Mentor Tanya, Saya Jawab!!

Assalamualaikum.. Malam tadi tiba-tiba mentor tanya.

“Oit.. Korang jual macam mana? Pening aku tengok!!.. Banyak Giler,  Dah macam pergi pasar dah aku tengok. Hari-hari ko beli stok.. Shopping macam pergi pasar”

Mentor Tanya Saya Jawab

Hehehe… Soalan macam “simple” je.. Tapi nak jawab susah tu beb. Hihi.. Mungkin soalan ni terkeluar sebab mentor tengok hari sebelumnya kami update kat Facebook yang kami beli banyak vitamin  shaklee.

Shopping Shaklee 1 Shopping SHaklee 2

Alhamdulillah, Penuh jugak la bonet kereta tu.

Tiba-tiba pagi semalam ada orang PM nak vivix. Lepas buat  kira-kira, maka sah lah Vivix yang baru kami beli 7 botol hari dua hari lepas dah Sold Out. 🙂

Yang bestnya ada lagi orang nak 2 botol vivix siang tu. Tapi Vivix kami dah habis stok. Jadi terpaksa la kami pergi lagi ke branch untuk beli vivix promo Buy 6 Free 1 selepas waktu Kerja. Dan terkeluar la status Facebook macam kat bawah ni.

Shopping Shaklee 3

Mungkin selepas Mentor baca ni la dia terkejut. Mentor pelik la tu kot sebab 2 hari lepas kami baru beli Vivix Buy 6 Free 1, lepas tu semalam beli lagi sekali sebab Vivix kami dah habis di jual.

Kami ni belum pakar dalam Marketing di Facebook dan Blog. Sebab Facebook kami masih biasa-biasa masa ni. Blog pun sama, masih dalam proses nak jadi “Power”. Tapi Alhamdulillah, sale kami meningkat sangat banyak..

Rezeki yang memang tak disangka-sangka yang Allah berikan. Baru 10 hari dalam bulan julai ni, tapi sale kami dah sama macam bulan lepas punya sale. Kami pun terkejut dan kami pun tak sangka. Bulan lepas kami strugle sebulan untuk dapat. Tapi bulan ni cuma 10 hari je.

Doakan kami dapat gandakan ke 300% berbanding  bulan lepas yer. 🙂

Sebenarnya kami takde petua secara detail macam mana kami boleh buat jualan sebanyak dan selaju ni. Apa yang kami buat kami cuba apply ilmu yang kami pelajari dari Mentor sebaik yang boleh walaupun banyak kekangan masa. “Lebih baik belajar sikit dan buat daripada belajar banyak tapi tiada tindakan”

Soalan Ke-#2 Dari Mentor

Apa amalan dan doa yang korang buat?

Hehe.. ni soalan senang je. Sebab memang hari-hari buat.. 🙂 Okay.. Ini adalah amalan yang saya buat sepanjang Ramadhan dan saya niatkan untuk dijadikan amalan harian walaupun selepas Ramadhan nanti.

Kira saya jadikan ramadhan ni untuk latihan. InsyaAllah kalau tak pernah tinggal masa Ramadhan ni kita akan dengan sendirinya boleh meneruskan amalan ni walaupun di luar Ramadhan.

Apa yang saya buat ialah.

1. Tak pernah tinggal Solat Sunat Fajar. Pertama kali saya tahu adanya solat sunat fajar ini adalah dari seorang Multi Millionaire. Saya sangat tertarik dengan solat sunat fajar ini kerana 

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)

Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, “Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim) 

2.  Solat Sunat Dhuha 4-6 rakaat setiap hari belum pernah tinggal sepanjang Ramadhan ini.

3.  Shalawat keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebelum memulakan Doa

4.  Doa: Bila berdoa saya akan mulakan doakan untuk mak dulu sebelum doa-doa lainnya.

5.  Sedekah: Masa awal ramadhan hari tu kami saja nak beli & jual serunding kapal laut dengan niat keuntungan semua saya akan masukkan ke tabung  Surau MNRB (di Pejabat). Mula-mula ingat nak sekali order je serunding tu. Tapi memang tak sangka serunding tu pun laju giler habis dan terpaksa repeat order beberapa kali.

Kesimpulan

Selain daripada usaha, usaha dan terus usaha. Kita juga perlu minta, minta dan minta. Semua rezeki datangnya dari Allah. Jadi jangan la jemu meminta padaNya.

“BERSANGKA BAIK LAH KEPADA ALLAH”

Semoga Bermanfaat.

-MD-

[spider_facebook id=”3″]

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x