Percutian Luar Biasa di Puteri Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum w.b.t.,

Pada 28 – 30 March 2014 yang lalu saya dan Mr Hubby dapat pergi bercuti bersama Legasi Anugerah Terindah (LAT) yang di anjurkan oleh mentor Shaklee saya di Puteri Beach Resort, Port Dickson.

IMG_3853

Saya dan Mr Hubby bersama dua kanak-kanak kecil, Mia dan Aiman yang kami anggap seperti anak angkat bertolak ke destinasi dari ofis. Ibunya akan menyusul kemudian. 🙂

IMG_3871

IMG_3882

Kami singgah makan dulu sebelum sampai ke destinasi. Masing-masing dah kelaparan sebab belum sempat lunch lagi.

IMG_3866

Sampai je kat sana, budak-budak tu dah nampak exited sebab nampak pool. :-). Saya pergi register kat kaunter registration sementara Mr Hubby jaga Mia dan Aiman. Sebanyak 70 buah keluarga yang join..Wow ramainya. Tapi ni tak semua yang hadir, hanya sebilangan kecil daripada group bisnes kami.

Percutian ni untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli dalam Legasi LAT di samping perkongsian daripada leader-leader yang sudah berjaya dalam bisnes mereka.

IMG_3839

IMG_3840 IMG_3841Program-program yang akan berjalan.

“KALAU NAK BERJAYA KITA BELAJAR DARIPADA ORANG YANG SUDAH BERJAYA”

Saya rasa seronok percutian yang berilmu ni. Fee cuma RM300 untuk 3 hari 2 malam. Murah kan. Makan 6 kali sehari, tempat tinggal, pakar motivasi dan lain-lain. Jumlah kos lebih daripada RM100,000. Tapi jumlah 70 buah keluarga bayar cuma RM21,000. Selebihnya di taja oleh mentor dalam LAT.

Mentor kami sanggup keluar duit poket sendiri kerana Allah untuk melihat anak-anak didiknya berjaya. Mulia sungguh hati mereka. Semoga mereka di murahkan rezki. Beliau sudah pun mempunyai pendapatan 6 angka sebulan. Beliau ingin melihat kami semua berjaya seperti mereka. Ilmu-ilmu yang akan di sampaikan akan ku sedut cukup-cukup dan follow beliau rapat-rapat supaya dapat berjaya seperti beliau. InshaAllah.

Dapat la kami berjumpa dengan group bisnes yang selama kami hanya kenal di alam maya. Sebelum ni kami hanya berbual, berbincang dan berdskusi hanya melalui Facebook, Whatssap dan Telegram. Terasa macam dalam keluarga besar lak…Syukur alhamdulillah Allah menemukan kami dengan orang-orang positif.

IMG_3900

Hari Pertama

Malam

Ingat family day ni macam Annual Family Outing (AFO) yang biasa company yang tempat saya buat tapi tak sama rupanya.

Ada program berunsurkan kerohanian yang menerapkan pentingnya hubungan kita dengan Allah. Jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah, InshaAllah bisnes boleh maju ke depan. Rezeki datang dari Allah bukan dari kebijaksanaan dan usaha mereka. Segalanya dengan izin-Nya.

Pertama sekali niat kita berbisnes perlu Niat kerana Allah dan untuk membantu orang. Jangan sesekali niat untuk kaya. Kita perlu letakkna Total Pergantungan kepada Allah selepas berusaha untuk berjaya.

Redha Allah sangat penting. Ada yang fikir , “Aku tidak beribadat pun kepada Allah, buat maksiat tapi aku dapat jugak apa yang aku nak serta kaya dan berharta”. Astagfirullahalazim. Rasulullah bersabda:

“Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan olh Allah s.w.t

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

” Ya Allah, lindunlah aku dari terfolong dalam golongan yang Engkau istidraj Semoga kenikmatan yang saya dapat sekarang ini adalah dengn redhamu, Ya Allah…Aamiin..”

Ya Allah, syukur saya berada dalam group bisnes yang sangat menekankan kerohanian.

IMG_3938

IMG_3892

IMG_3939

Hari Kedua

Hari kedua di mulakan dengan solat subuh berjemaah di Dewan Camar dan di ikuti aktiviti ringan mengenai ‘Kekuatan Niat – Bila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Ia di kelolakan oleh penulis terkenal, Saudara Zuhairi yang di kenali dengan ‘Ateh’.

Saudara Ateh juga memperkenalkan kepada kami mengenai Law of Unversal Attraction yang saya sudah berkongsi di entry TIPS MENJEMPUT REZEKI. Ia mencerita kan bagaimana untuk menjemput rezeki agar rezeki yang datang kepada kita, bukan kita yang mencarinya.

Sempat jugak saya bergamba dengan Saudara Ateh, penulis buku Law of Universal Attraction.

Gambar

Lepas breakfast, sesi perkongsian para mentor bermula. Mereka berkongsi bagaimana mereka boleh berjaya.

Master Zahirah

Berkongsi dengan tajuk “Suci Dalam Debu”. Maksudnya mencari permata dalam pasir. Dalam permasalahan terdapat peluang. Kita FOKUS pada peluang bukan pada masalah.

Ayu

Saya kagum dengan semangat beliau. Beliau berasal dari Sarawak dan tinggaldi kawasan pedalaman. Bemula bisnes hanya dengan pergi ke cybercafe setiap 2 jam untuk menjalankan bisnes Shaklee online. Beliau seorang suri rumah. Beliau tiada handphone, tiada laptop dan tiada internet di rumah. Beliau ingin meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Pada mulanya beliau hanya berimpian mendapat RM 2,000 je sebulan. Dah cukup dah untuk beliau. Alhamduliilah sekarang beliau dah berjaya mendapat 5 angka sebulan! Syukur Allah memberi rezeki dan semnagat kepada beliau untuk merubah taraf ekonomi.

“Barang siapa yang bersungguh-sungguh berusaha, pasti mendapat hasil”

Jika Ayu yang tinggal di pendalaman pun boleh, kita yang tinggal di bandar masih mahu berada di Pulau Alasan?…Fikirkan la..

Master Maria

Beliau berkongsi bagaimana beliau berjaya sampai ke puncak Master Coordinator yang beliau miliki sekarang dalam tempoh yang singkat.

Master Firdaus

Beliau berkongsi “Lead The Ship”. Beliau bekongsi bagaimana nak menjadi GOOD LEADER untuk meneraju empayar masing-masing. Kata beliau “Kalau kita masih belum berjaya, kita masih belum cukup membantu orang lain, kita masih belum cukup menyentuh kehidupan orang lain”

Master Hafsah & Master Laila

Beliau berkongsi bahawa kita perlu Fokus, Impian Mesti Jelas (Perlu ada Vision Board), perlu ada Target (Jangka masa pendek dan panjang) dan Tulis dan Tampal (Jangan fikir dalam kepala je, kena tulis dan tampal).

Pada sebelah petang, Master Firdaus buat group coaching untuk Empayar Maria Firdaus. Ada yang cakap masalah masa tak cukup nak buat bisnes. Tapi ada salah seorang dari group kami, beliau mempunyai 3 orang anak kecil, tiada maid, menjaga orang tua yang sakit di rumah dan masih bekerja sepenuh masa. Tapi beliau masih ada masa untuk buat bisnes. Kita hanya rancang dan buat tapi Allah penentu segalanya. Yang penting kita perlu USAHA bukan memberi alasan. Kita perlu mencari masa bukan tunggu ada masa.

Pada malamnya, ada special dinner..nyum nyum…Malam penganugerahan kepada mereka yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam bisnes ni

Presidential Master To Be – Hafizan, Zahirah, Maria & Firdaus.

IMG_3913Hari Ketiga

Pagi terakhir di mulakan dengan senamrobik dan diikuti dengan breakfast. Sesi penutup diadakan denga sesi memaafkan orang lain dan sayang-menyayangi. Kami di minta meminta maaf dari semua orang dan mengucapkan terima kasih kepada insan yang banyak berjasa sepanjang perjalanan bisnes ini.

Bagusnya family ni, sepanjang program berjalan, ada program untuk kanak-kanak yang di pantau oleh pekerja supaya tidak mengganggu ibu bapa yang sedang menuntut ilmu.

Tips dan Pengajaran Untuk buat bisnes:

1. Niat yang betul. Niat kerana Allah s.w.t dan niat bukan untuk kaya tapi untuk membantu dan menambah nilai hidup orang lain.

2. Perlu cari mentor yang betul. Mentor akan membantu anda berjaya dengan lebih cepat.

3. Perlu cari Group yang betul. Group yang betul akan memberi anda cas-cas positif untuk terus berjaya.

4. Jangan tinggalkan akhirat. Kejar dunia dan akhirat.

5. Buat la bisnes ONLINE. Ia lebih mudah, modal sangat rendah, tidak perlu kedai dan masa yang flexible.

6. Berhenti beralasan kerana ia adalah musuh utama dalam bisnes.

7. Fokus la pada hanya satu bisnes. Lebih mudah untuk berjaya.

Jom kita tengok gambar-gambar.

IMG_3921

IMG_3922

Tengah Berdoa Semoga Menjadi Master Tahun 2015

IMG_3923

IMG_3934

IMG_3941

IMG_3943

IMG_3946

IMG_3952

IMG_3953

IMG_3954

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x