5 Tips Berniaga Dari Jutawan Emas Mohd Zulkifli
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, kerana masih lagi di berikan kesempatan untuk berkongsi di blog www.nadiamusa.net ini. Anda yang sedang membaca entri ini saya doakan Semoga anda sihat sejahtera hendaknya…
Okay, hari ni saya nak cerita kisah saya berkunjung kerumah kenalan saya Mohd Zulkifli. Mungkin ada yang kenal beliau & mungkin ada juga yang belum kenal.
Mungkin ada yang tanya sapa zul ni? Okay, macam yang tertulis di bahagian tajuk. Zul ni adalah seorang pelabur emas yang berjaya. Dia dah lama menjadi pelabur emas dan telah mendapat banyak pencapaian dalam pelaburan emas nya.
Mungkin anda tak kenal dia sebelum ini. Tapi saya yakin, beliau pasti di kenali di kalangan pelabur- pelabur emas di malaysia kerana beliau sangat aktif memberikan Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas di dalam blog & facebooknya.
Untuk mengenali beliau lebih lanjut klik link berikut http://www.mohdzulkifli.com/tentang-saya
Berkunjung Ke Rumah
Alhamdulillah, semalam saya dan nadia berkesempatan berkunjung ke rumah Zul sempena hari raya walaupun syawal baru je habis 2 hari lepas. 🙂
Okay, mungkin ada yang tanya. Apa hubungan kami dengan Zul? Sebenarnya kami bertiga (Saya, Nadia & Zul) sebelum ini bekerja di tempat yang sama. Zul telah meninggalkan kerja makan gaji lebih kurang 2 tahun lepas dan saya pula mengikut jejah langkahnya hampir setahun lepas. Tinggal Nadia je yang masih bekerja makan gaji. 🙂
Dari situlah perkenalan kami. Walaupun kami tidak lagi bekerja di satu bumbung kadang-kadang kami masih berkomunikasi. Biasanya kami yang banyak minta pendapat dari Zul berkenaan isu-isu pengurusan kewangan. 🙂
Dan sempena syawal ni, kami pun ambil peluang untuk berkunjung ke rumah beliau. 🙂
Tips Berniaga Yang Di Kongsi Oleh Zul
Sepanjang lebih kurang 2 jam lebih bersembang dengan zul. Ada sangat banyak ilmu yang saya dapat. Zul banyak berkongsi pengalamannya dalam berniaga.
Ini adalah antara pesanan/tips yang di kongsikan oleh Zul
1. Blogging: Cara Membuat Blog Di Ranking Teratas
Ada beberapa Teknik ber BLOGGING yang di kongsikan seperti cara menulis tajuk, permalink dan sebagainya. Tapi point yang paling menusuk kalbu saya adalah blog “Content”. Katanya Content adalah paling penting dalam menulis blog.
Kita perlu pastikan yang artikel kita tulis adala jenis artikel yang orang nak baca dan dapat memberi manfaat kepada mereka. (bukan sampah)
2. Jujur: Kita perlu jujur dalam berniaga. (elakkan menipu)
Dalam berniaga kejujuran adalah sangat penting. Bila kita jujur orang akan percayakan kita dan membeli dari kita.
Menipu tu kan dosa.. 🙂
3. Jangan Sailang Menyailang
Apa maksud sailang? Mesti anda tertanya kan? Saya pun tanya gak apa masksud sailang tu kat Zul. 🙂
Katanya, dalam bisnes ramai orang suka sailang bisnes orang.
Sebagai contoh, dalam bisnes networking kebiasaannya ramai yang cuba ajak ahli group lain masuk di bawah group dia.
Atau saya bagi contoh lain kita ambik customer orang lain dengan cara pujuk/paksa. Yang ni saya pernah berpengalaman masa saya shopping kat satu tempat ni. Penjual tu cakap kat saya “Tak payah la beli kat kedai XYZ tu, Beli dengan saya je, nanti saya bagi diskaun”
Ha… lebih kurang macam tu la.. harap korang paham. 🙂
Ingat “What you give, You get back” (pikir apa perasaan kita bila kita di sailang orang)
Mungkin juga sailang ni saya boleh kaitkan dengan menjual barang tiruan (clone). Boleh baca lebih detail di link ini –> Jual Barang Tiruan (clone)
4. Jadilah Leader & Bermentaliti Seorang Leader
Katanya bisnes akan mudah grow kalau kita bertindak sebagai Leader dan bermentaliti sebagai seorang Leader.
Contohnya, ramai orang yang berniaga masih mengharapkan orang lain untuk sesetengah perkara (remeh) yang mana sepatutnya mereka boleh lakukannya sendiri.
Seorang Leader sepatutnya pandai berdikari.
Dan… Untuk menjadi usahawan yang Luar Biasa, Kita perlu melahirkan ramai Leader di dalam perniagaan kita.
5. Ikut Mentor Rapat-Rapat
Dalam bisnes, mentor sangat penting. Ikutlah mentor rapat-rapat dan manfaatkan mentor kita. 🙂 Ini pesan Zul.
Biasanya Mentor akan banyak membantu untuk mempercepatkan perjalanan kita untuk sampai ke puncak kejayaan.
Jangan cuba-cuba nak memburukkan mentor atau merendahkan mentor kita. Ingat, “what you give, you get back”
Tips bonus…
Zul berpesan, Banyakkan membaca.. 🙂
Semoga Bermanfaat
Okay lah.. Itu sahaja tips ringkas untuk kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada anda. Klik share
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.