Pengalaman Hamil di Trimister Kedua
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebelum ni nadia berkongsi hamil di trimister kedua. Sebelum ni nadia biasa dengar orang sebut trimister kedua adalah honeymoon ketika hamil sebab trimister pertama biasanya loya-loya dan muntah-muntah, trimister ketiga pulak perut dah berat. Jadi trimister kedua paling best dan honeymoon, loya-loya dan muntah-muntah dah tak ada, perut pun tak terlalu berat.
Pengalaman nadia , yes memang hamil di trimister kedua nadia rasa indah sangat hamil. Honeymoon sangat tau. Memang best la. Makan berselera. Mr Hubby pun layan macam tuan puteri. Nak makan apa, just name it. Syok jugak hamil ni..hehe…
Masa trimister pertama makan memang tak lalu langsung. Bukan takat tak lalu, makan dan minum muntah balik..huhu..Syukur dah masuk trimister kedua ni dah lalu makan. Tapi lalu tu bukan tahap melantak, lalu yang boleh makan. Tapi makan pun tak macam masa sebelum hamil, ada jugak makanan yang tak boleh nak telan.
Masa trimister kedua ni jugak nadia banyak bercuti dengan Mr Hubby dan kawan-kawan. Masa bulan December nadia dan Mr Hubby pergi bercuti banyak tempat. KL – Parit Buntar – Penang – Tg Malim – KL dan KL – Kemasik – Cherating – KL.
Jom baca kisah makan-makan dan percutian nadia sepanjang hamil trimister kedua.
Percutian KL – Parit Buntar – Penang – Tg Malim – KL, 18-20 December 2016
Ziarah Master Maria Firdaus kat Parit Buntar, Perak bersama Shiem sekeluarga
Master Maria Firdaus belanja kami makan kat Balak Inn dekat dengan rumah mereka
ABC paling sedap nadia pernah makan. Sejak hamil ni memang suka giler ais, air sejuk dan ice cream. Ma cakap masa hamil ni minum je pasni lepas bersalin setahun kena berpantang
Ikan siakap 3 rasa
Sayur kaila, telur dadar, daging masak merah
Kami ramai-ramai makan
Ke Penang pula kita. Kami stay kat Bayview Beach Resort Penang
Katil queen
TV dan dressing table
Shower
Sinki
Bath tab
Breakfast area
Salad and fruits
Asian
Taraa..breakfast kami, yummy yummy
Swimming Pool
Tema air
First time makan kat Hameediayah Restaurant, Penang. Memang sedap nasi kandar
On the way balik dari Penang singgah Yik Mun Pau pulak
Singgah pula ke Rasa Sayang Cafe. Restoren ni di miliki oleh Artis Mamat Khalid. Tempat sangat unik dan antiq. Ada karaoke dan live band malam sikit. Best untuk lepak.
Fuhh…penat round utara. Makan makan dan makan…hehe..Hujung bulan December 2016 nak masuk tahun baru kami ke Kemasik dan Cherating pula.
Percutian KL – Kemasik – Cherating – KL, 30 December 2016 – 1 January 2017
Kami ziarah rumah Master Ira kat Kemasik
Kami check in Holiday Villa Inn, Cherating
Syoknya breakfast sambil rasa angin sepoi-sepoi bahasa
Dinner kat W.A.I.B. Kat sini kami pilih lauk dan mintak tukang masak masakkan ikut apa kita nak.
Kami tapau keropok lekor. Memang sedap kerepok tempat ni
Warung otak-otal Che Wan
Satar Ikan. Sedap giler
Otak-otak pn sedap
Ikan bakar
Hai Peng pula kopi sedap giler
Singgah Pasar Sejahtera. Ikan-ikan murah kat sini
Kedai agak tersorok dalam di Kuantan. Shopping ikan bilis, ikan kering, udang kering dan macam-macam
Antara Makanan-makanan Kegemaran Sepanjang Hamil di Triminister Kedua
Bekal yang di bawa ke ofis. Bangun pagi-pagi masak
Spaghetti Carbonara
Pizza
Potato Chips
Roti
Nasi lemak kat Janda Baik
Lempeng pisang kat Janda Baik
Sempat buat kelas blog untuk Team Increadible
Kisah sepanjang hamil di triminster kedua penuh dengan makan je. Setelah 18 minggu @ 4 bulan lebih tak lalu makan dan muntah-muntah.
Next entry nadia akan criter kisah sepanjang hamil di trimister ketiga pula.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).