Sambutan Mega RAYA GLC
Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Terima kasih kerana anda masih menjenguk ke blog nadiamusa ini. Semoga anda semua berada didalam sihat sejahtera dan bahagia sentiasa.
Untuk entri hari ini saya nak kongsikan tentang majlis Mega Raya yang di adakan di Auditorium Cempaka Sari Perbadanan Putrajaya yang dianjurkan oleh Mentor kami didalam group GLC.
Alhamdulillah.. kami bertemu dengan insan-insan hebat disana. Ramai mentor yang dapat saya jumpa. Saya rasa sangat bersyukur ditemukan dengan group ini kerana mereka semua berAURA positif. Tiada sedikit pun kata-kata dan fikiran negatif dari mereka.
Bersiap & Go.. 🙂
Program dijadualkan bermula pukul 10 pagi. Tapi kami bersiap semenjak jam 8.00 pagi. Tak sabar sangat nak pergi sebab nak jumpa mentor-mentor kami. Kami biasanya berkomunikasi secara maya je. Sekali dua je jumpa masa menghadiri beberapa seminar yang lepas.
Jam lebih kurang 8.45 kami bergerak dari rumah. Mula-mula kami singgah dulu kat jalan ampang sebab nak ambik “anak shaklee”(sepupu kami) kat sana. Lepas tu terus je gerak ke Putrajaya.
Sampai je kami tengok belum ada orang lagi.. hehehe.. Ni kira orang terawal la.
Daftar
Mula-mula kami chop meja. hehe.. mesti la ambik depan-depan. Sebab nak dekat dengan insan-insan hebat. Nak sedut semua aura positif dia orang tu. Lepas dapat meja kami pergi buat pendaftaran.
Ini masa kami kat meja pendaftaran
Ini bag yang kami dapat kat meja penghantaran. Sangat cantik. 🙂
Sesi Bergambar.. 🙂
Memandangkan dewan masih kosong. Kami ambik kesempatan bergambar di sekitar dewan. 🙂
Kami bergambar di depan pentas.
Ini gambar kami bersama PM Lila. Dari kanan Saya, PM Laila & Erny (Sepupu merangkap anak shaklee)
Inilah untungnya datang awal. Dapat bergambar dengan PM Laila tu. PM Laila ni adalah penganjur MegaRaya ini. Dan dialah juga founder GLC.
Terima kasih saya ucapkan kerana menganjurkan majlis ini. Tahun depan InsyaAllah buat lagi yer. 🙂
Sebenarnya masa jumpa PM Laila ni agak terkejut. Sebab bila tegur je dia terus cakap. “Awak Nadia Najib kan?”. hihi…
Memang Terkejut saya. Dalam beribu orang dia boleh kenal saya. hihi.. dah la saya ni insan yang masih kerdil dalam bisnes ni. 🙂
2 Keping gambar kat atas ni masa saya borak-borak dengan Master Ira, Anisah & Saya
Bergambar Bersama Master Maria. Dia la Mentor yang banyak membantu kami. 🙂
Lagi sekali dengan Master Ira.
Program Bermula..
Masa program dekat-dekat nak mula. Pihak event management bust game untuk adik-adik yang ada kat situ sambil menunggu kehadiran tetamu yang lain.
Abang ni tengah interview adik tu… 🙂
Sempat saya rakamkan video aksi adik-adik ni.. hihihi..
Tak lama selepas adik-adik tadi beraksi. Program pun dimulakan dengan bacaan Doa oleh suami Master Ira (Hafizan)
Lepas je Doa, Semua di jemput makan. Tapi kami dari group NMMM still duk kat meja sebab nak sedut ilmu dari Master Firdaus (baju merah tu)
Kalau tengok caption Abang Syria. Tapi sebenarnya dia ni orang malaysia. Cuma dia dari Badan yang membela nasib Syria yang di jemput untuk oleh GLC untuk berkongsi kisah saudara kita disana. Alhamdulillah.. GLC juga membuat kutipan derma untuk syria pada masa itu dan kutipan yang di perolehi lebih kurang RM15k.
Ini adaah perarakan ketibaan Master-Master yang hadir. Dimulakan dengan PM Laila dan seterusnya master-master lainnya.
Ini adalah waktu pelancaran logo GLC dan penganugerahan kepada Master-Master yang hadir setelah habis semua master memberikan rahsia kejayaan mereka.
Perasan tak? Semua yang kat atas pentas tu adalah Wanita? Dan tahu tak? Ramai diantara mereka dulunya adalah seorang Engineer dan ada juga bekas Peguam. Tapi sekarang mereka menjadi Working At Home Mome (WAHM).
Itu la cita-cita saya. Nak bekerja dari rumah dengan pendapatan 5-6 angka seperti mereka. 🙂 Baru la boleh derma yang lebih kepada orang yang memerlukan seperti Abang Syria tadi. Betul-betul?
Semoga saya berjaya seperti mereka… 🙂
Mereka beramai-ramami potong kek tu. Ramai yang giler photographer masa ni. hihi
Masa ni program dah nak hampir selesai. Dan pihak event manager berikan balon kepada adik-adik yang datang. Kerana terlampau ramai dan mereka pun berebut maka balon pun banyak la yang terlepas dan terbang ke atas.. hehe.. Tu la adik-adik ni tak nak dengar kata. Abang tu dah cakap suruh beratur. Kan dah melepas banyak balon tu.. 🙂
Majlis Selesai..
Sebelum balik kami menyempatkan diri bergambar bersama geng NMMM yang hadir.
Diantara Geng NMM yang Hadir. 🙂 Ambik gambar dulu sebagai kenangan. 🙂
Antara Geng NMMM yang berimpian jadi Master. 🙂
BONUS
Disebabkan saya lupa nak cerita perkara ni tadi. So saya letakkan la cerita ni di ruangan bonus. hehe..
Sebenarnya saya dapat 2 hadiah masa majlis ni. Satu hadiah dari Master Ira dan Satu lagi adalah dari PM Laila.. Hepi giler… 🙂
So… Inilah kisah kami ber-MegaRaya bersama mentor-mentor kami dari GLC pada 30 August 2014 lalu. Saya sangat berasa beruntung kerana ditemukan dengan anda semua.
Semoga kami juga akan menyusul anda di puncak master tidak lama lagi.. 🙂 hehe…
Kepada pembaca, Jom kita sama-sama mengejar kejayaan Dunia & Akhirat.
Sekian, Assalamualaikum..
[spider_facebook id=”3″]
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).