Success Story: Berjaya Jadi Senior Supervisor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,

Hari ni saya ingin bercerita macam mana mulanya saya kenal Shaklee dan macam mana saya boleh jumpa dan join Group MFMS yang “THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA”.

Pada mulanya saya join Shaklee bukan untuk bisnes. SAYA BENCI DAN TAK SUKA BISNES. Saya berfikiran bisnes ni susah, penat, tambah stress dan banyak lagi. Tambah lagi family saya pun kurang dedahkan saya dengan bisnes. Kami semua adik-beradik “makan gaji”.

Tapi, MFMS telah membuka minda yang selama ni PINTU HATIKU TERKUNCI untuk buat bisnes. Tapi Hubby seorang yang memang SANGAT MINAT DAN SUKA BISNES. Memang opposite sangat la kami berdua. Tapi sebagai isteri saya menunjukkan rasa sedikit minat untuk memberikan sokongan walaupun sebenarnya saya tak minat. 🙂

Permulaannya saya memang sedang mencari produk untuk selesaikan masalah kesihatan saya tanpa menggunakan ubat doctor. Saya tidak berapa suka dengan ubat-ubatan sebab takut akan kesan jangka panjang.

Saya adalah seorang yang susah nak percaya kepada supplement jugak. Tapi pada masa itu kalau saya tak cari penyelesaian, sampai bila masalah kesihatan saya tidak dapat diatasi. Apa pun, kita perlu ikhtiar dan berusaha selain doa dan tawakkal dan InsyaAllah dengan izinNya juga, supplement dapat membantu kita menyelesaikan masalah kesihatan kita.

Pada suatu hari, kawan ofis memperkenalkan saya dengan produk Shaklee. Sebelum ni saya tak tahu sangat tentang produk ni, saya cuma tahu sikit-sikit dan tak pernah nak ambil tahu lebih lanjut, al-maklum la masa tu kan tak suka supplement… hehe

Katanya dia makan supplement untuk betulkan  period yang tak teratur, Alhamdulillah selepas 2 bulan makan nampak hasilnya.

Apalagi, saya pun teringin nak cuba, tapi sebelum tu saya kena buat research dulu untuk lebih yakin.

Saya yakin setelah dapat tahu yang Shaklee adalah :
1. Di sahkan halal.
2. Ketulenan semua yang anda perlukan.
3. Keberkesanan di jamin formulasi yang unggul.
4. Prestasi penyerapan yang terbukti secara klinikal.
5. Bukti kajiian klinikal saintifik terkukuh.
6. Handal membantu pencapaian manusia yang paling luar biasa.

Akhirnya saya consume produk Shaklee. Kawan saya yang rekemen tu tolong belikan untuk saya dari kenalannya. Alhamdulillah setelah dua bulan makan, saya nampak hasilnya walaupun tak sepenuhnya. Membuatkan saya rasa ingin tahu lebih lanjut supplement lain selain apa yang saya makan pada masa tu.

Saya buat research lagi di internet. Masa tanya pakcik google, keluar banyak betul distributor Shaklee. Mana satu nak ambik ni. Research punya research saya terjumpa blog MFMS.

Masa tengok blog tu, saya tengok gambar pemilik blog dulu. hehe.. “Comey nya orang ni. Mesti ada supplement untuk kecantikan ni”. Biasalah, perempuan mesti la sangat suka kepada kecantikan. Pastu baca isi kandungan pulak… Wow!!! Islamic ayat-ayat dia. Itu la antara perkara utama yang buat saya terpikat.

Saya pernah dengar ustaz cakap bisnes MLM ni tak boleh buat, tapi rupanya ia tak boleh jika tidak mengikuti syariah compliance. Tapi saya jadi yakin dengan MLM Shaklee sebab distributor ni Islamic takkan buat MLM tak ikut syariat. (dalam hati berkata begitu). Selepas buat research, alhamdulillah memang MLM Shaklee mematuhi syariah.

Lepas tu saya add FB tuan punya blog tu. “Maria nama dia”. Saya pun PM dan mula bertanya tentang produk Shaklee. Banyak soalan yang saya tanya sebab saya nak puaskan hati sebelum saya consume supplement yang lain-lain tu. Tapi Maria dengan sabarnya melayan saya..hehe

Dalam conversation yang pertama, saya tak beli apa-apa lagi sebab supplement yang ada tak habis lagi dan budget pun belum ada pada masa tu.

Dua bulan lepas berPM dengan Maria, Pada 23 November 2013 akhirnya saya join Shaklee sebab nak beli supplement untuk makan sendiri, bukan untuk bisnes ya.

Saya join dengan FREE MEMBERSHIP dengan pembelian minimum RM650. Dengan secara tak langsung saya terus layak untuk dapat BONUS dengan pembelian saya tu. Wow.. okay la… banyak jugak dapat jimat & untung. Maria ada juga cakap kelebihan jadi ahli akan dimasukkan ke dalam FB Secret Group, saya memang tak amik port yang tu sebab saya nak makan supplement bukan nak buat bisnes. Siap pesan kat Maria “Saya tak nak buat bisnes tau, saya nak makan supplement je, tapi kalau kawan-kawan kat ofis atau sedara mara nak beli saya boleh orderkan untuk diaorg

Setelah saya join, saya dapat starter kit, dan beberapa info lain mengenai Shaklee. Maria juga add saya ke FB Secret Group MFMS. Selepas saya baca eBook Sorry Boss, HATI SAYA TIBA-TIBA TERBUKA UNTUK MULAKAN SESUATU YANG TAK PERNAH SAYA FIKIR DAN SAYA INGINKAN SEBELUM NI. Tambah lagi Mr. Hubby sangat memberi sokongan yang penuh untuk saya mulakan bisnes ni.

eBook itu lah yang dapat mengubah pemikiran saya. Kerana cerita yang ada di dalam buku itu banyak persamaan dengan kehidupan saya. Sila DOWNLOAD PERCUMA dengan klik pada gambar eBook di sebelah kanan ini.

Saya pun PM Maria. “Saya rasa saya nak try buat bisnes la..” dalam hati malunya aku, dulu declare tak nak sekarang nak pulak. Selepas itu Maria pun ajar saya step-by-step apa yang perlu saya buat.

Pada bulan December 2013, saya belum buat apa-apa yang serius. Saya cuma banyak membaca tentang produk melalui buku nutrisi, study ebook dan file-file yang ada dalam FB Secret Group. Saya ikut setiap step yang Maria ajar. Master checklist perkara yang paling penting bagi saya. Semua rezeki yang saya dapat hanya dari Allah berserta dengan usaha dan doa yang berganda dan selebihnya bertawakkal.

Selepas dapat beberapa ilmu , saya mulakan langkah pertama saya. Saya buat strategi marketing saya yang simple-simple yang saya baru belajar.

Esoknya tiba-tiba ada orang tanya pasal produk Shaklee untuk masalah susu tak banyak untuk brestfeed baby. Fuhh…Berpeluh jugak nak menjawab. Baru belajar la katakan.. 🙂

Dengan hanya beberapa tips dan strategi yang saya amalkan. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang bertanyakan tentang produk dan beli daripada kami. Wahh…dengan hanya guna beberapa tips pun menjadi jugak bisnes ni, Alhamdulillah dengan izin Allah.

Tak lama selepas itu, Saya cuba produk baru lagi iaitu, saya sponsor suami saya dengan set slimming. Doktor dah nasihatkan dia turunkan berat badan kerana tak nak banyak masalah kesihatan mengundang nanti. Orang sayang suami, harus la jaga kesihatan dia kan… 🙂

Saya berniat untuk bagi set slimming kat dia bukan untuk kurus semata-mata tapi untuk sihat. Kalau dia kurus itu adalah bonus. Dia start consume awal bulan December 2013. Alhamduilllah, dengan izin Allah, setelah 2 minggu makan dah nampak hasilnya.

Dia pun ada cakap selepas main badminton badan Alhamdulillah dia dah kurang sakit-sakit badan. Walaupun kita makan supplement untuk kurus, tapi harus di ingat yea, ni bukan produk untuk kurus semata-mata, produk ni untuk kurus dan sihat.

Setelah ramai nampak kesannya, tiba-tiba ramai yang bertanya tentang set slimming ni. Ramai yang mula order dan mula consume set slimming. Suami saya menjadi testimoni bergerak saya dengan set slimming.

Alhamdulillah dengan buat geli-geli, closing December 2013 tu saya dapat bonus 3 angka. Wow, siapa sangka Nadia yang tak minat bisnes ni boleh dapat bonus 3 angka dalam masa sebulan. Kawan-kawan ofis saya pun pelik, apa yang buat Nadia berubah 360 darjah. Dulu Nadia la paling anti bisnes.

Januari 2014

Bila masuk bulan Januari 2014, saya semakin bersemangat di tambah dengan sokongan padu suami.

Selepas menghadiri seminar setengah hari bersama Dr. Azizan Othman dan beberapa sesi coaching bersama mentor. Wahh…memang lain macam rasanya. Saya pun makin bersemangat..

Di mana ada ilmu, saya memang nak menuntut. Sesi Coaching ni la yang membuatkan semangat saya semakin membara. Dalam kepala dah macam-macam idea datang yang selama ni saya tak terfikir. Baru tahu, ini lah gunanya ilmu dalam berniaga.

Bulan January 2014 ni la bermulanya saya dan suami mula praktikkan ilmu yang kami ada.

Saya sangat bersyukur kepada Allah, bulan January 2014 ni kami berjaya jadiSupervisor dengan bonus 4 angka. Saya memang tak sangka saya boleh naik supervisor secepat ini. Semuanya rezeki dari Allah yang tak disangka-sangka.

Certificate from Shaklee..

Certificate from Shaklee..

Februari 2014

Tapi selepas saya naik supervisor, iaitu bulan Februari 2014, sales kami agak slow. Bulan tu saya dalam proses penyembuhan dari penyakit yang agak kurang serius. Saya di admit ke hospital selama beberapa hari. Jadi, fokus kepada bisnes pun agak slow. Walaupun jualan kurang tapi saya masih entitle bonus 3 angka bulan tu.

Mac 2014

Alhamdulillah, bulan March 2014 Kami BANGKIT kembali untuk berjuang ke arah matlamat yang kami dah set kan. Syukur Alhamdulillah, kami mula bekerja keras dan hasilnya memang memberangsangkan dan rakan niaga juga semakin ramai pada bulan itu.

Alhamdulillah, closing March 2014 dengan jayanya kami berjaya dengan Effective Supervisor. Terima kasih Allah. Terima kasih mentor. Pengajarannya, kita harus sentiasa ‘bekerja’. Jangan berhenti berusaha, berdoa dan bertawakkal. Jaga master checklist supaya hubungan kita dengan Allah sentiasa terjaga.

April 2014

Masuk Bulan April 2014, kami ada banyak pergi seminar- seminar perniagaan untuk menambah ilmu. Bulan April adalah bulan menuntut ilmu. Hampir setiap weekend ada je Seminar yang kami hadiri.

Tapi bulan ni, cabaran lain pulak yang kami lalui iaitu Shaklee mengarahkan kami jual harga retail instead of harga ahli sperti biasa. Tepuk dahi jugak la masa ni. Kesian kat customer sebab terpaksa beli dengan harga yang lebih tinggi. Tapi, kami cuba cari penyelesaian dengan mencadangkan customer-customer untuk join ahli untuk dapatkan harga ahli seperti sebelumnya.

Alhamdulillah, sambutan amat positif.

Bermula dengan bulan April, kami memberi penghargaan kepada rakan niaga yang paling cemerlang supaya mereka bersemangat dan ada sifat nak berlumba secara sihat. Syukur, saya masih “Effective Supervisor” di bulan April 2014 yang agak mencabar ini.

Mei 2014

Masuk bulan May 2014, kami semakin bersemangat. Kami makin huru hara dengan rakan niaga dan customer. Ilmu yang banyak kami sedut di bulan menuntut ilmu pada bulan April 2014 yang lalu, jadi banyak juga ilmu yang boleh kami sampaikan kepada rakan niaga kami. Kami juga ada menghadiri lagi majlis ilmu bersama beberapa rakan niaga yang lain“OMG (Online/Offline Marketing Genius)” yang di anjurkan oleh MFMS.

OMG 1

OMG 2

Alhamdulillah, kami di rakan niaga yang aktif dan mendengar kata. Kami harap kami dapat tolong lebih ramai orang lagi. Alhamdulillah, Kami tak sangka closing May 2014 cemerlang dari bulan April 2014. Kami masih “Effective Supervisor” dengan jayanya sebelum sampai masa closing lagi.

Jun 2014

Bulan June 2014 kami makin seronok dengan Group kami. Rakan niaga semakin aktif dan responsive. Kami selalu buat coaching melalui telegram, jumpa dan diskus dan ada kelas buat blog. Ada juga yang datang rumah kami untuk untuk menuntut ilmu.
Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar. Syukur Alhamdulillah, bulan Jun 2014 adalah sales kami naik 100% daripada bulan May 2014.

Dan antara kejayaan yang saya tak boleh lupakan pada closing Jun 2014 adalah apabila kami dapat membantu salah seorang dari Rakan Niaga kami menjadi seorang leader (Supervisor). Orang yang saya maksudkan adalah Tasnim a.k.a Nimboking (www.nimboking.blogspot.com).

Me & Nimboking

Dia dulu hanya sekadar pengguna set menyusu shaklee je. Tapi sekarang dia antara Rakan Niaga yang sedang menyinar. Tahniah Sis Nimbo. Semoga anda Kaya dan Berjaya.

Alhamdulillah kini, kami adalah SENIOR SUPERVISOR. Semoga kami lebih tabah dan lebih maju lagi untuk mengharungi rank-rank seterusnya.

Selama 6 bulan kami berkorban masa dan tenaga untuk mencapai impian kami. Astro bulan-bulan kira sedekah je la bayar bil bulan-bulan sebab kami tak sempat nak tengok tv dah. Dah takde masa untuk buang masa dengan benda yang tak faedah.
Kami adalah sepasang couple yang selalu balik kerja malam. Memang tak jumpa matahari kalau balik kerja tu, memang cabaran kami dengan kekangan masa yang sibuk di ofis, balik pulak dah malam. Tapi kami tetap usaha untuk beri masa dan luangkan masa untuk bisnes.

Yang paling best saya dan hubby lebih banyak luangkan masa bersama sekarang.

Pergi seminar sama-sama, berdiskusi sama-sama dan buat bisnes sama-sama, sampai ada yang cakap, kitaorg makin lama makin nampak “loving couple”. Kami dah sama frekuensi sebab dah sama-sama minat bisnes, jadi bila berbincang senang sebab kami ada satu niat dan satu matlamat. Alhamdulillah, hidup kami lebih bahagia dan semakin mesra.

Saya bersyukur Allah temukan saya dengan Group MFMS dan semua mentor yang ada. Bukan bisnes yang maju je yang saya dapat, saya rasa seronok sebab dapat membantu ramai orang, saya rasa semakin tenang dengan master checklist yang saya amalkan.

Tak terfikir pun yang saya akan buat bisnes yang selama ni saya langsung tak minat. Sekali lagi, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Maria & Firdaus, suami yang ringan tulang membantu saya dan memberi sokongan dan semangat dan juga terima kasih untuk doa-doa dari suami, ibu bapa, keluarga, kawan-kawan dan juga rakan seperjuangan dalam Shaklee.

Semoga kita semua menjadi jutawan yang bertaqwa dan dapat membantu lebih ramai orang lagi.

Semoga Allah memudahkan segala urusan. Amin.

[spider_facebook id=”3″]

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Nadia Najib: Terima kasih… inshaAllah Amin. Semoga anda juga berjaya. […]

Khadeejah Hasmad
10 years ago

Tahniah Nadia! Sangat teruja dan termotivasi dengan success story ini.

Moga Nadia dan Team mengorak langkah lebih jauh dengan Shaklee 😀

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x