Tiga Vitamin Penawar Demam
Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sejak hari hari ahad saya dalam proses pemulihan. Demam, batuk dan selsema melanda daku..Petang tu konon-konon nak pergi jalan-jalan dan shopping dengan hubby. Tapi rasa macam kesihatan tak mengizinkan, dari nak pergi jalan-jalan terus pergi klinik.
Doktor bagi beberapa jenis ubat, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan ubat antibiotik. Malamnya lepas makan sekeping roti sebagai alas perut, terus telan ubat-ubatan tu.
Esoknya saya terpaksa ambik MC sebab memang tak larat ak pergi kerja. Hubby teman saya ke klinik lagi sekali sebelum dia pergi kerja. Kepala pening, batuk, badan panas. Doktor check darah untuk pastikan saya bukan demam yang membahayakan.
Klinik Seri Indah, Taman Samudera ni memag bagus, check darah hanya ambil masa 15 minit untuk dapat keputusannya. Alhamdulillah, keputusan negative kepada demam yang merbahaya.
Hubby hantar saya balik, sediakan makanan dan pastikan saya makan ubat-ubatan dan tidur untuk dapat secukup rehat. Saya terdengar azan zohor baru bangun untuk menunaikan solat. Alhamdulillah, badan terasa sedikit sihat.
Saya makan bubur ayam sekadar untuk alas perut sebab tekak masih tak selera untuk makan. Petangnya saya berehat lagi sehingga malam. Rasa tak sedap badan balik.
Saya rasa nak makan makanan yang masam-masam je, baru selera sikit tekak. Lepas makan nasi putih bersama sup tom yam dan kemudian makan ubat dan terus.
Esoknya badan kembali segar dan boleh buat kerja rumah yang terbengkalai. Nasib baik hari ni hari cuti umum, boleh la berehat lagi. Petangnya siap boleh pergi shopping dengan hubby. Masa shopping tu terliur tengok orang makan KFC, hubby belikan KFC bungkus sebab dia on diet, tak makan makanan berminyak.
Tapi, bila balik rumah badan terasa panas balik, nampaknya demamku kembalHari ni kena kuat kan semangat untuk pergi kerja. Saya tak nak MC lagi, banyak lagi kerja-kerja kat ofis yang perlu disiapkan. Ku gagah kan jua untuk pergi ke ofis. Perut berkeroncong tapi tekak pahit untuk telan makanan.
Saya makan satu bun roti dan segelas hot chocolate untuk alas perut dan makan ubat. Lepas setel semua, saya mulakan tugas dalam keadaan yang kurang bertenaga. Tiba-tiba tengah hari tu badan rasa sejuk balik, saya terus ke klinik untuk jumpa doctor lagi.i melanda.
KFC petang tadi simpan dalam peti ais sebab tak lalu nak makan. Lepas makan sekeping roti dan makan ubat saya terus tidur.
Doktor cakap saya tak cukup makan dan tak cukup vitamin. Doctor nasihatkan supaya makan multivitamin, B complex dan Vitamic C untuk beri tenaga dan mineral yang cukup dalam badan. Dan tidak lupa juga perlu minum air banyak supaya badan tidak kekurangan air.
Lepas jumpa doctor, saya terus makan vitamin-vitamin yang dinyatakan oleh doctor tadi. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya kembali sihat seperti biasa.
Saya bersyukur di temukan dengan Shaklee yang membuatkan badan kita semakin sihat dan cergas, dengan izin Allah.
[spider_facebook id=”3″]
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).