Now Everyone Can Kurus: Saya Sahut Cabaran Push-Up
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Hari ni saya akan berkongsi dengan anda macam mana saya sahut cabaran Now Everyone Can Kurus (NECK) minggu lepas.
Cabarannya adalah berkenaan dengan Push-Up. Nak tahu macam mana cabaran ini kan? 🙂
Okay.. sebenarnya peserta NECK di cabar untuk post 1 gambar yang di berikan oleh Coach untuk di upload ke Facebook masing-masing.
Gambar itu adalah untuk mendapatkan Like. So bilangan push up akan bergantung kepada bilangan Like yang kita dapat. Maksudnya kalau dapat 20 Like maka 20 Push-Up la kita kena buat. hehehe..
Ini gambar yang saya pos kat Facebook.
Saya pos status tu kat Facebook hari Jumaat malam (6 Mac 2015) dan saya beri masa kepada rakan-rakan Facebook sehingga 12:00 tengah hari 7 Mac 2015. Tepat pukul 12:00 saya dapat 95 orang Like kat status saya tu. Hehehe
Di sebabkan saya ada beberapa majlis hari sabtu tu, ia membuatkan saya tak sempat nak melangsaikan hutang Push-Up saya. 🙂
Hutang Push-Up Di Bayar Push-Up
So, saya pun plan la untuk ke Taman Tasik Titiwangsa (TTT) pada pagi esoknya bersama nadia, eddi & kak sha. Sampai je TTT kami pusing dulu 1 pusingan tasik.
Lepas pusing satu pusingan, kami cari tempat yang sesuai untuk kami buat circuit training. Then lepas circuit training tu lah saya rehat & start buat Push-Up.
Fuhh!!… Agak Mencabar.. 🙂 Tapi Alhamdulillah.. Saya berjaya buat 100 Push-Up jugak akhirnya.
Walaupun ada yang tegur bagitahu yang cara saya buat tu tak betul. Tapi saya tak kisah.. hehe.. Yang penting bagi saya, saya dah berusaha.
Dan syukur alhamdulillah.. saya dapat buat sampai 100 walaupun sebelum ni dapat buat max cuma 10-15 kali je.. 🙂
Lepas saya buat cabaran ni, saya terus teruja, rasa macam nak buat cabaran lain pulak lain kali.. 🙂 Maybe akan datang nak buat cabaran Burpees, Climbers dan macam-macam lagi. 🙂 Amacam ok tak???
Kalau yang belum jadi friend saya kat Facebook cepat add saya. So nanti bila saya buat cabaran ni anda boleh tolong tekan Like untuk mencabar saya. 🙂
Okay Lah.. Tu je setakat ni… Jumpa di lain entri.. 🙂
[wpsr_facebook]
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.