By December 2, 2014 0 Comments Read More →

Rahsia Saya Menurunkan Berat Badan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semenjak kebelakangan ini ramai sangat kawan-kawan atau kenalan saya yang tegur saya semakin kurus. Ada juga kawan-kawan dari facebook yang PM/Whatsapp tanya apa rahsia saya dapat Menurunkan Berat Badan.

Jadi.. Entri kali ini saya nak kongsikan kepada anda semua macam mana saya dapat Menurunkan Berat Badan saya ni. 🙂

BERSYUKUR DAPAT MENURUNKAN BERAT BADAN

OK..  Sebelum saya mula.. saya nak tunjuk gambar saya yang terbaru.. 🙂

Gambar terkini (2 Dec 2014)

Gambar terkini (2 Dec 2014)

Alhamdulillah  dan syukur sangat sebab ini adalah berat saya yang paling ringan setakat ni. Sebelum ni Berat Badan saya tak pernah sampai ke tahap serendah sekarang ini. Ada pun mungkin masa zaman belajar dulu saya. hehehe

Sekarang bila lepas bersukan, badan saya tak sakit-sakit macam dulu lagi. Mungkin sebab bebanan badan saya dah kurang kot. Alhamdulillah.

Yang paling saya rasa syukur dan best sangat sekarang ni ialah.. Saya dah tak susah cari baju seluar kat shopping complex. Baju yang dalam gambar atas tu adalah size 3XL berjenama “Alain Delon”. Saya beli kat Aeon wangsa maju.

Saya tahu size 3XL tu besar bagi sesetengah orang. Tapi bagi orang macam saya ia dah di kira OK. Tak caya? Cer suruh orang yang berat dia 135kg ke atas cari baju kat shopping complex. baru tau susah ke senang.. hehe

Saya juga bersyukur bila dah capai Berat Badan saya sekarang ni sebab lebih senang nak dapat baju kat shopping complex. So, saya tak perlu lah belanja lebih untuk sehelai baju. Tau tak baju yang bersize “Mat Saleh” harga dia hampir 2 kali ganda dari size biasa? Alhamdulillah.. dapat jimat duit. hihi..

SEBELUM TURUN BERAT BADAN

Ada tak orang yang bila tengok gambar saya atas tu terlintas kat fikiran korang..

“ala.. tak la kurus mana”

“erm.. macam besar je. tang mana yang turun?”

Tak kisah la apa yang korang pikir. Tapi kalau korang nak tahu sebenarnya dulu Berat Badan lebih tinggi dari sekarang dan muku pun lebih bulat dari yang sekarang. 🙂

Dulu bila setiap kali saya balik main badminton je badan saya terus rasa sakit-sakit. Satu badan rasa sakit-sakit tau. Esoknya kalau bangun pagi tu, pergh.. memang meraung wa cakap lu..

TurunBeratBadan

Kalau bab cari baju, seluar dan kasut. Jangan cakap la.. memang susah giler cadbury nak dapat size yang sesuai. Lepas tu fesyen pulak limited. Tak dapat nak bergaya macam orang lain. Padahal jiwa nak stylo jugak. :(. Ada tak yang rasa benda sapa? Kalau ada kita senasib.. hehe

RAHSIA TURUN BERAT BADAN

Berat Badan saya mula turun selepas saya kenal dengan shaklee. Ni gara-gara NADIA la ni.. hehe. Masa dia mula-mula kenal shaklee dia la yang sponsor Set Kurus Shaklee. Orang dah belanja saya pun telan je la kan. 🙂 Dulu asalnya bukan plan nak kurus. Cuma nak dapatkan kesihatan yang lebih baik je.

Benda ni mula bila kat office ada buat health check. So masa buat health check tu NADIA mula risau la dengan result. Saya di nasihatkan untuk kurangkan Berat Badan untuk mengelak dari terkena penyakit yang tak diingini.

Lepas tak berapa bulan buat Health Check tu NADIA kenal/terjumpa dengan shaklee. Sebab tu la dia sponsor saya Set Kurus Shaklee untuk Menurunkan Berat Badan.

Set Kurus Shaklee yang mana satu Nadia beli untuk saya? Mesti la set premium kan.. hehe.. Ok.. cer tengok gambar bawah ni.

BakarTurunBeratBadan

Lecithin & OmegaGuard

Kedua-dua ni saya ambik. Mereka berdua bersatu padu mengurai dan membakar anasir-anasir jahat yang tak di perlukan. hihi

Buang

Alfalfa & HerbLax

Yang ni pun kedua-duanya saya ambik. Alfalfa & Herblax Shaklee membantu dalam proses Detox & buang segala toxin. 🙂

Cinch

Cinch

Cinch ni sedap woo.. 🙂 Saya punya Peberet perisa Vanilla.

Selain dari supplemen yang banyak membantu. Kita juga kena jaga pemakanan jugak. Tapi takde pantang. Saya tak pernah berpantang apa-apa makanan pun. Tapi cuma perlu jaga kuantiti je. Tu yang saya rasa best sangat diet dengan Shaklee ni.

RahsiaTurunBeratBadan01

RahsiaTurunBeratBadan02

RahsiaTurunBeratBadan03

Tengok la gambar-gambar kat atas tu.. Kari Kepala Ikan pun belasah.. hehe..

Testimoni Diriku Sendiri

RahsiaTurunBeratBadan09

 

Walaupun dah banyak beza dulu dan sekarang. Tapi saya masih belum berpuas hati lagi. Saya masih perlu untuk Menurunkan Berat Badan saya sehingga ke berat yang ideal. 🙂

Ok.. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.

Jangan lupa klik butang Like & Share di bawah. 🙂

 

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x