MNRB Annual Family Outing 2014 Part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana anda terus menyokong kami dengan mengunjungi blog kami ini.

Okay, Kali ni saya nak berkongsi pengalaman kami semasa kami menghadiri Majlis MNRB Annual Family Outing 2014 di Swiss Garder Resorl Golf & Spa Damai Laut, Malaysia.

AFO MNRB ni di buat secara tahu

Hari pertama adalah pada hari Jumaat, 26 September 2014.

Kami sebenarnya pagi tu kami agak terlewat bersiap. Tapi saya sempat makan nasi lemak yang mak belikan sebelum keluar rumah. hehe.. Tapi sebelum keluar rumah ambik gambar dulu la dengan bendera #OREN. 🙂

#OREN Berkibar

Lepas bergambar dengan bendera apa lagi.. Pecuutt…. Dah terlambat tu. Nanti Bas tinggal pulak. hehe. Sebenarnya ini pengalaman pertama naik Bas masa MNRB AFO. Sebelum ni naik kereta sendiri je.

Sampai je kat office memang semua orang dah naik Bas. Kelang kabut la kita orang angkut bag bawak naik Bas. Hehe. Tu la, sapa suruh lambat.. 🙂

Coach 3

Kesemua ada 5 Bas. Kami berada di dalam Bas nombor 3. Sempat lagi berposing. hehehe..

Kira orang cukup ke tak

Nadia di tugaskan untuk mengira bilangan semua penumpang Bas no 3 untuk memastikan tiada sesiapa yang tertinggal sebelum Bas bergerak.

Selfie Sebelum Bas Gerak (GroPro)

Ini la yang seronoknya berbisnes online. Tak kira masa & tempat bisnes boleh jalan macam biasa

Sempat lagi buat bisnes dalam bas

Masa dalam bas ni sempat lagi kami berbisnes. Ada orang nak beli barang shaklee. So order online je la.. 🙂 Shaklee kan boleh tolong hantar terus kepada si pembeli. hehehe.. Bisnes di hujung jari tak kira masa & tempat. I LIKE….  🙂

Singgah Solat Jumaat

Sebenarnya ini bukan checkpoint yang kami tuju. Di sebabkan checkpoint yang kami nak pergi tu jauh lagi. Kami minta pemandu bas untuk berhenti di sebuah masjid untuk penumpang lelaki menunaikan solat Jumaat.

Sebenarnya dalam 5 bas yang pergi, ada 3 bas yang tertinggal jauh di belakang. Kami berada di salah satu bas yang tertinggal tu. Pemandu berhati-hati sangat kot. hehe… Bagus-bagus, biar lambat asal selamat.

Selepas solat Jumaat kami  pun meneruskan perjalanan untuk pergi ke checkpoint seterusnya. Masa ni ramai dah yang lapar. Sebab belum makan tengah hari. 🙂

Berehat Di Sri Manjung

Medan Selera

Kami berehat di kawasan ini. Dan makan di medan selera kat dalam gambar tu. Banyak giler makanan yang ada. Semua makanan kat medan selera tu makanan kampung je yer. Western takde.. 🙂

Kedai Runcit

Selepas makan tengah hari kami terus serbu kedai runcit berdekatan. Kami di nasihatkan untuk beli makanan ringan di kawasan ini sebab bila sampai resort nanti makanan kat sana mahal & kawasan resort pulak jauh dari pekan.

Tak banyak pun makanan yang kami beli, kami cuba beli 2 botol mineral water & roti kot-kot la lapar tengah-tengah malam. 🙂

Kaunter Pendaftaran

Sampai je hotel terus kami ke kaunter pendaftaran dan mendapatkan kunci bilik.

Lepas dapat kunci bilik bergambar dulu. Hehe..

Gambar Biilk

Walaupun bercuti vitamin dan barang-barang shaklee yang lain tak tinggal tu.. hehe

(iPad tu alat paling berjasa dalam bisnes online kami)

So… Sampai sini sahajalah part 1 untuk MNRB AFO 2014. Saya akan kongsikan Episod seterusnya selepas ini.. Tunggu… 🙂

Jika tidak keberatan Mohon klik butang like & share di bawah. Terima Kasih..

[spider_facebook id=”3″]

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x