Mungkin SABOTAJ Adalah Punca Bisnes Anda Kurang Memberangsangkan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semenjak dua menjak ni saya perasan ramai yang mula menceburi bidang perniagaan.

Alhamdulillah, bagi saya ini satu perubahan yang positif.

Saya suka tengok ramai orang di sekeliling saya mula berniaga. Rasa seronok sebab semakin ramai kawan-kawan dalam perniagaan. (geng bisnes) 🙂

Tapi….. Nasihat saya kepada anda yang mahu berjaya dalam bisnes anda perlu berhati-hati dengan SABOTAJ.

Sebab ramai peniaga yang saya nampak biasanya mereka kalah dengan SABOTAJ. Dan SABOTAJ ini lah punca bisnes mereka biasa-biasa je. (terutama yang buat secara sambilan)

Sapa yang SABOTAJ mereka?

Mesti anda tertanya-tanya kan?

Yang suka SABOTAJ bisnes mereka biasanya adalah DIRI MEREKA SENDIRI. Nak tau macam mana mereka Sabotaj?

✅ Suka menangguh-nangguh apa yang di rancang.

Suka menangguh dengan perkara yang tak penting. Contohnya, tengok tv dulu la, scroll fb dulu la, lepak dengan kawan-kawan dan sebagainya

✅ ALASAN tak cukup masa.

Ini alasan yang selalu di guna oleh ramai orang. Katanya busy itu dan ini.

Tapi yang peliknya ada pulak masa untuk tonton Drama TV, Drama Korea, scroll FB ber jam-jam cerita2 tah apa-apa selama berjam-jam dan macam-macam lagi

✅ Tak disiplin dalam memajukan bisnes/empayar sendiri.

Untuk Bisnes sendiri mereka susah/berat nak nak buat tugas-tugas yang sepatutnya mereka lakukan untuk memajukan bisnes mereka.

Orang yang berada di situasi ni biasanya dia agak selesa makan gaji dan sedang buat bisnes part time pada masa yang sama.

Dalam bisnes, kita perlu beri masa bekerja untuk bisnes kita tak kira sama ada anda buat secara Full Time atau pun Part Time.

Luangkan masa sekurang-kurangnya 1-2 jam sehari jika anda buat secara Part Time dan minimum 8 jam jika anda buat secara Full Time.

Kalau kita boleh disiplin habiskan 8-10 jam sehari untuk bekerja dengan majikan, Kenapa anda tak boleh disiplin untuk memajukan bisnes anda sendiri?

Bukan ke sepatutnya kita perlu lebih keras untuk memajukan bisnes kita?

✅ Buat bisnes sendiri macam tak penting je.

Yang jenis ni pun banyak saya jumpa.

Contoh 1. Bila ada orang nak beli barang, dia tak bertindak dengan segera. Ingatlah.. Customer is King. Kita perlu jaga & layan mereka elok2. Bila customer kata nak barang tu, maknanya kalau boleh semalam lagi dia nak barang yang di pesan tu ada kat tangan dia.

Contoh 2. Bila Stok habis tak cepat2 restock sebab kononnya tak cukup masa/tak sempat la/pembekal lambat antar la. Kalau lokasi pembekal tu tak jauh, apa salahnya kita pergi ke tempat dia untuk ambik stok?

✅ Sikit-sikit tukar bisnes.

Hari ni jual tudong, bulan depan try jual kuih pulak, 2-3 bulan lagi jual produk makanan sunnah, lepas tu jual produk kesihatan pulak,

Bukannya tak boleh nak cuba beberapa bisnes dalam 1 masa. Masalahnya bila 1 jenis bisnes pun tak sempat nak expert dah mula gatal buat bisnes lain. Kononnya nak sapu semua bisnes yang ada (tamak), lagi pun nampak hebat sebab semua benda dia jual. 🙂

Akhirnya duk selalu tukar2 bisnes je.. Melompat2 dari bisnes A ke B, ke C sampai  la Z. Siap boleh pusing balik ke A.. 🙂 hihi

Lama-lama orang lain pun pening tengok sebab tak tau bisnes apa sebenarnya yang dia buat.

pesanan: Fokus kepada 1 jenis bisnes dulu. Bila dah stabil baru kembangkan kepada jenis bisnes lainnya.

 

Okay.. Tu je perkongsian saya hari ini.

Kesimpulannya macam ni je la.. , jika anda rasa tindakan & mentaliti anda boleh membuatkan bisnes anda kurang maju, anda ubahlah segera. Bukan untuk orang lain, tapi untuk anda & keluarga anda sendiri.. 🙂

Renung2kan Dan Selamat Maju Jaya.

Anda dapat sesuatu? Klik Like di bawah

[wpsr_facebook]

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x