Pengalaman naik ETS ke Butterworth, Penang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ni saya nak cerita pengalaman saya dan keluarga ke Butterworth, Penang naik ETS. Ma yang teringin sangat nak naik ETS. Jadi sebagai anak memang akan cuba memenuhi keiginan ma saya. Saya book melalui online. Senang je kan, tak perlu nak ke kaunter untuk beli tiket. Saya cuba book beberapa tarikh tapi penuh. Akhirnya saya dapat tarikh 1 Jan 2016 dan balik pada 2 Jan 2016. Alhamdulillah, dapat tarikh cuti umum.
Saya pilih naik di Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Butterworth. Harga tiket untuk saya dan Kak Sha adalah RM63.00 (Tambang RM54 dan Internet banking charges adalah RM4). Harge tiket untuk ma dan abah saya pulak RM38 (Tambang RM34 dan Internet banking charges adalah RM4) sebab ma dan abah dapat harga warga emas. Warga emas adalah untuk 60 tahun ke atas. Kita boleh pilih tempat duduk sendiri. Mr Hubby tak ikut sebab dia kena balik kampung ada urusan keluarga selama 2 minggu.
Contoh tiket ETS
Lepas setel booking tiket saya book hotel pulak. Survey punya survey saya book Cititel Express yang bernilai RM356 2D1N (With breakfast). Harga agak mahal sebab dalam satu bilik ada 2 katil single dan 1 katil queen. Ia adalah family room type.
Chibbi nak kena hantar ke hotel
Hari Pertama
Kami gerak awal pagi dari rumah ma Desa Coalfiled, Sungai Buloh. Pukul 5.30 pagi kami dah keluar rumah. Tiket ETS adalah pukul 9.18 pagi. Kami plan parking kereta kat MNRB Parking dan ambil teksi ke Stesen KTMB Kuala Lumpur. Kami sampai lebih kurang pukul 6.10 pagi. Sampai je terus solat subuh kat Surau MNRB.
Selesai solat kami menunggu teksi di lobi MNRB. Saya hanya telefon teksi untuk hantar kami ke Stesen Kuala Lumpur.
Di lobi MNRB, tengah tunggu teksi
Kami sampai 7.22 pagi. Lambat lagi nak bertolak. Kami breakfast dulu
Ada kedai mamak dalam Stesen KTMB Kuala Lumpur
Ma dan abah. Banyaknya kami makan..hehe
Me dan Kak Sha
Ada mini market juga
Kami akan naik di Platform 1
Dalam train. Train sampai on the dot. Jadi siapa yang nak naik ETS jangan lambat yea
Alhamdulillah sampai. Sampai je nak cari toilet. Kami sampai pukul 1.07 tengah hari. Perjalanan lebih kurang 3 jam 50 minit. Ada juga surau di sediakan
Suasana di Stesen KTMB Butterworth
Kalau tak beli online boleh beli di kaunter tiket setiap Stesen KTMB
Sekarang menuju ke Terminal Feri. Perjalanan lebih kurang 15 minit jalan kaki
Kesian ma dan abah kena naik tangga nak ke Terminal Feri
Sampai sudah Terminal Feri
Beratur untuk tukar duit syiling . Harga RM1.20 seorang
Kena masukkan duit syiling dalam mesin
Agak sesak sebab public holiday kan
Nak ke seberang Pulau
Saya pastikan ma dan abah ada tempat duduk
Kami berdiri pun tak pe
Tempat kereta dan tempat duduk sama tempat
Cantiknya pemandangan
Terminal bas
Terminal teksi
Kami naik teksi ke Cititel Express. Tambang lebih kurang RM20
Alhamdulillah sampai Cititel Express. Hotel berada di tengah-tengah bandar Butterworth
Bilik saya dan Kak Sha
Bilik ma dan abah
Almari
Tandas kami share
Kami dah lapar. Jadi cari nasi kandar yang berdekatan. Kat sini memang famous dengan nasi kandar. Datang Penang tak makan nasi kandar rugi wooo
Licin..hehe
Jalan-jalan nak ke bus stop
Bangunan Komtar. Komtar terkenal di Penang
Sekitar bandar Butterworth
Kompleks Tun Abdul Razak
Kereta lembu pun ado
Kami tunggu bas awam Rapid Penang nak ke Batu Feringgi
Tadi rupanya salah bus stop. Kami kena pergi tunggu di terminal bas..huhu
Bersesak-sesak dalam bas. Kesian ma dan abah kena berdiri dalam bas. Jauh jugak dekat sejam perjalanan. Tapi selepas 10 minit baru ma dan abah dapat tempat duduk
On the way ke Batu Feringgi
Suasana di Batu Feringgi
Setelah penat berjalan seharian memang kelaparan dan juga kepenatan Yang hairan kami dua beradik lagi penat dari ma dan abah. Diaorg relax je… Selepas tu dinner time
Hari Kedua
Kami breakfast di hotel. Tapi gamabr tempat breakfast tak de pulak..huhu
Esok pagi-pagi selepas breakfast kami bertolak ke terminal feri dengan menaiki bas.
Alhamdulillah, ada tempat duduk.
Muka fresh sebab malam tadi tidur awal
Beratur naik naik feri
Kami sampai je Stesen KTMB Butterworth, solat dulu. Pastu rilex tunggu train
Makan apa tu..hihi
Train dah sampai
Exited nak naik train tapi rupanya salah salah beli tiket.
Masa kami nak duduk tengok tempat orang lain. Bila tanya pegawa bertugas tempat tu memang bukan tempat kami. Rupanya saya book Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Butterworth tapi bukan Stesen Butterwoth ke Kuala Lumpur. Apalagi panic la kami. Macam mana nak balik ni..sob sob sob. Nak beli tiket baru dah habis. Saya merayu pada pegawai tu sebab saya kesian kat ma dan abah kalau tak boleh balik.
Alhamduillah pegawai KTMB bantu kami dengan memberi cadangan duduk dulu di tempat yang tak bertuan atau cafe. Kemudian turun di Stesen KTMB Ipoh dan beli tiket baru. Syukur Allah bantu kami. Saya pastikan ma dan abah ada tempat duduk dulu. Untuk saya dan kakak Natasha kalau tak ada berdiri je. Saya duduk kat cafe sebab tak nampak tempat kosong. Pegawai KTMB carikan dan alhamduillah jumpa.
Sesiapa yang beli tiket online hati-hati yea. Kena tengok betul-betul sebelum confirm.
Cafe
Nak order makanan
Tempat duduk kosong
Alhamdulillah, samapi ke Stesen KTMB Ipoh
Alhamdulillah tiket Stesen KTMB Ipoh ke Stesen KTMB Kuala Lumpur masih ada
Kami bergambar sekitar Stesen KTMB Ipoh
Selepas sampai Stesen Kuala Lumpur kami naik teksi ke MNRB. Kemudian solat dulu dan balik ke Desa Coalfiled, Sungai Buloh
Dinner kat Desa Coalfiled, Sungai Buloh. Tempat favorite kami
Chibbi sabar menunggu tuannya.
Percutian pendek ni alhamdulillah dapat tunai kan permintaan ma dan gembirakan ma dan abah. We love you ma dan abah. Anything for you.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).