Pengalaman Panjat Gunung Nuang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
MNRB buat aktiviti panjat gunung. Sebenarnya ni la kali pertama kami nak pergi panjat gunung. Tak ada traning atau pergi gym langsung sebelum panjat. Tak tahu la ada stemina ke tak..huhu
Kami bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi. Yang lain semua naik van dari ofis, tapi kami berdua naik kereta sebab rumah lagi dekat nak ke Gunung Nuang dari nak ke ofis. Gunung Nuang terletak di Hulu Langat.
Breakfast dulu. Ada nasi lemak dan roti
Jom mulakan mendaki
Baru start, semangat lagi
Dah penat sangat dah tu
Dah mula rasa penat, berhenti rehat kejap..huhu
Separuh perjalanan
Teruskan perjuangan
Sampai kat atas. Ada air terjun. Kami tak naik sampai habis. Nak nangis penatnya. Duk bayang nak turun sat lagi camno la. Naik 2 jam. Turun pun lebih kurang la kan
Air terjun tu sejuk sangat
Kami berhenti untuk wefie dulu
Kami berhenti makan kat kawasan Hulu Langat
Seperti yang di jangka kan. Turun pun 2 jam. Rasa nak tercabut dah kaki. Lepas ni macam serik je panjang gunung..haha..Lepas tu kami balik. Singgah masjid untuk solat dan singgah makan.
Pengajaran yang saya dapat, saya perlu exercise consistant untuk kekal kan stemina. Dulu-dulu rajin je main futsal, badminton dan pergi gym. Nampaknya kena start balik. Pastu baru boleh panjat gunung lagi.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).