By December 5, 2016 Read More →

Minum Air Gula Dan Ujian Darah MGTT Serta Cara Mengatasi Kencing Manis Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apakah Ujian Darah (MGTT)

Ujian Darah (MGTT – Modified Glucose Tolerance Test) digunakan untuk mendiagnosis penyakit diabetes terutama untuk ibu yang sedang hamil. Ujian ini akan mengesan samada mereka penghidap kencing manis (diabetes) atau tidak.

Risiko diabetes sangat tinggi di kalangan ibu hamil, sebab itu semua ibu hamil di sarankan untuk minum air gula dan menjalani ujian darah (MGTT) terutama ibu hamil berumur 25 tahun ke atas dan keluarga ada sejarah diabetes. Jika anda di kedua-dua katogari maka anda kena minum 2 kali sepanjang hamil.

Siapakah Yang Paling Berisiko Menghidap diabetes

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka berisiko untuk menghidap diabetes ketika hamil. Antara faktor-faktor yang menyebabkan ibu-ibu hamil menghidap diabetes ketika hamil adalah seperti :

  • Obes / Kegemukan (BMI lebih dari 30)
  • Pernah melahirkan bayi besar dan dengan berat 4 kg atau lebih
  • Pernah meghidap diabetes dalam kehamilan sebelum ini
  • Sejarah keluarga yang sedang menghidap diabetes

minum-air-gula-semasa-hamil-mengandung-kencing-manis-diabetes-1-1

Kesan Kepada Ibu

  • Kompilasi retinapati dan buah pinggang
  • Preeclampsia (hypertension)
  • Polihydramnios (air ketuban berlebihan)
  • Keguguran
  • Jangkitan kuman di bahagian vagina
  • Hyper/hypoglycaemia (kandungan glukos yang berlebihan atau berkurangan dalam darah)

Kesan Kepada Bayi

  • Bayi melebihi 4 kg
  • Mati dalam kandungan (lemas semasa hamil)
  • Kurang glukos dalam darah
  • Kecederaan pada saraf

Perkara Yang Boleh Dilakukan Sekiranya Menghadapi Kencing Manis (diabetes)

  • Pemantauan rapi dari Klinik Kesihatan
  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Mematuhi segala temujanji dan rawatan yang ditetapkan
  • Pemeriksaan paras glukos berepringkat di rumah

minum-air-gula-semasa-hamil-mengandung-kencing-manis-diabetes-2

5 Tanda Awal Simptom Diabetes Untuk Ibu Mengandung

  • Kerap dahaga – Jika anda ada diabetes, gula (glukosa) akan terkumpul dalam darah. Buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk menapis dan menyerap gula berlebihan. Jika buah pinggan tidak mampu untuk menapis, gula yang berlebihan akan di keluarkan melalui air kencing bersama dengan cecair yang di tarik daripada tisu badan. Itu menyebabkan badan terhidrasi dan kerap dahaga
  • Kerap kencing – Pesakit diabetes akan kerap kencing apabila terlalu kerap minum air tetapi air tidak dapat di serap masuk dalam darah. Terpaksa di keluarkan sebagai air kencing
  • Badan lemah dan lesu – Badan menjadi lemah sebab gula tidak dapat di tukarkan kepada tenaga. Ia berkait dengan no 1
  • Masalah pada penglihatan – Kandungan gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan tisu di tarik dari badan termasuk tisu di bahagian kanta mata. Oleh itu ia mengganggu penglihatan dan membuat kan pesakit terpaksa kecilkan mata untuk fokus penglihatan
  • Gusi merah dan bengkak – Bila ada diabetes, sistem imun akan menjadi lemah. Ibu hamil dan ada diabetes sistem imun yang berkurang menyebabkan sukar untuk melawan jangkitan kuman. Paling mudah kalau ada sakit gusi atau gigi cepat la berjumpa doktor.

Tips Minum Air Gula

  • Jaga pemakanan – Sebelum berpuasa selepas pukul 10 malam tu cuba makan makanan seimbang dan mencukupi dan banyakkan minum air kosong
  • Minum dengan cepat – Elakkan minum sikit-sikit dan nak pikir-pikir. Terus teguk senafas atau dua nafas supaya kurang rasa manis
  • Kumur mulut selepas minum – Rasa manis tu kadang-kadang boleh menyebabkan rasa loya, jadi berkumur untuk elak rasa manis
  • Berehat di tempat yang selesa – Jika rasa nak pitam atau pening, cari tempat yang ada udara segar dan tidak berbau dan juga untuk elakkan rasa nak muntah
  • Fokus minda dan rasa – Elakkan fokus pada benda yang membuatkan rasa tidak selesa. Rileks kan minda dengan baca majalah ke atau berjalan-jalan sekitar klinik sambil tengok poster-poster

Pengalaman Minum Air Gula Ketika Hamil

minum-air-gula-ketika-hamil

Air gula yang di susun ready untuk minum

Saya nak cerita pengalaman saya minum air gula ketika hamil untuk check sama ada kandungan gula dalam badan normal atau tidak atau di panggil MGTT (Modified Glukose Tolerance Test). Saya sepatutnya minum pada minggu ke 11 tapi masa tu kena warded sebab kekurangan air (dehidrasi). Mujur juga la yea tak kena buat time tu, masa tu masih ada alahan muntah-muntah dan loya-loya.

Saya warded 20 hb Nov 16, saya ada monthly check up 25hb Nov 16. Masa monthly check up tu saya bagitau nurse saya tak dapat hadir buat ujian minum air gula sebab saya warded. Bila doktor check date, doktor suruh tukar date untuk 16 minggu ke atas. Fuhhh…lega bangat. Duk membayangkan takut termuntah je sebab alahan ada lagi kan. Nurse tetapkan date sebulan dari sekarang 25hb Dec 16 iaitu masa tu saya masuk 16 minggu.

Ibu hamil yang berumur 25 tahun ke atas memang wajib buat ujian ini. Saya kena buat dua kali sebab satu umur saya berumur 25 tahun ke atas. Satu lagi sebab keluarga saya ada yang sejarah diabetes. Next ujian saya ketika kandungan berumur 28 minggu. Dua kali berdebar ..huhu..Redah je la kan demi untuk ibu dan baby 🙂

Setelah tiba masa nk minum air gula berdebar bukan main sebab ramai duk cakap pening la, nak muntah la, tak sedap la dan macam-macam lagi. Dah la 4 hari sebelum tu Mr Hubby bawa balik banyak coklat dari Langkawi. Saya agak control jugak la kan, takut nak makan manis banyak-banyak. Makan sikit-sikit sekadar melepaskan keinginan. Malam sebelum buat ujian, saya perlu berpuasa sehingga esoknya selepas 2 jam minum air gula. Saya mula berpuasa pukul 10.00 malam. No makan dan no minum yea selama lebih kurang 10 jam. Sebelum tu makan dan minum siap-siap supaya tak rasa lapar. Tapi biasanya memang tak makan dah lepas pukul 10 malam.

Esoknya pagi-pagi Mr Hubby teman saya ke Klinik Kesihatan Gombak Utara. Lebih kurang pukul 7.15 kami sampai di Klinik. Procedurenya macam biasa, letak buku merah kat kaunter kemudian nurse akan panggil nama untuk ambil nombor. Saya dapat nombor yang ketiga. Biasa saya datang klinik memang datang awal sebab nak dapat nombor awal-awal. Saya memang positif dari malam tadi, minum air gula ok, tak muntah, tak ada masalah dan keputusan normal.

minum-air-gula-ketika-hamil-2

Minum sekali teguk senafas

Selepas nombor di panggil, mula-mula kena ambil darah untuk bacaan gula darah sebelum minum. Macam biasa bila nak ambil darah ni saya akan pandang tempat lain atau pejam mata…ai seram sikit..hehe..Lepas ambil darah masa untuk minum air gula. Nurse arahkan saya masuk ke bilik sebelah. Masuk je bilik nurse tu ada beberapa orang nurse yang bertugas di situ. Air gula tu dah berderet di susun. Saya ingat kan air masak sebab nampak plain je rupanya air gula tanpa warna. Saya duk bayang minum perisa oren ke grape ke rupanya plain je. Gelas pun kecil je ingat kan besar. Fuhh…selamat.. 🙂

Saya ambil air dan minum kena kat kerusi yang di sediakan. Mula baca Bismillah, Al-Fatihah dan selawat dan berdoa semoga minum dengan lancar tanpa ada masalah. Sekali teguk je Alhamdulillah setel. Fuhh..lega. Saya minum kurang dari seminit. Syukur Allah permudahkan minum air gula harini. Lepas setel terus ajak Mr Hubby balik. Mr Hubby nak pergi keje pulak, nanti kena datang lagi 2 jam. Saya kena berpuasa sehingga check darah lagi sekali selepas 2 jam untuk tengok bacaan selepas minum air gula pulak. Selepas Mr Hubby hantar saya balik ke rumah, Mr Hubby pergi kerja. Nanti saya drive sendiri untuk check darah.

Konon-konon nak tidur dan rest la. Alhamdulillah tak ada pening ke nak muntah ke. Jadi saya buat kerja-kerja mengadap PC. Kalau tertidur siapa lak nak kejut kan. Saya sorang je kat rumah..hehe..Tengah duk mengadap PC dan tiba-tiba tengok jam dah pukul 10.20. Saya kena ambil darah lagi sekali pukul 10.25. Alamak, saya dah lambat. Mujur la tudung memang tak buka pun. Terus ambil handbag dan gerak. Apalagi bawa kereta agak pecut la kan. Dah lupa dah tengah hamil..hehe..

minum-air-gula-ketika-hamil-3

Dua kali kena check darah, sebelum dan selepas

Sampai je klinik, lepas parking, ngam-ngam sampai orang nombor kedua tengah ambil darah. Fuhh sykur la ngam-ngam. Baru duduk seminit, nombor saya dah sampai. Kalau lambat sure nurse bising nanti tak pun kena repeat balik. Oh tidakkk…Lepas ambil darah nurse cakap boleh balik. Eh, ingatkan dapat result terus rupanya lepas seminggu baru dapat result. Maklum la first time, memang tak tahu. Adoii, berdebar lagi seminggu. Nurse cakap, kalau klinik tak ada call selepas seminggu maksudnya result normal. Sehingga hari ni dan dah lepas seminggu nurse tak ada call maksudnya normal la. Syukur Alhamdulillah. Thank you Allah.

Cara Untuk Merawat/Mengawal Diabetes Semasa Hamil

Sebenarnya untuk merawat diabetes tidak mudah. Anda perlu mengawal diet pemakanan yang agak ketat atau doktor akan nasihatkan untuk mengambil insulan jika perlu. Apa yang boleh cuba di lakukan ialah dengan mengawal agar bacaan tidak terlalu tinggi.

Boleh tengok info di bawah untuk bantu anda mengawal diabetes.

Saya doakan semoga ibu hamil dan bayi dalam dalam kandungan sihat sepanjang hamil sehingga bersalin dan bersalin dengan selamat kedua-duanya serta melalui proses berpantang dengan mudah dan tiada masalah. Aamiin

Kita hanya berusaha, ikhtiar, berdoa dan akhirnya bertawaakkal. Semuanya di atas izin Allah s.w.t.

Jika berminat boleh hubungi dan consult dengan saya Nadia 0192222642

 

mm
Bekas pelajar UIA dan Masih berkerja sepenuh masa sebagai accountant.

Part Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).

4785 Jumlah Pelawat 12 Pelawat Hari Ini
Posted in: Info Hamil, Shaklee

1 Comment on "Minum Air Gula Dan Ujian Darah MGTT Serta Cara Mengatasi Kencing Manis Ketika Hamil"

Trackback | Comments RSS Feed