Urut Traditional Angin Pasang Baby di Batu 6 1/4 Gombak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Nadia nak share pengalaman Umar kena angin pasang semasa umur 33 hari. Risau yang amat. Telur Umar bengkak dan dia menangis semahu-mahunya. Nadia yang first time ada baby ni memang panic la. Ma dan abah baca-baca pun tak nak diam. Tapi akhirnya Umar diam juga.
Ma cakap benda ni terjadi macam adik-adik laki nadia. Ma cuba cari contact yang Zufar berubat dulu. Tempatnya kat Gombak je, bukan jauh sangat pun. Dekat dengan Sekolah Menengah Integrasi Gombak dan juga UIA. Alhamdulillah, Ma jumpa contact number dan bertanya anak kepada kawan abah. Alhamdulillah dapat nombor telefon pakar tukang urut traditional angin pasang baby.
Esoknya nadia terus call dan buat appointment. Alhamdulillah syukur sangat dapat buat appoinment. Kalau lambat sikit memang kena tunggu lepas raya sebab dia perlu urut 3 hari berturut-turut. Kebetulan nak masuk bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan dia tak urut. Ngam-ngam 3 hari, lepas tu dah masuk Ramadhan.
Alhamdulillah Umar diam je masa urut
Alhamdulillah, dah selesai urut
Urut Traditional angin pasang baby ni susah nak cari yang pakar. Elakkan pergi sebarang tukang urut yea. Pastikan yang urut tu betul-betul pakar dalam bidang ni.
Kalau urut dengan En Zainal ni, memang kena datang 3 hari berturut-turut. Setiap kali datang hanya ambil masa 5-10 minit sahaja. Sebelum datang call dulu dan buat appointment. Waktu dia cuma 4.00 hingga 5.30 petang. Jangan datang waktu lain, dia tak terima sebab ada urusan lain di waktu lain.
Selepas urut kadang-kadang telur Umar masih ada bengkak kalau nangis kuat. Alhamdulillah selepas beberapa bulan Umar tidak lagi di serang angin pasang. Selain angin pasang, nama scientific adalah Henna. Nadia juga ada buat check up dengan PAED Hospital Putrajaya, Alhamdulillah semuanya ok dan tak ada masalah. Lega sangat hati mommy.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, Umar pulih sepenuhnya. Syukur syukur syukur. Thank you Allah. 🙂
Mommies yang baby ada masalah macam Umar, jangan bertangguh yea. Cepat berubat sebelum keadaan lebih teruk. En Zainal ni ada urut baby semuda seminggu lepas lahir. InsyaAllah sembuh.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).