By November 11, 2014 0 Comments Read More →

Apa Hukum Jual Barang Tiruan?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Syukur alhamdulillah kerana masih berkesempatan untuk berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat. Hari ini saya nak berkongsi mengenai HUKUM JUAL BARANG TIRUAN.

Sebenarnya sejak beberapa minggu ni saya tercari-cari apa HUKUM JUAL BARANG TIRUAN ni. Saya siap PM(private message) Ustaz DR Zaharuddin untuk mintak pencerahan. Siap request suruh dia buat video pulak tu. hehehe..

Tapi dia senyap je.. Tak balas pun.. Sebab soalan saya tu soalan kurang cerdik kot. hehe..

Tapi beberapa hari lepas saya jumpa satu video kat youtube. Video yang memang kena dengan persoalan yang saya cari selama beberapa minggu..

Nah!!! Ambik.. Ustaz Zaharuddin punya video.. Rupanya soalan yang saya tanya masa saya PM Ustaz Zaharuddin dah di jawab sebelum saya tanya. Patut la dia tak jawab soalan.. hehe..

Sorry la Ustaz, sebelum ni try cari info ni tak jumpa.. 🙂

Jom Kita layan jap apa yang Ustaz Zaharuddin sampaikan..

Sebenarnya ada cerita kenapa saya cari dan nak tahu maklumat ni..

Benda ni bermula Beberapa bulan lepas apabila saya explore cara guna Pemasaran Facebook. Bila dah ada sedikit ilmu tu mula la terasa nak godek lebih lagi kan.. Maklum la “Darah” & “Jiwa” IT la katakan… Tak puas hati kalau tak dapat buat 🙂

So, Bulan lepas saya start join seminar/kelas untuk tambah ilmu Pemasaran Facebook dan yang terbaru sekali adalah pada hari sabtu baru ni.

Bila dah belajar dan ilmu pun dah semakin bertambah. Mula la rasa nak cuba buat apa yang saya dah belajar tu. Tapi masalahnya bahan untuk di jadikan tikus putih takde. So mula la mencari apa yang nak di buat..

Sampai 1 hari terjumpa satu lubang baik punye.. Lubang Bisnes ambik barang dari china tanpa pergi ke sana. Margin untung memang banyak. Kalau saya applikasikan apa yang saya belajar insyaAllah Meletop. Tapi.. Bila di siasat lebih lanjut rupanya barang-barang tu adalah bukan yang asli.

Bila dapat tahu mula rasa ragu-ragu.. Halal ke bende ni ek? Apa HUKUM JUAL BARANG TIRUAN ek?

Akhirnya saya terjumpa video ni tanpa di sengajakan. Alhamdulillah.. Allah beri petunjuk..

Kepada kawan-kawan yang berniaga barang tiruan.. Mungkin anda tak tahu atau tak perasan tentang perkara ini. Saya harap dengan pencerahan dari video Ustaz Zaharuddin ni dapat memberi sedikit panduan untuk anda.

Kepada yang ada kawan-kawan yang berniaga barang tiruan sila sampaikan perkara ini kepada mereka. Atau lebih mudah sharekan je entri ini. Senang je… Klik je butang share kat bawah ni. 🙂

Ok.. Semoga bermanfaat.. Jumpa lagi di entri seterusnya.. 🙂

mm
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.

Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.

Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.

Artikel Best

3 Formula Kekal SIHAT dan CERGAS Di Bulan Ramadhan Salam Ramadhan Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Syukur Alhamdulillah hari ni hari pertama masuk bulan Ramadhan. Bersempena dengan bulan Ramadh...
7 Kebaikan Brokoli Untuk Kesihatan Kita Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah.. saya masih lagi diberikan kesempatan untuk berkongsi dengan anda sedikit informasi. ...
Turunkan Kolesterol Anda Dengan Berkesan Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Entri kali ini saya nak berkongsi dengan anda berkenaan tentang KOLESTEROL. Mengikut statistik, lebih 6 Juta ra...
Gagal Mencapai Impian? Jom Cari Puncanya… Assalamualaikum Salam Sejahtera.. Entri kali ini saya nak berkongsi kepada anda PUNCA Kita Tak Dapat Apa Yang Kita Impikan!!! Okay.. Ceritanya macam...
4 Tip Mudah Minum 2 Leter Air Sehari Di Bulan Rama... Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Beberapa hari lepas, ada sedikit perbualan dengan member-member office. Kira sembang-sembang kosong je la. ...
8 Kelebihan Memiliki BLOG? Assalamualaikum... Hari ini saya nak kongsikan sedikit dengan anda mengenai kelebihan memiliki Blog. Saya yakin ramai yang dah tahu dan saya juga y...
Koleksi Kertas Soalan Percubaan UPSR 2014 Seluruh ... Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Diharapkan semua pembaca blog nadiamusa.net ini sentiasa berada di dalam keadaan sihat sentiasa. Sepertimana t...
Posted in: Umum & Pelbagai

Post a Comment