebab takut frust dan kadang-kadang ada simptom ni masa nak period (PMS). Saya check juga la sebelum nak diet dan diet extreme kan. Check memang negatif 🙁 . Saya check beberapa kali juga la tapi negatif juga.

Setelah period saya dah jauh sikit tersasar dan perut saya sakit macam nak period tapi tak keluar juga. Saya check lagi sekali suprising, Alhamdulillah positif. Macam tak percaya je. Syukur sangat-sangat. Allah dah bagi rezeki kat saya. Lepas tau tu terus tunjuk kat Mr Hubby dan sambil peluk dan nangis-nangis sebab sangat gembira. Terus ambil wuduk solat sunat (masa tu pukul 4.00 pagi) dan sujud syukur. Kami tunggu 6 tahun untuk dapat anugerah Allah ini. Boleh baca cerita lebih lanjut tentang cerita bagaimana saya berhamil setelah 6 tahun mencuba:

Akhirnya Berjaya Hamil Selepas Hampir 6 Tahun Berusaha (TTC)

Alahan saya start dari minggu ke 6 hingga ke minggu ke 12. Minggu 12 hingga ke minggu ke 16 tu masih ada alahan tapi dah kurang berbanding masa minggu ke 6 hingga ke minggu ke 12. Saya kurang selera makan dan selalu loya dan muntah, alhamdulillah saya masih boleh minum susu ESP dan campurkan dengan Mealshake dan supplemen-supplemen yang mengandungi nutrien yang cukup di perlukan oleh saya dan bayi dalam kandungan. Mujur la boleh telan kan. ESP tu sangat mengenyangkan. Siang malam saya minum jika saya rasa lapar dan jugak untuk elakkan gastric.

Nanti saya akan cerita lebih lanjut tentang detail ESP dan supplemen-supplemen yang saya makan untuk saya terus ada tenaga. Saya cuma makan Ubat Dophaston untuk kuatkan rahim yang doktor bagi dan ESP juga sangat membantu untuk menguatkan rahim. Macam obimin dan asid folic saya gantikan dengan ambil supplemen semulajadi yang tiada bahan sintetik. Saya tak ambil vitamin yang doktor bagi. Kenapa saya perlu makan Duphaston adalah sebab boleh baca di link di bawah:

Bleeding Ketika Hamil 6 Minggu

Di sebab kan bleeding, saya mengambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan kerana untuk menjaga kandungan saya. Alhamdullilah, boss saya memahami keadaan saya. Menurut kata doktor kandungan saya tak ada masalah jika saya bekerja cuma kena kawal stress dan cukupkan rehat. Selain itu di sebabkan saya ada PCOS (Polycystic Ovarian Syndrom) peratusan keguguran lebih tinggi berbanding ibu hamil yang normal. Apa itu PCOS boleh refer link di bawah:

Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

Jadi, saya ambil langkah-langkah awal untuk mengelak daripada terjadi nya keguguran. Ya, kita perlu positif dan Allah dah tetapkan sama ada kandungan itu boleh di teruskan atau tidak, tapi saya rasa saya perlu berusaha sebelum terjadi. Saya berusaha, berdoa dan selebihnya saya berserah kepada Allah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan kandungan.

Alahan saya yang agak teruk menyebabkan sehingga saya terpaksa di masukkan ke dalam hospital dan warded sebab dehidrasi (badan kekurangan air). Saya kena drip sampai 4 botol air. Boleh baca cerita warded di link ini.

Warded di Columbia Asia Hospital Ketika Hamil Akibat Kekurangan Air (dehidrasi)

Selepas warded di Columbia Asia Hospital, Alhamdulillah tenaga semakin pulih sebab saya dah boleh makan sikit-sikit walapun masih ada loya. Muntah pun berkurang. Saya masih bergantung dengan ubat tahan muntah dan ubat gastric. Saya makan ubat tahan muntah dalam 5-6 hari macam tu. Lepas tu saya cuba bertahan tanpa ubat. Alhamdulilah ok tapi masih lagi ada loya dan muntah-muntah sikit-sikit.

Apa pun saya tetap bersyukur dan redha kerana Allah memberi peluang untuk saya merasa nikmat hamil yang saya tunggu-tunggu setelah hampir 6 tahun. Alahan ni saya anggap ujian Allah kepada saya. Menurut doktor yang check up saya setiap bulan, kalau ada alahan teruk kita tak perlu risau dengan keadaan bayi dalam kandungan sebab ibu hamil yang ada alahan yang teruk mengandungi hormon hamil iaitu HCG yang tinggi yang membantu melindungi dan menguatkan bayi. InshaAllah bayi dalam kandungan sihat, kuat dan membesar ikut perkembangan yang sepatutnya.

Hormon HCG adalah hormon kehamilan dan ia di percayai meningkat seiring dengan rasa loya. Ia di hasilkan semasa hamil, kalau tak hamil memang tak ada hormon ni. Ia di hasilkan oleh sel untuk membentuk plasenta. Hormon ini memelihara telur setelah ia di senyawakan dan melekat pada dinding rahim. Dengan adanya hormon ini menunjukkan kehamilan yang sihat sebab ia jaga telur tu. Petanda baik untuk ibu yang sedang hamil dan tengah alami loya dan muntah dan menunjukkan kehamilan anda sihat dan di percayai kandungan sebegini akan melahirkan bayi yang sihat walafiat juga. InshaAllah. Bertabah sebentar untuk kepentingan bayi dalam perut anda ok. Bila dah tahu ianya baik untuk kandungan ibu hamil pun rasa lega.

Walau bagaimana pun tak bererti kalau ibu hamil tiada alahan, bayi dalam kandungan itu tidak sihat tapi menurut doktor kalau ibu hamil tiada alahan perlu scan baru tahu keadaan baby macam mana. Ibu hamil yang ada alahan tak perlu scan pun boleh tahu baby tu tak ada masalah, sihat dan kuat. Apa pun semua ketentuan Allah. Itu cuma doktor yang cakap. Kesimpulan yang saya nak buat, jika ibu hamil ada alahan elakkan merungut atau mengeluh. Hikmah dari alahan tu besar iaitu bayi dalam kandungan itu sihat, tiada masalah dan kuat, InshaAllah. Kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Alhamdulillah sepanjang saya melalui kesukaran dan alahan ini Mr Hubby sangat support saya. Mr Hubby tolong buat kerja-kerja rumah. Syukur Alhamdulilah Mr Hubby sangat membantu. Mr Hubby juga sentiasa menjaga perasaan dan emosi saya yang kurang stabil ni kan. Terasa sangat di hargai, disayangi dan ada orang sangat-sangat mengambil berat. I love you Mr Hubby….muuahhh muaaahh..eh tetiba loving-loving kat sini pulak.. 🙂

Check Up Saya Sepanjang Dalam Trimister Pertama.

11 October 2016

Pada hari ni saya check up di Hospital Putrajaya untuk kali kedua. Procedure kat sini macam biasa. Boleh baca entry saya yang sebelum ni di link.

Follow up bleeding check up di Hospital Putrajaya

Check up ni kali kedua Alhamdulillah semunya normal. Baby pun dah aktif. Berat saya naik sikit tapi tak banyak sebab alahan kan. Boleh refer result saya untuk check up kali ni dan juga video baby yang tengah aktif.

hospital-putrajaya-11-10-16

Video Baby Semasa Berumur 9 Weeks 5 Days

25 October 2016

Harini saya check up di Klinik Kesihatan Gombak Utara. Kali ni berat saya turun sebab alahan saya makin menjadi-jadi. Result saya yang lain-lain alhamdulillah normal.

klinik-kesihatan-gombak-setia-25-11-16-4

klinik-kesihatan-gombak-setia-25-11-16-3

15 November 2016

Check up ni kali ketiga di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah semuanya normal. Berat saya dah naik balik sebab alahan dah semakin kurang.Boleh refer result saya untuk check up kali ni dan juga video baby yang tengah berehat. Kali baby tengah berehat, kurang aktif berbanding sebelum ni.

hospital-putrajaya-15-11-16-2

hospital-putrajaya-15-11-16-3

Video Baby Semasa Berumur 14 Weeks 5 Days

22 November 2016

Harini saya check up di Klinik Kesihatan Gombak Utara. Kali ni berat saya dah naik balik dari sebelumnya sebab alahan dah makin berkurang. Result kali ni HB drop dari 11.3 ke 10.5. Ini agak merisaukan saya. Bila consult dengan doktor rupanya ia adalah kesan daripada alahan teruk saya sebelum ni. Rupanya HB ni kesan dia baru nampak walaupun sekarang saya dah kurang alahan. Tapi baru je pun kan saya boleh makan macam biasa. Sekarang apa yang perlu saya buat, saya perlu up dose supplemen saya dan tambahkan makanan-makanan yang menaikkan HB saya antaranya saya cuba makan jambu batu dan jus jambu batu. Next check up kita tengok result hasil usaha saya. Semoga result HB saya semakin meningkat.

klinik-kesihatan-gombak-setia-22-11-16-3

klinik-kesihatan-gombak-setia-22-11-16-4

naikkan-hb01

naikkan-hb02

25 November 2016

Harini saya perlu minum air gula untuk test bacaan gula dalam darah. Saya agak berdebar jugak la sebab duk bayangkan nak kena minum air gula yang manis tu kan. Dah la saya tak suka manis. Tapi kena redah jugak la kan. Ibu hamil yang perlu buat test ini adalah yang berumur 25 tahun ke atas. Memandangkan keluarga saya ada sejarah kencing manis (diabetes) jadi saya perlu buat 2 kali test. Satu sebab berumur 25 tahun ke atas dan satu lagi sebab ahli keluarga ada sejarah diabetes. Saya berdoa semoga saya bebas dari kencing manis. Saya akan bercerita lebih lanjut dalam entry lain yea. Boleh refer link di bawah tentang pengalaman saya minum air gula dan buat test ujian darah MGTT (Modified Glukose Tolerance Test):

Minum Air Gula Dan Ujian Darah MGTT Serta Cara Mengatasi Kencing Manis Ketika Hamil

Full Set Supplemen Untuk Ibu Hamil Yang Saya Makan

set-hamilset-hamil-vitamic-c

set-hamil-omegaguard

set-hamil-b-complex set-hamil-esp  set-hamil-ostematrixSelain daripada full Set Hamil Shaklee saya makan, saya juga makan extra iaitu Garlic Complex, Pappermint Ginger, Chewable Vitamin C, mealshake dan Performance Drink daripada Shaklee juga.

garlic-complex-shaklee

Garlic Complex di makan untuk meningkatkan imunisasi badan sepaya badan kita kuat antibodi, buang angin dan mengawal tekanan darah. Garlic Complex saya ambil setiap hari kecuali kalau rasa nak batuk atau badan tak sedap saya ambil extra dos

peppermint-ginger-plus-shakleePappermint Ginger Plus juga makan ketika perlu je. Kalau terasa perut kembung atau badan masuk angin terus ambil Pappermint Ginger Plus untuk buang segala angin dalam badan Alhamdullillah lega rasa

Chewable Vitamin C ni bila perlu. Chewable Vitamin C untuk hilangkan rasa loya

meal-shakes-shaklee Mealshake saya campurkan dengan ESP. Satu sebab Mealshake rasa vanila dan rasa lebih sedap dan satu lagi untuk tambah selera memandangkan saya tak ada selera makan performance-orange-shakleePerformance Drink untuk tambahkan tenaga dan kekalkan bendalir dalam badan supaya tidak dehidrasi

Kenapa Saya Memilih Supplemen Shaklee Sedangkan Dah Dapat Supplemen Free??

Nak tahu tak kenapa saya dan ramai ibu-ibu hamil memilih Supplemen Shaklee walaupun kami boleh dapat supplemen free dari klinik?

Apakah keistimewaan Supplemen Shaklee, padahal fungsi supplemen sama je kan kalau di bandingkan kedua-duanya.

Sebenarnya, keabanyakan supplemen yang di bekalkan oleh klinik adalah Supplemen Sintetik yang diperbuat daripada bahan kimia.

Berbeza dengan Supplemen Shaklee, ianya ada supplemen semulajadi. Shaklee memastikan semua kandungan supplemen adalah selamat dan di perbuat daripada bahan-bahan semulajadi sahaja. Sebab itu lah nutrient dan khasiatnya lebih mudah di serap oleh badan kita.

Saya yakin, di sebabkan keistimewaan ini lah, dengan izin Allah, menjadikan Supplemen Shaklee memberi kesan yang baik untuk diri saya. Alhamdulillah.

Jadi kalau anda tanya saya, berbaloi kah membeli supplemen semulajadi Shaklee walapun boleh dapat supplemen sintetik FREE dari klinik.

Kepentingan Supplemen Untuk Ibu Hamil Menurut Dr Hamid Arshat 


Testimoni

Saya doakan semoga ibu hamil dan bayi dalam dalam kandungan sihat sepanjang hamil sehingga bersalin dan bersalin dengan selamat kedua-duanya serta melalui proses berpantang dengan mudah dan tiada masalah. Aamiin

Kita hanya berusaha, ikhtiar, berdoa dan akhirnya bertawaakkal. Semuanya di atas izin Allah s.w.t.

Jika berminat boleh hubungi dan consult dengan saya Nadia 0192222642

 

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: Info Hamil, Shaklee
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Pengalaman dan Check Up Sepanjang Hamil di Triminister Pertama […]

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x