Salam Perpisahan Untuk MNRB
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke nadiamusa.net. Semoga anda semua di cucuri rahmat & sihat sentiasa.
Sebenarnya entri kali ini saya nak tujukan kepada semua staff MNRB. Walaupun saya tahu dah agak terlambat. Yer la.. Dah 3 bulan meninggalkan MNRB baru nak tulis kat sini.. hehehe.. Tapi saya rasa “Better late than never”. Aaachewah.. π
Ucapan
Ok.. Sebenarnya saya nak ucapkan Jutaan terima kasih kepada semua staff MNRB. Banyak kenangan saya bersama anda semua sepanjang saya berkerja di sana. Saya yakin, sepanjang saya berkerja di MNRB, saya telah berurusanΒ dengan hampir semua staff MNRB.
Sekiranya semasa saya berkerja (berurusan) dengan anda dan ada terkasar bahasa, terlepas kata, terlebih gurau, tersengaja buat salah atau pun tak sengaja, termakan makanan anda, terminum minuman anda… Saya mohon Jutaan Maaf. Harap lepas ni kita kosong kosong la yer. π
Banyak kenangan manis yang saya lalui sepanjang saya berkerja di MNRB. Lagi-lagi bila masa Annual Family Outing (AFO). Kalau AFO ni memang tiap tahun best.. π Dan kenangan AFO paling best bagi saya adalah AFO 2014.
Sebab.. Banyak hadiah yang saya menang masa AFO 2014, dan tak lupa juga kejayaan Team #Oren yang sangat Osem tu. π Memang kenangan AFO paling indah.. π
Semoga kita jumpa lagi di AFO akan datang.. π (kali ni pergi AFO sebagai spouse kepada staff je)
Terima Kasih
Saya sebenarnya sangat terharu dengan hadiah-hadiah kenang-kenganan yangΒ saya dapat dari anda semua
Sejujurnya.. saya ni jenis yang agak susah nak rasa touching2 atau feeeling2 ni.. Tapi dengan hadiah-hadiah yang anda semua berikan telah membuatkan saya betul-betul rasa TERHARU… Β sob sob sob..
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua.. Seriously, saya rasa macam wow!!!!.. Banyak giler hadiah..
Terima kasih… Terima kasih.. Terima kasih……
Terima kasih saya ucapkan untuk hadiah-hadiah di bawah ni.. π Anda semua memang Terbaik…
Jam Tangan Suunto
Pen The Boss
Kad Ucapan
Pakaian & Peralatan Sukan
Protein Kesihatan
Hadiah yang anda semua berikan ini sangat-sangat banyak bagi saya. Tak sangka pulak saya bolehΒ dapat hadiah kenangan sebanyak ini. π Serious saya terharu..
Akhir kata.. Terima Kasih atas segala-galanya dan saya mohon jutaan maaf atas semua dosa-dosa saya kepada anda. Semoga kita semua di berikan jalan yang paling mudah untuk mencapai cita-cita masing-masing dan di masukkan ke syurga tanpa di hisab.
Ohhh ya…. Kalau saya ada terpinjam duit ke apa, kalau saya belum pulangkan tolong bagi tau la ek? π Kot-kot saya lupa je.. π
Sekian… Jumpa lagi lain kali.. π
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.