By October 20, 2016 Read More →

Warded di Columbia Asia Hospital Ketika Hamil Akibat Kekurangan Air (Dehydrated)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Harini saya di warded di Columbia Asia Hospital di cawangan Setapak. Sehari sebelum tu saya dah pergi klinik sebab dah rasa tak larat sangat. Makan minum muntah sampai rasa lemah. Bila check kt klinik rupanya dah kekurangan air atau dehidrasi. dehidrasi tu yang membuatkan badan saya lemah. Saya memang tak boleh minum walaupun air kosong. Masa tu saya cuma boleh bangun untuk solat je. Lepas tu saya baring je. Doktor dari klinik bagi surat untuk refer ke Columbia Asia Hospital.

depan-columbia-asia-hospitalRegister

Pada harini kandungan saya berusia 11 minggu, masih dalam Triminister Pertama. Mula-mula saya bawa surat refer yang doktor klinik bagi ke kaunter reception. Harini doktor perempuan tiada yang bertugas jadi saya terpaksa jumpa doktor lelaki.

reception-columbia-asia-hospital

Pakar Sakit Puan

 columbia-asia-hospital02

Kaunter bahagian Pakar Sakit Puan

Saya di arahkan untuk berjumpa dengan Dr Mohd Suhaimi Hassan, pakar sakit puan. Semasa menunggu tu saya rasa nak baring je. Tapi Alhamdulillah tak la lama sangat menunggu. Mr Hubby pergi belikan air sirap ais. Masa ni saya cuma lalu minum air manis berais. Rasa boleh la telan.

columbia-asia-hospital05

Pintu yang hujung tu bilik Dr Suhaimi

columbia-asia-hospital08

Tengah berdiscuss dengan masalah saya

columbia-asia-hospital10

Gambar Scan Baby. Saya akan share video

columbia-asia-hospital11

Kena drip juga. Doktor kata 4 botol kena drip selepas check urin. Satu malam kena bermalam di sini jika result selepas drip ok

Video Baby Semasa Berumur 11 Weeks
Video Baby Semasa Berumur 12 Weeks 3 Days

Menurut Dr Suhaimi, kebiasaannya kalau ada alahan teruk kita tak perlu risau dengan keadaan bayi dalam kandungan sebab ibu hamil yang ada alahan yang teruk mengandungi hormon hamil iaitu HCG yang tinggi yang membantu melindungi dan menguatkan bayi. InshaAllah bayi dalam kandungan sihat, kuat dan membesar ikut perkembangan yang sepatutnya. Kemungkinan kuguguran sangat rendah.

Hormon HCG sangat tinggi dari awal kehamilan dalam 6 minggu hingga ke 16 minggu. Hormon akan menurun sedikit demi sedikit. Lepas 16 minggu InshaAllah rasa loya dan muntah-muntah dah tak ada kecuali ibu hamil ada gastric dan tidak menjaga pemakanan. Pemakanan yang di sarankan oleh Dr Suhaimi, makan makanan yang seimbang dengan kuantiti yang sedikit tapi kerap untuk mengelakkan gastric. Saya duk kira, sekarang 11 minggu, ada lagi 5 minggu nak sampai 16 minggu…huhu

Walau bagaimana pun tak bererti kalau ibu hamil tiada alahan, bayi dalam kandungan itu tidak sihat tapi menurut doktor kalau ibu hamil tiada alahan perlu scan baru tahu keadaan baby macam mana. Ibu hamil yang ada alahan tak perlu scan pun boleh tahu baby tu tak ada masalah, sihat dan kuat. Apa pun semua ketentuan Allah. Itu cuma doktor yang cakap. Kesimpulan yang saya nak buat, jika ibu hamil ada alahan elakkan merungut atau mengeluh. Hikmah dari alahan tu besar iaitu bayi dalam kandungan itu sihat, tiada masalah dan kuat, InshaAllah. Kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Menurut Dr Suhaimi juga, ketika saya kurang berselera makan sekaranag ni tenaga saya untuk bergerak dan buat apa-apa aktiviti ambil daripada lemak sebab makanan tak masuk jadi tiada glukose dalam badan menyebabkan tenaga yang di gunakan menggunakan lemak yang ada dalam badan. Jadi, elakkan terlalu obses nak kurus sehingga tiada lemak dalam badan. Masa-masa emergency ni la lemak sangat berguna. Syukur la saya ni tak la sekeping sangat, jadi ada la lemak membantu kan. 🙂

Keadaan saya sekarang adalah dehidrasi dengan bacaan ketone +1 (bahasa medic bermaksud bacaan air dalam badan). Sepatutnya bacaan ketone perlu negative baru air mencukupi dalam badan. Jadi, saya di warded sehingga bacaan ketone saya negative. Dr Suhaimi estimate saya perlu di drip sebanyak 4 botol air. Jika masih belum negatif baru tambah lagi air. Selain itu saya juga kena ambil ubat antibiotik sebab ada bakteria dalam urin.

Masuk Wad

columbia-asia-hospital15

Register untuk masuk wad

columbia-asia-hospital17

columbia-asia-hospital18

Bilik wad saya. Saya request single room tapi penuh. Terpaksa la duduk wad 4 orang. Kalau single room boleh la Mr Hubby teman kan. Saya ni agak penakut :-). Kebetulan malam tu bilik saya semua discharge…huhu..Mula la fikir macam-macam kan. Syukur dalam pukul 10 malam macam tu ada orang admit sebelah katil saya. Alhamdulillah lega yang amat :-). Tadi saya dinner Nasi dengan sayur dan lauk kari ikan. (Gambar lupa nak ambil). Saya pelik gak, saya lalu makan tanpa muntah. Bila datang Dr Suhaimi datang melawat saya cerita dan Dr Suhaimi cakap sebab dia dah masukkan ubat tahan muntah dalam air drip. Baru dapat rasa nikmat makan Allah bagi selepas beberapa minggu tak ada selera nak makan.

columbia-asia-hospital21

Saya di beri menu untuk pilih tapi saya pilih yang paling simple sebab takut tak lalu makan. Roti saya boleh makan

columbia-asia-hospital24

Lunch menu saya pulak, nasi putih, sayur, sup kosong, tembikai dan ikan sweet and sour

columbia-asia-hospital31

Minum petang dengan sandwich telur. Tapi saya tak berani nak makan telur takut mual. Mr Hubby punya rezki la 🙂

Discharge

Berdabar juga tunggu result. Kalau boleh tak nak bermalam kat sini lagi. Selepas dapat result, Syukur Alhamdulillah result semuanya ok. Bacan ketone pun dah negative. Fuhh lega sangat. Badan saya pun rasa semakin bertenaga. Dr Suhaimi pesan kalau jadi lagi macam ni  cepat-cepat datang ke hospital untuk drip air lagi. Selepas selesai dengan urusan dis charge, saya balik lepas magrib. Sebelum balik tu muntah juga seround. Ubat tahan muntah dah habis kot.

Pengajaran yang boleh saya katakan, seeloknya ibu hamil cepat jumpa doktor jika rasa sangat lemah sebab takut banyak kekurangan air yang membahayakan ibu dan anak. Elakkan biar kan macam tu je. Apa yang terjadi kat badan kita, kita tak tahu kan kalau tak check.

Saya doakan ibu-ibu hamil yang membaca kisah saya ni sihat ibu dan baby hendaknya. Aaamin.

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: Info Hamil, Shaklee
2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Warded di Columbia Asia Hospital Ketika Hamil Akibat Kekurangan Air (Dehydrated) […]

trackback

[…] Warded di Columbia Asia Hospital Ketika Hamil Akibat Kekurangan Air (Dehydrated) […]