Percutian Yang Di Taja Oleh Shaklee, The Palace of Golden Horses
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 5 June 2015, kali pertama saya dapat tiket percuma dari Shaklee untuk 3D2N percutian di 5 Star Hotel. Tahun ni Shaklee meraikan kami di The Palace of Golden Horses, The Mines.
Door Gift yang kami terima sebelum bertolak. Kami ambik kat branch KL. Kalau nak di pos kan pun boleh. Bag dan T-Shirt untuk di pakai di sana.
Kami bertolak dari rumah pukul 8.45 pagi. Target nak sampai pukul 10.00 pagi paling lambat. Perjalanan kami agak jem sebab laluan orang pergi kerja. Alhamdulillah, kami sempat sampai sebelum pukul 10.00 pagi.
Sampai je kat Golden Palace Hotel, terus ke kaunter untuk registration. Mr Hubby uruskan parking dan bag. Terasa seronoknya dapat di raikan daripada Mr. Victor, President Shaklee Malaysia sendiri. Beliau meletakkan bunga.
Kami dapat door gift dan meal allowance. Wahhh…dah la dapat hotel free, dapat door gift dan cash pulak untuk meal allowance. Pemurah sungguh Shaklee ni yea.
Setelah selesai register, kami check in bilik dan bawak barang-barang ke bilik. Macam biasa, kalau saya sampai je mana-mana hotel saya tak bagi Mr. Hubby landing lagi atas katil sebab saya suka ambik gambar bilik hotel. Mana tau kan nak tiruvasi design untuk rumah baru kami. Jom tengok gambar-gambar dalam bilik hotel.
Sementara tunggu time makan, kami lepak dulu kat bilik sambil saya mengemas apa yang patut. Lepas ni nak pergi makan, Group Photo dan Trip Tour The KL.
Makan Time..
Trip Tour The KL
Central Market
Tempat pertama kami pergi adalah Central Market. Terasa macam rombongan sekolah pulak. Pakai uniform, naik bas ramai-ramai pastu jalan ramai-ramai dengan uniform tu.
Central Market ni saya biasa pergi masa student dulu. Kelas tuisyen dan stesen bas berdekatan. Dulu, masa student lain sikit.Sekarang dah lain. Lagi cantik dan tersusun tempat dia.
Gambar
Istana Negara
Walaupun saya ni duduk KL, tapi ni la first time saya sampai di Istana Negara ni. Kali ni saya tak boleh update gambar-gambar life. CCTV di mana-mana tau. Kalau sesiapa berminat untuk datang melawat boleh beli tiket di kaunter ni :-
Gambar
Aquaria
Ni lagi tempat yang saya tak pernah datang..huhu..nama je orang KL, tapi tak semua tempat di KL ni saya dah melawat. Seronok jugak tengok ikan-ikan pelik yang tak pernah tengok.
Shopping Complex KLCC
Haaa..tempat ni saya biasa datang. Kalau KLCC pun tak pernah datang melampau la kan. Kat sini kami singgah solat asar, tadi singgah solat zohor kat Central Market. Lepas tu kami jalan-jalan sambil cuci mata jer..
Tapi Hafiz dan Yusri sempat shopping…huhu..Terbalik sudah, selalunya kaum hawa suka shopping, kali ni kaum adam yang suka shopping..
Dinner Fun Fair Theme at Hyatt Hotel
Yummy yummy…makan time. Kami di sambut oleh Shaklee Staff dengan senyuman yang manis. Dapat door gift lagi tau. Pemurah betul Shaklee, banyak door gift dia bagi. Sementara tunggu waktu dinner, kami lepak dulu kat luar sambil makan makanan ringan.
Kami bertolak balik pukul 10.00 lebih dari Hyatt Hotel ke The Palace of Golden Horses. Alhamdulillah, dalam pukul 11.00 lebih camtu kami tiba di destinasi. Now, rehat time. Esok ada penyampaian Award pulak.
Kita ikuti kisah naik pentas amik award dalam next entry pulak yea…
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).