By September 1, 2014 1 Comments Read More →

Percutian Raya di Pulau Redang



image
Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah lama tak menulis, kali ni saya nak bercerita Percutian Raya saya dan keluarga di Pulau Redang. Tujuan saya datang ke sini untuk memenuhi hajat ibu bapa saya yang teringin sangat ke Pulau. Alhamdulillah, saya lihat mereka sangat gembira spent time kat sini.

Dalam masa yang sama, saya perlu buat Shaklee Closing July 2014 di Pulau. Agak mendebarkan sebab tak pasti dengan coverage internet di sana. Jadi, saya buat persediaan supaya saya tak menghadapi keadaan sulit kat sana nanti. Saya prepare dengan Digi, Celcom, U mobile dan Maxis. Walaupun pergi bercuti, business Shaklee tetap berjalan seperti biasa. Kami boleh di hubungi 24 hours. 🙂

Perjalanan kami bermula pada hari raya kedua. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu makan masa selama 7 jam. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pukul 10.30 pagi. Kami dah book homestay di Batu Rakit sebab naik bot ke Pulau Redang adalah keesokannya.

DCIM101GOPRO

Ada jugak barang-barang Shaklee yang kami bawa untuk Customer-customer di Terengganu.

DCIM101GOPRO

Sebelum ke homestay kami singgah dulu ke rumah anak Shaklee kami, Norzaliza di _ . Alhamdulillah, dalam pukul 5.30 petang kami sampai di rumah nya. Dia menyambut kehadiran kami dengan penuh gembira. Siap masak masakan Terengganu. Kami makan sampai bertambah-tambah. Sedap dan menyelerakan.

image

Dalam pukul 6.30 petang, kami bertolak ke homestay yang telah kami book. Lebih kurang dalam 30 minit kami sampai di destinasi yang dituju. Boleh tahan besar jugak rumah ni. Boleh muat 20 orang. Keadaan rumah bersih dan kemas. Kami berpuas hati dengan rumah ni. Terima kasih Encik Sabri untuk menyediakan kami rumah yang besar dan bersih. Sesiapa yang nak book boleh melawat di alamat http://baturakithomestay.blogspot.com

Batu rakit Homestay

Esoknya, kami bertolak ke Jeti Marang. Kami keluar rumah dalam pukul 7.45 pagi dan sampai ke tempat yang dituju dalam pukul 8.15 pagi. Kami singgah breakfast dulu sebelum naik bot.

image

image

Kami naik bot pukul 9.30 pagi. Perjalanan dari jeti ke Pulau lebih kurang 40 minit.

image

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

Alhamdulillah , kami selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Resort yang kami menginap adalah ” Mutiara Beach Resort “. Boleh layari website www.redangmutiara.com.my .

DCIM101GOPRO

Tempat ni sebenarnya saya dah 3 kali datang. Kali pertama dan kedua saya dan hubby datang bersama kawan-kawan kami. Kalau dah 3 kali datang tu maksudnya BEST la kan. Bila tengok laut biru kehijau-hijuan memang menarik la kan. Saya dan hubby pernah ke Phuket, Phuket pun tak boleh lawan laut kt sini. Boleh tengok gambar-gambar di sekitar Resort dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Kaunter

Counter

Hall

Hall

Jetty

Jetty

Cafe

Cafe

Standard Room

Standard Room

Standard Room

Bilik Air

Standard Room

Surau

Surau

Dive Centre

Dive Centre

Beach

Beach

Di Resort ni jugak ada bilik untuk Deluxe Room dan Family Suite. Saya dan family ambik 4 bilik Standard Suite. Biliknya selesa, bersih dan kemas. Makanan yang disediakan juga memuaskan hati. Kami di sediakan 4 kali sehari makan, iaitu pagi, tengah hari, petang dan malam. Selain itu, ada jugak di sediakan 24 jam air dan roti di cafe yang boleh di makan pada bila-bila masa.

Bayaran per pax cuma RM490. Snorkling kami pergi 3 kali sepanjang berada 3 hari 2 malam di sini. Hari pertama sekali dan hari kedua dua kali. Best ke Best ?

Sampai je kat bilik benda pertama kami check adalah internet. Fuhh lega, dari pada 4 coverage yang kami ada, ada satu coverage yang sangat ok compare dengan lagi tiga. Lega boleh buat closing tanpa risau. Dalam happy, tapi ada keluh resah sebab belum closing sepenuhnya lagi. I pad 4 ku sangat membantu saat ini..huhu

DCIM101GOPRO

Jom tengok gambar-gambar snorkling kami.

DCIM101GOPRO
DCIM101GOPRO
DCIM101GOPRO
DCIM101GOPRO
DCIM101GOPRO
DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO
DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO
DCIM101GOPRO
DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

Pada keesokan pagi nya, saya dapat berita gembira daripada “Anak Shaklee” saya dah closing dengan SUPERVISOR. Syukur alhamdulillah, jadi dengan rasminya saya boleh closing Bulan July 2014 dengan jayanya sebelum 12 malam dengan rank COORDINATOR. Ya Allah, syukur syukur syukur, Allah memberi rezki yang melimpah ruah bulan July 2014. Anak-anak Shaklee saya nak bagi hadiah hari jadi kat saya agaknya, sempena Birhday saya 15 July 2014 :-). Semua nikmat dan rezki ni dari Allah, dengan izin Allah.

Tahniah kepada anak-anak Shaklee saya

1. Tasnim (Effective Supervisor) – www.nimboking.blogspot.com

2. Hani Suryani (New Supervisor) – www.hazamiesouq.blogspot.com

3. Suraya (New Supervisor) – www.zimiyaya.blogspot.com

Setelah hati saya dah tenang dan sujud Syukur kepada Allah, saya dan hubby terus pergi bergambar dan lupakan seketika untuk berbiz. Kami dengan mood honeymoon di tepi laut.

image

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO
DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

image

Hari terakhir dah tak de snorkling. Selepas sarapan pagi, kami bersiap-siap dan packing untuk balik.

image

image

Sebelum balik, sempat kami bergambar.

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

Alhamdulillah, perjalanan dari pulau ke jeti berjalan dengan lancar. Kami bertolak dari jeti ke Kuantan untuk singgah beraya di rumah abang kedua saya, Muhammad Sharfi.

Kami bertolak balik ke KL lebih kurang pukul 7 malam dari Kuantan. Alhamdulillah sampai Home Sweet Home lebih kurang pukul 10 malam. Percutian kali ni amat bermakna. Beraya sambil bercuti serta ber’closing’ dengan jayanya. Perkara yang paling happy parents saya sangat happy Percutian mereka di Pulau Redang, tempat yang mereka request untuk pergi.

Kecik-kecik dulu, mereka selalu bawa saya dan adik-beradik bercuti ke sana, ke sini. Sekarang saya pula bawa mereka bercuti. I LOVE YOU MOM & DAD…Mmmuuuaaaahhh mmmuuaaahhhh.

image

 

 

 

 

 

 

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
blackyellow
blackyellow
8 years ago

Slm semua..
Saya seorang runner pekej untuk beberape resort/chalet di pulau redang
Sesiapa yang berminat nak ke sana boleh hubungi/whatsapp untuk
Sebarang pertanyaan/keterangan dan tempahan 0179799773

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x