Tips Customer Cari Kita
Assalamualaikum w.b.t.,
Hai semua pembaca blog Nadia Musa. Saya doakan anda semua sihat. Saya doakan semoga anda semua di masukkan ke dalam syurga tana di hisab.
Syukur alhamdulillah, saya dapat menghadiri program yang banyak memberi benefit dalam kehidupan kita.
Seminar yang saya maksudkan adalah Seminar Law of Universal Attraction (LUA) & Neuro-Linguistic Programming (NLP) anjuran mentor saya , Master Maria Firdaus telah diadakan 19-20 April 2014 yang lalu. Speaker jemputan adalah pakar dalam bidang ini. Saudara Zuhairi Nopiah atau lebih di kenali sebagai Ateh. Sebelum ni saya belajar dengan Ateh pada bulan lepas semasa Family Day Legasi Anugerah Terindah di Port Dickson. Saya ada share dalam entry ini.
Program ni menelan belanja lebih dari RM 10,000 . Tapi peserta yang hadir cuma membayar RM80 seorang termasuk makan tengah hari. Jadi jumlah yang di kumpul cuma RM5600, selebihnya di sponsor oleh mentor saya. Wahh…baik sungguh hati mentor-mentor saya.
Saya sangat kagum dengan mereka. Mereka sungguh-sungguh nak bantu kami anak-anak buah. Dia bagi ilmu, korban masa, tenaga dan juga wang ringgit. Saya rasa sangat bersyukur mempuyai mentor yang baik hati.
Law of Universal Attraction (LUA)
Pada hari pertama kami belajar tentang LUA. Kami di ingatkan kebergantungan secara total kepada Allah s.w.t. Rezki yang kita dapat adalah dari Allah s.w.t. Allah lah pemberi rezeki seluruh alam ini. Jadi, kita perlu meminta kepadaNya bukan daipada manusia.
Fitrah perkara yang kita kejar selalunya lari, tapi perkara yang dijemput, akan datang kepada kita dengan izin Allah.
Kami di ajar cara bagaimana untuk menjemput rezeki, bukan kita mengejar rezeki, kata Ateh.
” Kejayaan lebih mudah di tari daripada di kejar. Kejayaan akan lebih mudah di jemput / di tarik .”
Apa beza antara orang yang berjaya dan orang yang bahagia?
Orang yang berjaya dapat apa yang di inginkan tapi belum tentu dia bahagia dan cukup kasih sayang serta ketenangan.
Orang yang bahagia cukup kasih sayang dan berada dalam ketenangan , InshaAllah kejayaan akan muncul. Jadi, kebahagiaan adalah keutamaan.
Allah sentiasa uji kita dalam perjalanan kita meuju ke arah kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan . Sama ada kita kaya atau miskin. Sentiasalah berada di jalan Allah, InshaAllah kita selamat.
Neuro-Linguistic Programming (NLP)
Hari kedua pula di ajar bagaimana nak kenal prospek, dan macam mana nak naik peratusan untuk close deal. Ilmu ni kena praktise banyak kali baru boleh nampak hasilnya.
Setiap individu adalah unik. Dengan ilmu NLP ni kita boleh kenal kategori manakah prospek yang kita jumpa. Terbahagi kepada beberapa katogari :
1. Visual
2. Auditory
3. Kinestetik
4. Internal Dialog
Kami juga di ajar boleh tahu sama ada orang itu berbohong !
Kita boleh guna kan ilmu ni dalam pelbagai perkara. Nak beli barang-barang mahal, daripada tidak ada diskaun jadi dapat diskaun. Best ke Best !
Kami juga di tekankan betapa pentingnya kasih sayang dalam mengejar kejayaan. Kejayaan akan lebih bermakna dengan adanya kebahagiaan. Kami di minta nyanyi lagu ‘Baik-Baik Sayang’ bersama-sama. Kami di minta salam, peluk dan memohon maaf kepada semua orang. Minta orang itu doakan kejayaan kita.
Jom Tengok gambar-gambar semasa program.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).