By January 5, 2018 Read More →

Perkembangan Anak Lahir Dari Mommy PCOS Dari Satu Bulan ke Enam Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ni nadia nak share pulak perkembangan mommy dan bapak chenta Umar Danial @ Abam Kpop hati dari umur 1 bulan ke 6 month. Sebelum ni nadia ada share photo dari hari pertama ke hari ke 66.

Boleh tengok link ni untuk tengok photo Umar dari hari pertama ke hari ke 66.

Mommy PCOS Lahirkan Umar Danial @ Abam Kpop

SELEPAS LAHIR

Berat                 : 2.1 kg

Panjang            : 45 cm

BMI                   : 10.8

Lilitan Kepala : 34 cm

Fresh from oven

BULAN PERTAMA

Bulan pertama Umar sangat behave. Alhamdulillah Umar sihat, cuma masa kat HPJ sebelum mommy keluar dari wad Umar ada mild jaundices (kuning). Tapi tak sampai masuk ke wad cuma kena letak bawah lampu kat sebelah katil mommy. Mommy jaga sendiri. Lahirnya Umar, Umar memang kerap menyusu badan dan membuang.

Nurse cakap bagus la banyak menyusu dan membuang, cepat jaundices Umar hilang. Nurse cakap, bila baby yang ada kuning kerap menyusu badan maka dia akan kerap membuang. Bila kerap membuang, jaundices akan keluar melalui najis. Jadi baby tu InshaAllah akan cepat sembuh.

Lepas dah balik rumah, Nurse dari Klinik Kesihatan akan datang check ke rumah kecuali masa umur 1 bulan, nadia dan Umar akan ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan tempat kita berpantang. Setiap kali nurse datang check, Alhamdulillah Umar semua ok. Berat badan pun naik. Masa Umar lahir berat Umar hanya 2.1 kg. Masa umur 1 bulan berat Umar dah naik ke 2.6 kg. Walaupun belum ke berat normal tapi Alhamdulillah meningkat.

Berat                 : 2.6 kg

Panjang            : 49 cm

BMI                   : 10.8

Lilitan Kepala : 34.5 cm

Amu Zul amik gambar yang comel ni

Tengok sape la tu..hehe

BULAN KEDUA

Di awal Umar 2 bulan, tiba-tiba ‘telur’ Umar membengkak, orang kampung panggil angin pasang atau bahasa scientific nya hernia. Nadia agak panik. tapi ma (mak nadia) cakap boleh berubat kampung dengan mengurut. Ma tahu sebab adik-adik nadia yang lelaki semua kena angin pasang. Ma dapat contact tukang urut yang adik nadia dulu. Nasib baik tempat kat Gombak aje. Jadi kami senang nak cari.

Lepas urut tu Alhamdulillah menunjukkan perubahan. Masa check up dan cucuk 2 bulan, nadia ada bagitau doktor jugak, doctor cakap normal untuk baby pra matang untuk kena. Kita tunggu sehingga baby umur 6 bulan, kalau tak surut jugak baru boleh buat sesuatu.

Berat Umar naik lagi. Naik dari 2.6 kg ke 3.75 kg. Alhamdulillah dah hampir ke berat normal. Syukur sangat susu nadia mencukupi untuk Umar. Umar dapat menyusu dengan gembira..hehe..Mommy kan makan set menyusu Shaklee, susu jadi sedap dan pekat.

Berat                 : 3.75 kg

Panjang            : 55 cm

BMI                   : 13

Lilitan Kepala : 36 cm

Nyenyaknya tidur

Dah pandai tengok

BULAN KETIGA

Masuk 3 bulan dah seronok untuk buat main dan agah-agak. Umar dah boleh tengok dengan jelas. Umar seorang baby yang aktif, jadi nadia takde la risau sangat kan. Umar dah pandai ketawa bila orang bercakap dengan dia. Umar tidur sangat berjadual. Sejak umur 2 bulan, Umar tidur sepanjang malam. Umar hanya akan bangun menyusu dan tidur balik. Mommy dan bapak pun boleh tidur macam sebelum ada Umar…hehe

Berat Umar naik ke 4.5 kg. Lega sangat berat Umar naik banyak. Dah sangat hampir ke normal berat Umar masa check up dan cucuk umur 3 bulan.

Berat                 : 4.5 kg

Panjang            : 59 cm

BMI                   : 13

Lilitan Kepala : 39 cm

Macam nak bergusti pulak

Gambar tidur lagi..hehe

BULAN KEEMPAT

Bulan keempat Umar semakin aktif. Dah cuba-cuba untuk meniarap tapi belum boleh lagi. Nampak la usaha dia untuk memusingkan badan. Bulan ke empat ni dah banyak senyum dan kurang tidur dari bulan ketiga. Mommy belum main kejar-kejar lagi masa ni. Makin seronok main dengan Umar sebab dia dah suka feedback.

Yeayyy..Alhamdulillah, akhirnya Umar mencapai berat normal. Berat Umar naik dari 4.5 kg ke 6 kg masa check up 4 bulan. Bila makin boolat makin geram..hehe..

Berat                 : 6 kg

Panjang            : 60 cm

BMI                   : 16

Lilitan Kepala : 40 cm

Alahai mommy memang cair bila senyum sweet-sweet gini

Pipi rasa nak geget..haha

BULAN KELIMA

Alhamdulillah bulan kelima Umar dah boleh meniarap. Mommy dan bapak sentiasa memberi support masa Umar mencuba untuk meniarap. Seronok dia dapat meniarap.

Umar semakin aktif dan lasak. Dah tak boleh biar duduk atas katil sorang-sorang. Sat lagi dia pusing-pusing kang jatuh katil pulak.

Berat                 : 6.7 kg

Panjang            : 63 cm

BMI                   : 17

Lilitan Kepala : 41 cm

Kaki makin berketul macam tayar

Berkerut fikir apa tu Umar

Gambar hari pertama meniarap

BULAN KEENAM

Masuk 6 bulan saat yang mommy nanti-nanti kan sebab dah boleh bagi Umar makan bubur nasi. Sebelum ni kalau tengok orang makan mulut Umar sampai keluar air liur. Kesian tengok tapi nadia kena ikut arahan doktor. Jangan bagi baby bawah 6 bulan makan sebab usus baby masih belum kuat. Susu ibu tu sangat bagus dah. Zat dan khasiat baby dapat dari susu ibu dah buat Umar kenyang dan membesar dengan sihat.

Berat                 : 4.5 kg

Panjang            : 59 cm

BMI                   : 13

Lilitan Kepala : 39 cm

Tak sabar la tu nak makan sampai gigit pinggan

Photoshoot sendiri Umar dan vivix

Alhamdulillah, Umar sihat sepanjang 6 bulan selepas di lahirkan. Membesar dengan sihat dan mengikut perkembangan umurnya. Semoga Umar sentiasa sihat dan di rahmati Allah. Nanti InshaAllah, nadia akan update perkembangan Umar seterusnya.

mm

Bekas pelajar UIA dan Masih berkerja sepenuh masa sebagai accountant.

Part Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).

Posted in: Kehidupan NadiaMusa

Comments are closed.